![]() |
Sekumpulan penceroboh Yahudi menceroboh masuk ke Makam Yusuf |
Terlalu banyak nampaknya
peristiwa yang mencabar minda dan kesabaran kita yang berlaku di bumi Palestin
sepanjang bulan Oktober lalu sehingga memperlihatkan seolah-olah tiada satu
detik pun dalam kehidupan rakyat Palestin yang terjamin selamat dan aman.
Sekurang-kurangnya lima perlakuan
berstrategi telah dan mungkin akan diteruskan oleh rejim Yahudi ke atas bumi
Palestin dan rakyatnya yang sehingga kini tiada siapa pun yang nampaknya mampu
menampilkan diri untuk membela mereka.
Strategi-strategi tersebut ialah;
Pertama, menceroboh secara berterusan Masjidil Aqsa dan tempat-tempat suci
Islam yang lain seperti Masjid Ibrahimi, Makan Nabi Yusuf dan lain-lainnya
dengan tujuan untuk mempamirkan kekuasaan rejim Zionis ke atas tempat-tempat
tersebut. Dalam jangka panjang, tindakan tersebut dipercayai akan menjadi
strategi bagi merubah wajah dan persepsi bahawa lokasi-lokasi berkenaan adalah warisan
kepunyaan kaum Yahudi.
Kedua, mematahkan secara kasar
sebarang cubaan untuk menentang rejim Yahudi dengan menangkap dan memenjarakan mereka
yang disyakki terlibat, khususnya belia dan kanak-kanak, bertujuan untuk
menimbulkan ketakutan dan mengurangkan komuniti belia dalam masyarakat Palestin.
Dengan kurangnya bilangan penduduk belia itu, masyarakat Palestin secara
beransur-ansur akan menjadi lemah dan ini akan bakal memudahkan proses menjajah
dan menjarah hasil bumi Palestin untuk kepentingan rejim Zionis.
Ketiga, meneruskan pembinaan
penempatan haram di atas tanah-tanah milik warga Palestin yang dirampas di
sebalik adanya larangan antarabangsa terhadap Israel untuk berbuat demikian
melalui berpuluh-puluh resolusi PBB. Malangnya, tiada satu pun daripada resolusi
tersebut yang berjaya dikuatkuasakan.
Keempat, menyerbu dan mencuri
hasil tanaman penduduk Palestin dengan tujuan untuk lama-kelamaan mengusir
keluar petani dari kebun milik mereka agar ianya nanti dapat dimiliki secara
haram dan dengan menggunakan kekerasan serta perlindungan pihak berkuasa dan
tentera.
Kelima, menakut-nakutkan para
nelayan Palestin yang turun ke laut kerana bimbang hasil laut akan berkurangan
dan kelak menggugat keperluan rakyat Yahudi.
Kelima-lima senario inilah yang
terjadi hampir setiap bulan sehingga mendedahkan Palestin dan rakyatnya kepada kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Keadaan
ini jika dibiarkan berterusan sudah pasti boleh melemahkan Palestin dan
rakyatnya, sekaligus bakal memudahkan rejim Zionis untuk melaksanakan agenda
besar mereka terhadap bumi Palestin sepertimana yang kita sedia maklumi.
Rentetan Peristiwa Yang Berlaku Sepanjang Bulan
Oktober, 2019
02 Oktober 2019
Penduduk
haram Israel mencuri hasil pertanian penduduk Palestin
Sekumpulan
penduduk haram Israel telah menyerang beberapa petani Palestin di perkampungan
Deir Sharaf, di sebelah barat Bandar Nablus, Ahad lalu, dan telah mencuri
sejumlah besar buah zaitun.
Seorang
aktivis anti-pendudukan haram, Ghassan Daghlas, memberitahu bahawa beberapa
penduduk haram Israel telah mengusir petani-petani Palestin dari tanah mereka
sendiri dan telah mencuri sejumlah besar zaitun yang telah dirancang untuk
penuaian pada musim zaitun tahunan akan datang.
Penduduk
haram Israel seringkali menyerang petani-petani Palestin di tanah mereka di
Tebing Barat, mencuri hasil tuaian dan memusnahkan tanaman, dan hampir setiap
kali tidak akan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa
Israel.
