![]() |
Pemandangan di sebuah sekolah yang dibangunkan oleh UNRWA |
Dunia pada
hari ini sekali lagi menyaksikan pendekatan tindakan angkuh dan bersifat balas
dendam yang diambil oleh Presiden Donald Trump dalam mengendalikan isu
Palestin.
Jika sebelum
ini Trump ada memberi kata dua akan memotong bantuan Amerika Syarikat (AS) kepada negara-negara
yang didapati menentang cadangan AS di PBB berkaitan isu
Baitulmaqdis, kini Palestin sendiri terlibat sebagai antara mangsa terawal yang
dikenakan pemotongan kewangan dari AS itu.
Pada 17 Januari
2018 Jabatan Negara AS telah mengumumkan keputusan untuk menahan bantuan
sebanyak AS$65 juta (RM257 juta) yang sepatutnya diperuntukan kepada agensi
bantuan untuk pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
Jabatan itu bagaimanapun
memaklumkan peruntukan sebanyak AS$60 juta (RM237 juta) yang dirancang melalui
pakej keseluruhan AS$125 juta (RM494 juta) akan terus disalurkan bagi
membolehkan agensi itu beroperasi, tetapi peruntukan selebihnya akan ditahan.
Para pegawai
Jabatan Negara AS mempertahankan tindakan itu sambil mendakwa ia bukan
bertujuan memberi tekanan kepada para pemimpin Palestin tetapi sebaliknya bertujuan
membantu UNRWA melaksanakan pembaharuan.
Bagaimanapun,
niat sebenar AS di sebalik tindakannya itu akhirnya dapat dihidu juga oleh
masyarakat antarabangsa bilamana Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert
menggunakan alasan bahawa pentadbiran Trump merasakan perlunya beban kewangan dalam
menguruskan UNRWA perlu dikongsi bersama oleh negara-negara lain.
Beliau tanpa
ragu-ragu menyatakan bahawa AS mahu negara-negara lain terutama yang mengkritik
AS dalam isu Palestin semasa pengundian isu Baitulmaqdis di PBB pada 21
Disember 2017 lalu agar tampil membantu.
Dunia juga
masih mengingati akan kata-kata Trump bahawa selama ini AS telah membelanjakan
berbilion-bilion dollar bagi membantu negara-negara yang memerlukan bantuan AS
di seluruh dunia, dan justeru itu, sewajarnya negara-negara berkenaan membalas
budi baik AS itu dengan menyokong pendirian AS berhubung isu Baitulmaqdis.
Kenyataan
Trump yang dibuat beberapa hari sebelum hari pengundian usul itu turut
mengandungi amaran untuk memotong bantuan AS itu kepada negara-negara yang
tidak berpihak kepada AS. Dengan cara itu, menurut Trump, AS akan dapat menjimatkan beratus-ratus
juta wang negara.
Kini, dengan
wujudnya pengumuman pentadbiran AS yang dibuat selepas kira-kira dua minggu
Trump memberi isyarat akan memotong bantuan kepada Palestin, dunia seluruhnya
memahami apa maksud sebenar tindakan Trump itu.
Amat malang
juga, pengumuman tersebut dibuat tatkala sumbangan sebanyak RM 257 juta itu
belum sempat dibayar, jika tidak UNRWA tidaklah menjadi mangsa kepada tindakan
balas dendam di pihak pentadbiran Trump itu.
Peruntukan
AS mewakili sumbangan terbesar kepada badan dunia yang berusia 68 tahun itu. Menurut
para pegawai di jabatan berkenaan, peruntukan itu membolehkan sekolah-sekolah
dan klinik-klinik UNRWA di Tebing Barat, Gaza dan di negara Arab yang berjiran
dengan Palestin terus dibuka.
Justeru atas
adanya keyakinan bahawa hanya melalui bantuan berterusan AS sahajalah UNRWA
akan dapat berfungsi seperti biasa, keputusan Trump itu dikatakan telah
mendapat tentangan daripada sebilangan ahli politik AS sendiri. Tindakan Trump
selain itu, turut dilihat sebagai suatu tindakan tidak popular yang akan
memberi kesan buruk kepada kedudukan Trump sendiri dari sudut politik peribadinya.
Seperti
biasa, pihak yang menyambut baik apa jua keputusan AS berkaitan isu
Palestin-Israel adalah pentadbiran Tel Aviv. Israel menyifatkan tindakan AS itu
sebagai suatu kemenangan kepadanya.
Wakil Israel
di PBB, Danny Danon dalam usaha menyokong keputusan pentadbiran Trump itu malah
mendakwa UNRWA telah menyalahgunakan bantuan dan ‘menyokong
propaganda anti-Israel'. Beliau juga menuduh pemimpin UNRWA membenarkan
‘terowong pengganas’ digali di bawah sekolah-sekolah yang dibina dan kanak-kanak
Palestin diajar untuk menafikan kewujudan negara Israel.
Wallahua'alam (MMO)
*****
Winning303 Arena Sabung Ayam Terpopuler yang menghadirkan Ayam Ras Juara dan Ras-ras Terkuat..Pertarungan yang sangat seru bakal di hadirkan disini...
ReplyDeleteWinning303 juga menyediakan permainan lain
1. Sportbooks
2. Live Casino
3. Slot Online
4. Lottery/Togel
5. Poker Online
Yang pastinya tidak kalah seru dengan permainan lainnya...
cukup 1 User ID untuk semua permainan..Gak Pake Ribet...
Ayo Langsung bergabung dengan kami...
Customer Service 24 Jam
Hubungi Kami di :
WA: +6287785425244