Monday, June 18, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC : BURKINA FASO


 
PETA
 


 


  

GEOGRAFI

Burkina Faso, yang sebelumnya dikenal sebagai Upper Volta, adalah sebuah negara terkurung daratan di Afrika Barat yang berbatasan dengan Mali, Niger, Pantai Gading, Ghana, Togo, dan Benin.

Sebahagian besar muka bumi Burkina Faso terdiri daripada dataran savana dengan beberapa bukit di sebelah barat dan barat daya negara itu. Terdapat tiga batang sungai utama mengalir melalui negara ini iaitu Sungai Mouhoun, Sungai Nakambé, dan Sungai Nazinon. Ketiga-tiga sungai tersebut dulunya dikenali sebagai Sungai Volta Hitam, Volta Putih, dan Volta Merah.

Dengan wilayah seluas 274,200 km persegi, Burkina faso beriklim tropika dan kering dengan mempunyai dua musim, iaitu musim kering (November-Mei), dan musim hujan (Jun-Oktober).

Pada masa ini permasalahan utama aspek alam sekitar Burkina Faso adalah dikaitkan dengan faktor cuaca yang kering, kekurangan air, penggurunan, penggondolan hutan, serta penggembalaan berlebih yang merosakkan vegetasi. Semua faktor tersebut turut mempengaruhi secara langsung pertumbuhan sektor pertanian yang merupakan bahagian penting kepada perekonomian Burkina Faso.
 

PROFAIL PENDUDUK




Jumlah penduduk Burkina faso adalah seramai 20,107,509 orang (anggaran 2017/ The World Factbook), terdiri dari suku asli Afrika, iaitu Mossi (suku bangsa Volta) , Mande dan Fulani. Suku Mossi dan Mande terbahagi kepada puluhan anak suku yang tersebar di seluruh Burkina Faso. 

Pertumbuhan penduduk Burkina Faso berkembang pada purata 2.57% setahun dengan angka kelahiran 44.46 orang bagi setiap 1000 penduduk, dan angka kematian 18.79 orang bagi setiap 1000 penduduk. 

Agama Islam merupakan agama terbesar di Burkina Faso dengan penganutnya terdiri daripada sekitar 50% penduduk negara tersebut, diikuti oleh Kristian 10%, dan animisma 40%. 

Bahasa Kebangsaan mereka adalah Bahasa Perancis, di samping Bahasa-bahasa setempat, iaitu Moore, Dioula dan Peul.
Negara ini memiliki tingkat kematian yang tinggi akibat AIDS dan harapan hidup rata-rata kurang dari 50 tahun.
 

SEJARAH RINGKAS


Republik Burkina Faso, dahulunya dikenali sebagai Republic of Upper Volta, terbahagi kepada 45 daerah dengan ibu kota dan Bandar terbesarnya adalah Ouagadougou.  

Sejak abad ke-11 hingga akhir abad ke-19, Burkina Faso didominasi oleh kerajaan Mossi, salah satu suku terbesar yang selama beberapa abad mempertahankan kepercayaan animismenya dari pengaruh agama Islam yang dibawa oleh suku-suku yang datang dari utara. 

Perancis mulai menancapkan kukunya di Burkina Faso ketika Voulet Charmoine, orang Perancis pertama yang menaklukki negara tersebut pada tahun 1896. Pada tahun 1904, Burkina Faso dijadikan koloni Perancis dan diintegrasikan dengan dua negara lainnya yaitu Senegal dan Niger, dengan nama Haut-Senegal-Niger. 15 tahun kemudian, koloni ini pecah, dan akhirnya Haut menjadi Upper Volta. 

Pada tanggal 11 Disember 1958 negara ini menjadi Republik Upper Volta, yang akhirnya mendapatkan kemerdekaan dari Perancis pada tanggal 5 Ogos 1960.

Maurice Yameogo, seorang pejuang dan tokoh partai Voltaic Democratic Union menjadi  Presiden Burkina Faso yang pertama. Pada tanggal 3 Jaunari 1966, terjadi kudeta pertama di Burkina Faso oleh militer, dan pada tanggal 4 Juni 1966, Jendral Abubakar Sangoule Lamizana diangkat sebagai Presiden kedua. Jenderal Abubakar berkuasa hingga tahun 1980. Pada tanggal 25 November 1980 terjadi kudeta (berdarah) kedua, yang dilakukan oleh Kolonel Saye Zerbo yang mengambilalih kuasa namun hanya mampu bertahan selama dua tahun berikutan kedeta yang dilaksanakan oleh Mayor Dr. Jean-Baptiste Ouedraogo pada tanggal 7 November 1982. 

Pemerintahan Ouedraogo juga tidak mampu bertahan lama bilamana pada tanggal 4 Agustus 1983, para perwira muda beraliran Marxist yang diketuai oleh Kapten Thomas Sankara bangun melakukan kudeta terhadap Jendral Ouedraogo. Thomas Sankara dianggap oleh bangsa Burkina Faso sebagai pemimpin yang karismatik berikutan tindakannya mengubah nama Upper Volta menjadi Burkina Faso, yang berarti ‘negara bebas dan didiami orang yang bermartabat dan gagah perkasa’ dalam tahun 1984.

Pemerintahan Sankara bagaimanapun hanya mampu bertahan selama 3 tahun. Pada tanggal 15 Oktober 1987 Sankara terbunuh dalam kudeta yang dilancarkan oleh Kapten Blaise Compaore. Blaise Compaore akhirnya membangunkan pemerintahan demokrasi dan masih bertahan sampai saat ini sebagai presiden Burkina Faso.