***
Beratus
pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa
Sekurang-kurangnya 200
pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk ke kawasan halaman Masjidil
Aqsa dengan kawalan ketat polis rejim Israel.
Menurut kata saksi,
penganut Yahudi itu memasuki masjid tersebut secara berkumpulan dan melakukan
tindakan provokasi ketika diberi penerangan yang mendakwa di situ adalah tapak
kuil mereka serta cuba mengadakan ibadat penyembahan mengikut ajaran Yahudi.
Turut kelihatan di antara mereka ialah Menteri Pertanian Israel, Uri Aril yang menyampaikan ucapan berapi-api mendesak supaya bangunan kuil Yahudi dibina di atas tapak Masjid Aqsa.
Turut kelihatan di antara mereka ialah Menteri Pertanian Israel, Uri Aril yang menyampaikan ucapan berapi-api mendesak supaya bangunan kuil Yahudi dibina di atas tapak Masjid Aqsa.
4
Oktober 2019
Beberapa
negara Afrika menyokong hak Palestin di UNGA
Palestin
masih menjadi keutamaan Afrika, apabila belasan pemimpin dari benua itu
menekankan perlunya Israel menghentikan penjajahannya ke atas Palestin dan
mengembalikan hak sah kepada rakyat Palestin untuk bebas.
Penegasan
itu dibuat dalam kenyataan mereka di sesi ke 74 Mesyuarat Agung PBB minggu
lepas. Senegal, Namibia, Nigeria, South Africa, Lesotho, Mozambique, Mauritius,
Burkina Faso, Mali, Mauritania, Angola, Chad, Djibouti, Gambia, Sao Tome dan
Principe semuanya menyebut tentang keperluan pembentukan negara Palestin untuk
memastikan keamanan berpanjangan bagi rakyat Palestin dan Israel.
Mereka
turut menekankan perlunya Israel menghentikan pembinaan penempatan haram dan
masyarakat antarabangsa perlu mempertingkatkan usaha agar Israel dikenakan
tindakan atas perlanggaran undang-undang antarabangsa.
***
Rejim
Zionis serang mogok di Baitul Maqdis , tahan aktivis
Rejim
Zionis telah menyerang suatu bantahan yang dianjurkan oleh warga Palestin
berdekatan Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, di mana tahanan Palestin Samer
al-Arabeed sedang ditahan pada ketika ini selepas koma kerana dibelasah ketika
sesi soal-siasat oleh pihak berkuasa Israel.
Rejim
Zionis telah menyerang dengan ganas penunjuk-penunjuk perasaan dan telah menahan
dua orang warga Palestin.
Berpuluh-puluh
aktivis Palestin telah mengadakan mogok duduk di Baitulmaqdis sebagai
menyuarakan sokongan untuk al-Arabeed, dan sebagai bantahan terhadap polisi
agresif yang dilaksanakan ke atas tahan Palestin di penjara-penjara Israel.
Aktivis
Palestin menekankan bahawa al-Arabeed memerlukan rawatan perubatan dengan
segera, dan pihak Perkhidmatan Penjara Israel tidak memberikan rawatan
perubatan yang sewajarnya.
Mereka
juga mendesak supaya penyoal-siasat Israel yang telah menyerang al-Arabeed dibicarakan.
8 Oktober 2019
Rejim
Zionis serbu kawasan Tebing Barat, bertelingkah dengan penduduk
Tentera
rejim Israel (IOF) pada subuh Rabu menyerbu pelbagai kawasan di Tebing Barat.
Sumber
tempatan menyatakan satu kebakaran tercetus di sebuah kedai warga Palestin
setelah IOF menyerbu kem pelarian Ain Sultan dekat utara bandar Jericho ketika
tembakan bom gas pemedih mata dilepaskan secara besar-besaran.
Puluhan
pemuda Palestin membaling batu ke arah tentera IOF ketika mereka keluar dari
kawasan tersebut.
***
Matjila:
PBB tidak pernah sekali pun laksanakan resolusi untuk Palestin
Duta Afrika Selatan ke
PBB, Jerry Matjila mengkritik tindakan badan dunia itu yang tidak pernah sama
sekali melaksanakan salah satu dari 72 resolusi yang diputuskan untuk Palestin
sejak tahun 1948.
