Thursday, July 26, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC : GAMBIA



PETA
 


 


   

GEOGRAFI

Negara Gambia terletak di bahagian barat benua Afrika dengan bersempadankan negara Senegal di bahagian utara, selatan dan timur negara itu sementara di bahagian barat ia bersempadankan dengan lautan Atlantik Utara

Keluasan keseluruhan negara ini ialah 11.300 km persegi dengan 10.12 km persegi terdiri daripada tanah daratan dan 1.18 km persegi lagi terdiri daripada air.

Negara ini beriklim Tropika dengan cuaca panas dan hujan berlaku antara bulan Jun hingga November manakala cuaca sejuk dan kering berlaku antara bulan November hingga Mei.
                                                                                                    

PROFAIL PENDUDUK




Jumlah penduduk Gambia berasaskan anggaran pada bulan Julai 2017 adalah seramai 2,051,363 orang. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan sebanyak 61.3% daripada mereka tinggal di kawasan bandar manakala bakinya tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Terdapat beberapa etnik yang membentuk komponen penduduk Gambia. Mereka terdiri daripada etnik Mandinka/Jahanka (34%), Fulani/Tukulur/Lorobo (22.4%), Wolof (12.6%), Jola/Karoninka (10.7%), Serahuleh (6.6%), Serer (3.2%), Manjago (2.1%), dan etnik-etnik kecil yang lain seperti Bambara dan Creole/Aku Marabout, kurang daripada 1.0 peratus.

Dilihat dari sudut pecahan agama pula, berdasarkan banci tahun 2013, majoriti penduduk Gambia adalah beragama Islam iaitu sebanyak 95.7%, diikuti penganut Kristian 4.2%, dan bakinya lain-lain agama.

Dari segi penggunaan bahasa pula, Bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa resmi Gambia. Bahasa-bahasa tempatan seperti Mandinka, Wolof dan Fula bagaimanapun turut menjadi bahasa pertuturan khususnya di kawaan luar bandar dan pedalaman.


SEJARAH RINGKAS






Sebahagian besar kawasan di sekitar Sungai Gambia telah dihuni manusia sejak ribuan tahun yang lalu. Menurut catatan sejarah, pada abad kelima (470) sebelum Masehi, beberapa orang Eropah kuno dari suku Carthagenia (Kartago) berlayar ke Gambia. Mereka menetap di sana serta menjadi pendorong utama kepada berdirinya beberapa kerajaan di Afrika.

Bagaimanapun, seiring dengan kejatuhan Kekaisaran Romawi, terputuslah usaha bangsa Cathegenia di Gambia dan Afrika Barat. Ketika Islam  mula menapak di Afrika Utara pada abad ke-1o,  Islam akhirnya tersebar juga ke selatan, meliputi Senegal, Gambia, Mali dan seluruh Afrika Barat. 

Pada abad ke-14, pengaruh Islam semakin besar dan terserlah sepertimana yang dapat dilihat dengan terbangunnya Kerajaan Mali (Malinke/Mandinka) yang didirikan oleh Sundiata Keita. Kerajaan ini mempunyai pengaruh yang luas sampai ke selatan (Liberia dan Sierra Leone) dan ke barat sampai ke Senegal dan Gambia.

Sejarah moden Gambia memperlihatkan negara ini pernah dijajah oleh beberapa kuasa Barat seperti Portugal, Belanda, Jerman, Perancis dan Inggeris. Gambia memperoleh kemerdekaannya dari Inggeris pada tahun 1965. Secara geografik, disebabkan ianya dikelilingi di segenap penjuru oleh Senegal, Gambia membentuk Konfederasi (Senegambia) yang berpanjangan antara tahun 1982 dan 1989. Pada tahun 1991 kedua negara menandatangani perjanjian persahabatan dan kerjasama, walaupun ketegangan meletus seketika semasa rejim Yahya Jammeh.

