Sunday, December 17, 2017

KENYATAAN MEDIA


Awang Ahmad Bin Haji Timpus, Pemangku Naib Presiden Parti Pembangunan Bangsa(NDP) Brunei Muara/Ketua Biro Penerangan NDP Pusat, mengenai Isu Baitul Maqdis.


NDP Brunei Muara, amat kesal diatas kenyataan Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang mengiystiharkan pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu Negara baru Israel. Pengiktirafan tersebut bukan hanya merupakan satu provokasi melampau, malah boleh mengundang kekacauan dan peperangan di Timur Tengah.

NDP Brunei Muara menyembahkan lafaz syabas dan tahniah diatas pendirian Kebawah DYMM yang tetap berpegang teguh dengan semua ketetapan/ resolusi PBB mengenai Palestine.

NDP Brunei Muara juga berbangga diatas komitmen Kebawah DYMM dan Kerajaan Brunei yang menyukong sepenuhnya ketetapan Sidag khas OIC di Istanbul pada 24 RabiulAwal 1439H bersamaan 13 Disember 2017 yang mempertegas akan hak rakyat Palestine ketas wilayah mereka sebelum dirampas Israel 4 June 1967 dengan Baitulmaqdis al-Syarif sebagai Ibu Negara Palestine merdeka.
NDP Brunei Muara menyeru Speaker Dewan, Majlis Mesyuarat Negara supaya memanggil Sidang Khas MMN bagi menyatakan sukongan terhadap pendirian Kebawah DYMM diatas isu ini. Begitu juga persatuan dan Badan Sukarela digesa tampil kehadapan mempertegas sokongan terhadap pendirian murni Kebawah DYMM tersebut dengan apa jua cara, agar pendirian Kebawah DYMM itu dilihat mewakili suara dan pendirian tidak berbelah bahagi seluruh rakyat Brunei Darussalam.

Pendudukan haram Israel keatas bumi Palestine sejak tertubuhnya Negara haram itu pada tahun 1948 telah mempamirkan kezalman melampau rejim Yahudi itu keatas umat Islam Palestine. Bukan hanya bumi mereka dirampas, malah ribuan rakyat Palestine telah mati dibunuh dan ribuan lagi meringkok di penjara Israel.

Lebih dari itu, isu Palestine juga melibatkan isu aqidah umat Islam, keutuhan wilayah umat Islam, digniti Ugama Islam dan peradaban Islam itu sendiri.

Bagi umat Islam yang beriman, Palestine adalah wilayah amat istimewa dan agung kerana bumi Palestine adalah bumi ambiya’. Disanalah qiblat pertama Umat Islam. Dibumi suci itulah letaknya Masjid Al-Aqsa, masjid kedua yang dibina diatas muka bumi dan masjid ketiga paling suci selepas Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi.

Dibumi Palestine inilah tempat berlakunya Isra’ Mikraj Baginda Rasulallah dan sana terdapat begitu banyak harta waqaf umat Islam hingga hari kiamat yang wajib dipertahankan.

NDP Brunei Muara mengingati betapa jahatnya Yahudi yang sejak sekian lama berazam untuk merampas dan meruntuhkan Masjid al-aqsa. 1969 Masjid al-Aqsa dibakar, siri pengebomaman dilancarkan pada tahun 1980. Kini Masjid al-Aqsa terancam dengan penggalian terowong dibawah Masjid al-Aqsa.

NDP Brunei Muara berseru kepada Umat Islam seluruhnya agar sentiasa berwaspada dengan taktik dan strategi Yahudi untuk menguasai seluruh bumi Palestine dan menghancurkan Islam melalui berbagai cara, termasuk mengadu dumbakan permusuhan dikalangan Negara dan pemimpin umat islam, system kewangan, ekonomi, serangan budaya, sains da teknologi.

NDP Brunei Muara menggesa agar umat Islam Negara Brunei Darussalam kukuh bersatu padu, bulat tumpat dan rebah bangun menyukng dan mendukung Kebawah DYMM yang telah turun kemedan juang untuk menebus hak dan maruah umat Islam khususnya dalam isu Palastine. Allah Hu Akbar!!!


Diedarkan oleh:
Markas Perhubungan Daerah
Perhubungan Daerah Brunei Muara
Limbaruh Hujau
Jalan Jerudong
Brunei Darussalam.

15hb Disember 2017 bersamaan 26 Rabi’ul Awwal 14

No comments:

Post a Comment