Matjila yang merupakan
presiden Majlis Keselamatan PBB untuk bulan Oktober semasa membuat kenyataan
kepada akhbar al-Quds al-Arabi menyatakan tentang kegagalan masyarakat
antarabangsa dalam membantu penduduk Palestin mencapai hasrat mereka untuk
mengecap kebebasan dan kemerdekaan.
Mewakili negaranya, beliau
menjelaskan peranan Afrika Selatan dalam permasalahan di Palestin dan menyatakan
sokongannya terhadap rakyat negara itu serta hak mereka dari segi perundangan
sebagai “sedia diketahui umum dan tidak perlu dipersoal.”
9
Oktober 2019
Kementerian
Waqaf menyelar keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi
Kementerian
Wakaf dan Hal Ehwal Agama mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel
untuk menutup Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil pada Ahad dan Rabu hadapan
bagi membenarkan para pendatang Yahudi untuk mengadakan sambutan di dalamnya.
Dalam
satu kenyataan, Kementerian itu turut menyatakan rejim berniat untuk menyerbu
masjid itu pada Selasa dari pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam.
Timbalan
Menteri Hal Ehwal Agama, Husam Abul-Rab, menekankan keperluan untuk segera
bertindak bagi menyelamatkan Masjid Ibrahimi dan menamatkan segala pencemaran
Israel ke atasnya.
***
Pertembungan
tercetus ketika warga Israel memecah masuk ke Makam Yusuf
Rejim
Zionis telah menyerbu kawasan timur, Bandar Nablus untuk mengiringi rakyat
Israel yang ingin masuk ke Makam Yusuf.
Para
saksi menyatakan bahawa beberapa jip tentera Israel mengelilingi tapak dan
kawasan kejiranan itu untuk memberi laluan kepada serangan pengganas.
Rempuhan
kuat berlaku setelah rejim Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan
peluru logam bersalut getah ke arah penduduk Palestin yang berdepan dengan
serangan.
***
Rejim
Zionis culik 10 warga Palestin di Tebing Barat
Rejim
Zionis pada awal pagi hari Isnin telah menahan 10 warga Palestin ketika serbuan
di kediaman-kediaman di beberapa kawasan Tebing Barat yang berbeza.
Menurut
sumber tempatan, Rejim Zionis menahan 10 warga Palestin di Ramallah, Bethlehem,
Jenin, Salfit dan al-Khalil.
Puluhan
askar IOF menyerang sebuah pusat kebudayaan di perkampungan Kifl Hares, ke
barat Bandar Salfit, dan menimbulkan kekacauan di sana.
Pada
malam Ahad rejim Zionis disertai dengan anjing polis, menyerbu sebuah hospital
Palestin di Gunung Zaitun di Baitulmaqdis, menyerbu beberapa bilik di bahagian
rawatan kanser, dan mengasari pesakit-pesakit di sana atas alasan kononnya
untuk mencari senjata.
10
Oktober 2019
Israel
sekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat
Rejim
Zionis pada hari Isnin telah menyekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing
Barat melalui sempadan al-Karama dengan Jordan.
Pihak
Pentadbiran Am bagi Urusan Sempadan dan Pintu Sempadan Palestin menyatakan
bahawa 6,283 penumpang berjaya menyeberangi sempadan di kedua-dua arah melalui
sempadan al-Karama pada hari Isnin.
Pada
hari yang sama 16 orang warga Palestin diperintahkan untuk berpatah balik atas
“alasan keselamatan”.
14
Oktober 2019
Hamas:
Pencemaran Aqsa oleh para pendatang perlukan reaksi warga Palestin
Gerakan
Hamas telah menyelar pencerobohan ke atas Masjid Aqsa oleh para pendatang
Yahudi yang semakin menjadi-jadi dan menyifatkan ia sebagai keganasan ke atas
rakyat Palestin dan negara Muslim dan Arab. Tindakan itu disifatkan sebagai
bertujuan untuk menerapkan unsur Yahudi di kawasan suci Islam.
Dalam
satu kenyataan akhbar pada Selasa, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menekankan
perlunya reaksi yang jelas dan berkesan oleh rakyat Palestin daripada pelbagai
lapisan untuk membela Masjid Aqsa daripada jenayah yang dilakukan oleh para
pendatang Yahudi.