EKONOMI

Burkina Faso dikategorikan sebagai negara termiskin di dunia, dan sangat bergantung pada pertanian. Sumber alamnya yang terhad seperti  emas, perak, bauxite, batu kapur, tembaga, dan posfat tidak mengizinkan ekonomi Burkina Faso untuk bergantung kepada sumber tersebut sepertimana beberapa buah negara Afrika yang lain. 

Justeru disebabkan ekonomi domestiknya yang tak berkembang dengan baik, Burkina Faso telah menilai semula mata wangnya pada Januari 1994 dan 1996, dengan menurunkannya sebanyak 5.9%. 

Berikutan adanya kesulitan ekonomi yang berpanjangan yang dilalui oleh Burkina Faso, ramai rakyat negara itu yang disebut sebagai Burkinabe (sebutan bagi penduduk Burkina Faso) berhijrah ke luar negara, terutama ke Pantai Gading. 

Bagaimanapun, dengan mempunyai angka pertumbuhan sekitar 5.2% dan inflasi sekitar 1.9%, Burkina Faso dikira termasuk negara yang stabil dalam pengembangan perekonomiannya. Jumlah angkatan kerja sebanyak 5 juta orang, diserap kebanyakannya oleh sektor pertanian  iaitu kira-kira 90% serta industri dan pembuatan, kira-kira 10%. 

Hasil pertanian berkisar pada kapas, kacang, biji-bijian, beras, jagung dan ternak. Hasil industri Burkina Faso pula berkisar pada kain katun, minuman, produk pertanian, sabun, rokok, tekstil dan emas. 

Hasil komoditi yang dieksport adalah kapas, hasil ternak dan emas dengan destinasi utama terdiri daripada Singapura, China, Thailand, Itali, India, Perancis, dan Niger. Komponan komoditi yang diimport pula adalah terdiri daripada bahan bakar, bahan makanan, dan bahan-bahan mentah untuk industri. Kebanyakan komponan komoditi yang diimport adalah  dari  Perancis, Togo dan Belgium.


PERKEMBANGAN ISLAM DI BURKINA  FASO           


Islam datang ke Afrika Barat dalam tiga gelombang. Pertama pada abad ke-9 ketika bangsa Berber Afrika Utara menyebarkan Islam ke  Ghana. Kedua pada abad ke-13, ketika kerajaan Mali terbentuk dan menyebarkan Islam ke seluruh Sabana di Afrika Barat hingga abad ke-18. Terakhir pada abad ke-19 ketika seorang pahlawan muslim Mali,  Samore Toure menyebarkan Islam ke arah selatan Afrika. 

Islam masuk ke Burkina Faso pada gelombang kedua dengan suku bangsa Fulani mempunyai peranan penting dalam menyebarkan Islam di Burkina Faso. Penyebaran Islam di Burkina Faso berlaku melalui dua kombinasi, iaitu ‘perang dan perdagangan’. Kenyataannya, suku Mossi sebagai suku terbesar di Burkina Faso, memang sangat gigih mempertahankan animismenya hingga abad ke-19. Pemerintahan suku Mossi pada awalnya menentang penyebaran Islam di Burkina Faso, namun pada akhirnya sebahagian besar dari mereka memeluk Islam.

Berdasarkan banci penduduk 1996, komposisi penganut agama di Burkina Faso adalah 60% Islam, 20% Kristen dan 20% animisme. Ramai tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam pemerintahan dan kemajuan Islam di Burkina Faso. Antaranya, Yousouf Ouedraogo, Menteri Luar Burkina Faso, termasuk antara tokoh yang berjaya menaikkan imej agama dan umat Islam di negara berkenaan. Tokoh-tokoh lain termasuklah El-Hajj Oumarou Kanazae (pengusaha terkenal), Souleymane Kore, Mamadou Sawaidogu, dan Al-Hajj Sakande.

Islam di Burkina Faso semakin berjaya ketika terjadinya kekacauan politik di Pantai Gading pada tahun 2002. Salah seorang tokoh pembangkang yang berpengaruh, iaitu Allasane Dramane Ouattara berketurunan bangsa Burkina Faso dan beragama Islam serta sangat berwibawa. Beliau menjadi pencentus kepada kemasukan  sekitar 350,000 suku Burkinabe yang majoritinya Islam untuk lari masuk ke Burkina Faso. 

Secara umum, terdapat dua perkara yang diperjuangkan oleh umat Islam di Burkina Faso; Pertama untuk mengembalikan kejayaan Islam di peringkat pemerintahan pusat (Presiden dan Perdana Menteri), dan kedua, untuk membendung ancaman pendakwah Kristian yang sangat agresif memurtadkan orang-orang Islam di Burkina Faso. Ini termasuklah dengan cara mendirikan stesen radio bagi menyampaikan dakyah mereka ke seluruh pelusuk bumi Burkina Faso. Sasaran utama mereka adalah suku Fulani, yang terkenal sebagai suku yang sangat taat kepada ajaran Islam.

The Ahlul Barr Society di Burkina Faso mempunyai peranan penting untuk membendung missi Kristian tersebut.

Burkina Faso menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam tahun 1975. Sejak menyertai OIC, Burkina Faso telah memainkan peranan aktif dalam membantu menggerakkan program dan aktiviti OIC di samping tidak pernah ketinggalan dalam menyertai Sidang Kemuncak pertubuhan ini yang mengumpulkan ketua-ketua negara OIC, dan juga mesyuarat-mesyuarat di peringkat Menteri Luar negara-negara OIC.




 Wallahua'alam (MMO)






2 comments:

  1. adu ayam
    Secara umum, terdapat dua perkara yang diperjuangkan oleh umat Islam di Burkina Faso

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete