Wednesday, May 30, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC: BAHRAIN



PETA
 






  
GEOGRAFI





Bahrain merupakan negara kepulauan terkecil ketiga di benua Asia selepas Maldives dan Singapura. Luas wilayahnya hanya sebesar 760 km persegi dengan jumlah penduduk seramai  1,234,571 (Banci 2010). 

Bahrain adalah negara kepulauan yang terdiri dari 33 buah pulau dan tidak memiliki sempadan darat dengan negara lain. Negara ini terletak di kawasan Timur Tengah dengan muka buminya secara umumnya terdiri daripada dataran rendah dan bergurun. Perletakannya secara spesifiknya adalah di Teluk Parsi iaitu di sebelah timur dari Saudi Arabia. 

Negara ini menikmati musim dingin yang sejuk dan mengalami musim panas dengan suhu yang tinggi dan lembap.  


  PROFAIL PENDUDUK





Jumlah penduduk Bahrain berdasarkan Banci Penduduk 2010 adalah seramai 1,234,581 dengan 70.2 peratus terdiri daripada mereka yang berketurunan Arab/Islam, 14.5 peratus Kristian, 9.8 peratus Hindu dan bakinya agama-agama lain. Dalam kumpulan mereka yang beragama Islam itu, kira-kira 70 peratus adalah berfahaman Syiah sedangkan hanya 30 peratus beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Tingkat celik huruf di negara ini adalah di sekitar 85 peratus, manakala jangka hidup penduduknya adalah kira-kira 72 tahun.


   SEJARAH RINGKAS










Bahrain bermaksud dua buah lautan, nama yang diberikan kepada wilayah ini sebagai sebahagian daripada peradaban kuno “Dilmun”. Disebabkan perletakannya di kawasan yang strategik, sejak 3000 tahun SM wilayah ini sudah dikenal oleh bangsa-bangsa lain seperti Yunani, Mesopotamia, Mesir, Assyria dan India. Dalam perkembangan selanjutnya Bahrain menjadi tempat persinggahan dan penghubung utama perdagangan antara Sumeria dan Lembah Indus.

Sejak akhir abad 18, Bahrain diperintah oleh keluarga Al Khalifa yang masih satu keturunan dengan suku bani Utbah yang menguasai Bahrain sejak abad  ke-18.

Tahun 1820, Bahrain di bawah pimpinan Shaikh Sulman dan Abdullah menandatangani perjanjian dengan Inggeris yang dikenal dengan “The General Treaty of Peace”. Perjanjian menyebutkan bahwa penguasa Bahrain tidak dibenarkan mengatur sempadannya kecuali dengan Inggeris dan tidak diperbolehkan memiliki hubungan dengan pemerintahan asing tanpa izin dari pihak Inggeris. Sementara itu Inggeris berjanji akan melindungi Bahrain dari segala ancaman.

Pada tahun 1968 Bahrain bergabung dengan lapan negara lain (Qatar dan tujuh wilayah yang dikuasai oleh “Sheikhdoms” di bawah perlindungan Inggeris dalam usaha untuk membentuk United Arab Emirates. Bagaimanapun, disebabkan pertentangan yang wujud khususnya menyangkut kekuasaan di antara Shaikhdoms, Bahrain menarik diri dan berusaha mendapatkan kemerdekaan. Akhirnya   pada tanggal 15 Ogos 1971, Bahrain menjadi sebuah negara yang merdeka penuh dan sekaligus secara resmi mengakhiri hubungan khusus dengan  Inggeris mengenai tanggung jawab atas pertahanan, juga urusan luar negeri Bahrain.


POLITIK & PENTADBIRAN
 






Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Bahrain adalah Raja Berpelembagaan iaitu sistem pemerintahan yang ketua negaranya adalah seorang Raja (yang tahtanya diwariskan secara turun temurun), manakala ketua pemerintahannya adalah Perdana Menteri yang ditunjuk oleh Raja. 

Bentuk pemerintah di negara Bahrain adalah kerajaan tradisional dengan sistem legislatif berupa sistem kabinet eksekutif kerana kehadiran parti politik tidak diizinkan di negara ini. Anggota Kabinet dilantik secara langsung oleh Raja.

Raja Bahrain ketika ini adalah Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa (sejak 2002).

Perdana Menteri Bahrain ketika ini adalah Prince Khalifa bin Salman Al Khalifa (sejak 1970)

 
EKONOMI
 






Kebijakan ekonomi yang dilakukan Pemerintah Bahrain adalah mendiversifikasi perekonomiannya dari industri berasaskan  minyak kepada industri baru berasaskan perkhidmatan (kewangan, perbankan, insuran, pembinaan dan pembuatan). Kebijakan yang dilakukan sejak tahun 2000 itu telah membuatkan perekonomian Bahrain semakin menarik dan berkembang ke arah yang cukup positif. 

Pada tahun 2008 GDP Bahrain mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 6.5% bernilai US$ 22.4 bilion dengan pendapatan per kapita sebesar US$ 29,873. Kadar inflasi Bahrain berada pada paras 3.4% dengan peredaran FDI yang merangsangkan iaitu sebanyak US$ 2.9 bilion. 

Bahrain merupakan negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran terbuka yang kini menempatkan negara itu ditangga 16 ranking ekonomi terbaik dunia.

Nilai eksport Bahrain untuk tahun 2008 mencapai US$ 19.17 bilion dengan komoditi utama terdiri daripada minyak dan hasil minyak, alumunium dan tekstil.  Negara-negara utama pasaran eksport Bahrain adalah terdiri daripada Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Emiriyah Arab Bersatu.

Sementara import Bahrain mencapai US$ 15.64 bilion dengan komoditi utama terdiri daripada minyak mentah, mesin dan bahan kimia. Negara-negara dagangan utama bagi import Bahrain terdiri daripada Arab Saudi, Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Emiriyah Arab Bersatu dan China.


  HUBUNGAN ANTARABANGSA





Sebagai sebuah negara pulau yang kecil dan kini menjadi anggota Dewan Kerjasama Teluk (GCC), falsafah dan sikap kebijakan luar negeri Bahrain adalah didasarkan pada asas yang dinamik, jelas dan tegas. Sehubungan ini GCC merupakan platform terpenting kepada pelaksanaan politik dan hubungan luar negara Bahrain.

Secara umum sikap Bahrain dalam menghadapi perkembangan di kawasan Timur Tengah, khususnya konflik Palestin-Israel seiring dengan hasil keputusan GCC, Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bahrain dalam berbagai kesempatan berulangkali mendesak Liga Arab dan OIC untuk dapat meningkatkan lagi peranan masing-masing dalam menanggani isu-isu yang melanda umat Islam dan masalah serantau, juga antarabangsa. 

Bahrain berpendapat dengan terciptanya perdamaian yang berkekalan, adil dan menyeluruh di Timur Tengah dan di negara-negara Islam lainnya, ianya akan mampu mengakhiri segala bentuk aksi kekerasan yang selama ini terjadi seperti antara Palestin dan Israel dan di negara-negara umat Islam menjadi penduduk minoriti, di samping akan menghapuskan aksi-aksi terorisme yang sekarang melanda berbagai kawasan di dunia.
   

Wallahua’alam (MMO).


 

No comments:

Post a Comment