Berhoum
merayu Liga Arab dan Pertubuhan Negara Islam agar menjalankan peranan mereka
bagi menamatkan keganasan Israel ke atas Masjid Aqsa.
***
Rejim
Zionis culik lima rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerus Salem
Rejim
Zionis Israel (IOF) pada pagi Rabu menculik lima rakyat Palestin semasa kempen
di Tebing Barat dan Jerusalem.
Kenyataan
yang dikeluarkan oleh tentera Israel mendakwa lima orang tahanan diminta oleh
pihak berkuasa regim kerana terlibat dalam kegiatan melawan Israel.
Menurut
sumber tempatan, IOF menculik Mohamed Abu Diya, 16 tahun di rumahnya di kampung
Khirbet Safa berhampiran bandar Beit Ummar di utara al-Khalil.
16
Oktober 2019
Presiden
Tunisia Yang Baru Dipilih, Dr. Qais Said Janji Sokong Palestin
Presiden
Tunisia yang baru dipilih, Dr. Qais Said, menegaskan sokongannya terhadap isu
Palestin. pada awal pidato kemenangannya dalam pemilihan presiden pada pungutan
suara kedua, Said berjanji akan bekerja menyokong isu Palestin secara adil.
Dr.
Qais Said menegaskan bahawa isu Palestin merupakan agenda pertamanya di luar
negeri dan beliau berharap suatu hari nanti bendera Palestin dapat berkibar di
samping bendera Tunisia.
Presiden
Tunisia mengulangi kenyataan bahawa normalisasi dengan penjajah zionis
merupakan sebuah pengkhianatan, sikap ini ditegaskannya ketika debat bersejarah
dengan pencabar beliau, Nabil al-Qarawi dua hari menjelang pemilihan presiden.
Di
hadapan pendukungnya, Said mengatakan: “sekarang merupakan fasa bersejarah,
dimana Tunisia telah selesai berada di masa pengawasan dan agenda yang perlu
dilakukan adalah memperjuangkan kemerdekaan Palestin.
Said
menyebutkan bahawa kunjungan luar negeri pertamanya akan dilakukan ke Algeria,
kemudian berharap dapat mengunjungi Libya serta menyampaikan apresiasi
kepada rakyat Palestin, dengan menegaskan bahawa Tunisia akan meneruskan
peranannya di forum antarabangsa untuk menyokong Palestin.
Gerakan
perjuangan Islam Hamas menyampaikan ucapan tahniah atas terpilihnya Dr. Said
sebagai Presiden Tunisia.
***
Petani
Palestin cedera dalam serangan di Tebing Barat
Tiga
orang petani Palestin cedera pada hari Sabtu dan Ahad lalu dalam suatu serangan
oleh peneroka-peneroka haram ketika menuai zaitun di Ramallah dan Bethlehem.
Sumber-sumber
tempatan menyatakan bahawa dua petani Palestin yang dikenali sebagai Mus’ab
Da’mas dan Tareq Da’mas, mengalami kecederaan sederhana pada petang Sabtu
selepas diserang penduduk haram Israel ketika mereka memetik buah zaitun di
kampung Ras Karkar, di barat Ramallah.
Pada
hari Ahad pula seorang petani Palestin yang berusia di dalam lingkungan tujuh
puluhan cedera selepas dibelasah oleh peneroka haram Israel di Bethlehem.
Aktivis
Hasan Breijiya mengatakan bahawa sekumpulan peneroka haram Israel telah
menyerang petani Palestin Fadel Hamdan apabila beliau bersemuka dengan mereka
semasa mereka sedang mencuri buah zaitun di tanah Palestin di kampung al-Jab’a.
Hamdan
telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan dan keadaannya
dilaporkan stabil.
***
Berpuluh
cedera dalam serangan gas pemedih mata tentera Israel di Ramallah
Berpuluh-puluh pemuda
Palestin menderita terkena asap gas pemedih mata dalam pertempuran ganas awal
pagi dengan tentera rejim Zionis Israel di bandar Ramallah.
Pertempuran itu berlaku di kawasan perumahan Attira di Ramallah selepas pihak tentera rejim memecah masuk dan mengeledah rumah milik seorang tahanan penjara, Samer al-Arbeed.