Jammeh mengetuai rampasan kuasa tentera pada tahun 1994 yang menggulingkan Presiden dan mengharamkan aktiviti politik. Perlembagaan baru dan Pilihan Raya Presiden diadakan pada tahun 1996, diikuti dengan pengundian Parlimen pada tahun 1997, yang menyaksikan pengembalian pemerintahan negara kepada pemerintahan awam. Jammeh dipilih sebagai presiden dalam semua pilihan raya termasuk pada pilihan raya pada akhir 2011.

Selepas 22 tahun pemerintahan yang bersifat otoritater, Presiden Jammeh akhirnya dikalahkan dalam pilihan raya yang bebas dan adil pada Disember 2016. Oleh kerana rekod hak asasi manusia Gambia yang rendah di bawah Jammeh, rakan pembangunan antarabangsanya telah menjauhkan diri mereka dan mengurangkan bantuan secara besar-besaran ke negara ini. Saluran-saluran ini bagaimanapun kini dibuka semula di bawah pentadbiran Presiden Adama Barrow, yang memegang jawatan pada Januari 2017.
 

EKONOMI



Gambia tidak mempunyai hasil semulajadi negara yang banyak menyebabkan negara ini tergolong dalam kategori negara yang miskin. Keadaan ini juga menyebabkan 75 peratus penduduknya terpaksa bergantung pada pertanian, terutama padi, dan hasil penternakan sebagai mata pencarian utama.

Beberapa industri dalam skala kecil dan terhad ada dibangunkan khususnya melibatkan produk kacang, ikan dan kulit. Bagaimanapun pengeluarannya adalah kecil dan mencukupi hanya bagi  kegunaan tempatan.

Ekonomi Gambia hanya tumbuh sekitar 3 peratus, sedangkan inflasi negara itu berkisar sekitar 9.0 peratus. Tenaga kerja yang tersedia iaitu sekitar 700,000 orang sebahagian besar diserap oleh bidang pertanian, iaitu sekitar 75 peratus, industri (sekitar 19 peratus) dan sektor perkhidmatan termasuk dengan Kerajaan, sekitar 6 peratus.

Pendapatan perkapita penduduk Gambia (berdasarkan anggaran 2017) adalah sebanyak US $ 1,700 setahun.

Jumlah keseluruhan eksport Gambia (berdasarkan anggaran 2017) adalah sebanyak US$109.7 juta. Komoditi utama eksport terdiri daripada hasil kacang, perikanan, benang kapas, dan produk kelapa.

Jumlah keseluruhan import Gambia pula adalah sebanyak US$316.1 juta, terdiri daripada makanan, produk perkilangan, mesin, minyak dan peralatan pengangkutan.

Negara-negara pengimport utama dari Gambia terdiri daripada Guinea-Bissau (51.9%), Vietnam (14.6%), Senegal (8.8%) dan Mali (7.2%).

Negara-negara pengeksport utama ke Gambia pula terdiri daripada Cote dIvoire (11.5%), Brazil (10.6%), Sepanyol (10.2%), China (7.8%), Russia (6.4%), Belanda (5.3%) dan India (5%).


PERKEMBANGAN ISLAM DI GAMBIA





Islam masuk ke Gambia melalui Senegal seawal abad ke-10 yang dibawa oleh pendakwah terdiri daripada para pedagang Arab Maghribi dan Mauritania. Suku Wolof, salah satu suku terbesar di Gambia merupakan antara suku terawal yang memeluk Islam di negara itu. 

Sebagaimana Senegal, Islam di Gambia beraliran Sunni, dan sebahagian besar dari mereka menganut aliran sufi. Salah seorang pemimpin sufi terkenal di Gambia adalah Syeikh Ibrahim Aladji Gassama Djabi (lahir pada 11 Apil 1949). Para ahli sufi inilah yang giat mengembangkan syiar Islam, bukan sahaja di Gambia tetapi juga di negara jirannya, Senegal.

Para penganut sufi, baik yang barasal dari aliran Qadiriyah mahupun Tijaniyah mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam kehidupan rakyat Gambia. Mereka sekaligus muncul sebagai pendesak dan penggerak kepada pengusiran  penjajahan Inggeris dari bumi Gambia. 



 Wallahua'alam (MMO).




No comments:

Post a Comment