Pertempuran sama turut berlaku di jalan masuk utama menuju bandar Surda, utara Ramallah ketika pihak rejim melakukan operasi di situ. Bagaimana pun, tiada kecedera dilaporkan berlaku.
Pertempuran itu berlaku di kawasan perumahan Attira di Ramallah selepas pihak tentera rejim memecah masuk dan mengeledah rumah milik seorang tahanan penjara, Samer al-Arbeed.
Pertempuran sama turut berlaku di jalan masuk utama menuju bandar Surda, utara Ramallah ketika pihak rejim melakukan operasi di situ. Bagaimana pun, tiada kecedera dilaporkan berlaku.
24 Oktober 2019
Amaran
usaha Israel bagi menerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis
Pihak
berkuasa Sokongan Kristian dan Islam bagi Baitulmuqaddis dan Kota Suci telah
memberi amaran yang rejim Israel sedang berusaha merubah karakter Arab dan
identiti Baitulmuqaddis bagi menerapkan unsur Yahudi.
“Kempen
yang dilakukan oleh pihak berkuasa rejim dan kumpulan pelampau agama ke atas
Masjid Aqsa dan para pengunjung itu jelas menandakan pencabulan Israel dalam
merubah ciri-ciri Arab di Baitulmuqaddis dengan mengubah struktur penempatan,” kata
Hanna Issa, Setiausaha Agung Pihak Berkuasa Kristian dan Islam.
25
Oktober 2019
Tentera
rejim tembak secara rambang kawasan pertanian, bot nelayan Gaza
Tentera Rejim Israel hala tembakkan secara rambang ke
arah kawasan tanah pertanian dan bot nelayan di Semenanjung Gaza.
Menurut kata penduduk tempatan, anggota tentera rejim
mensasarkan tembakan ke arah kawasan pertanian di Jabalia dan Khuza’ah di
timur Gaza.
Di barat Gaza pula, nelayan dan bot menjadi sasaran
tembakkan bot tentera laut rejim. Serangan lebih kerap yang dibuat oleh tentera
rejim Zionis itu telah memaksa nelayan untuk kembali semula ke pantai.
***
Tentera
rejim Israel halang keluarga dari Tebing Barat lawat saudara di penjara Negev
Tentera rejim Israel
bertindak menghalang ahli keluarga Qassam dan Adham Jabbarin, tahanan adik
beradik yang berasal kem pelarian Jenin dari melawat saudara mereka di
penjara Negev.
Keluarga itu menyatakan
bahawa tentera rejim yang bertugas di pos pemerikasaan al-Jalama menyekat mereka
dari meneruskan perjalanan ke penjara Negev untuk melawat saudaranya walau pun
mereka mempunyai permit lawatan daripada Pertubuhan Palang Merah.
Keluarga itu juga tetap tidak dibenarkan bertemu Qassam Jabbarin yang ditahan di penjara Gilboa atas alasan langkah keselamatan.
Keluarga itu juga tetap tidak dibenarkan bertemu Qassam Jabbarin yang ditahan di penjara Gilboa atas alasan langkah keselamatan.
30 Oktober 2019
Tentera
Israel menembak dan menahan belia Palestin di Baitul Maqdis
Isnin
lalu seorang belia Palestin cedera selepas ditembak oleh rejim Zionis di Kota
Lama Baitulmaqdis kerana kononnya cuba menyerang dengan cara menikam.
Saksi
mendakwa bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke atas seorang belia
Palestin di Kota Lama tersebut, menyebabkan beliau cedera di lengan, sebelum
mereka menahannya.
Sumber
media Israel pula mendakwa bahawa belia tersebut cuba melakukan serangan dengan
cara menikam berhampiran Pintu al-Sahera, iaitu salah satu pintu masuk utama ke
Masjid al-Aqsa, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Tentera
Israel kemudian menutup Pintu al-Sahera, dan telah menyerang rakyat Palestin
yang juga berada di kawasan berkenaan dan menyembur mereka dengan penyembur lada.
***
Israel
akan musnahkan lima struktur kediaman di Yatta
Tentera
rejim Israel pada petang Ahad mengarahkan pengosongan lima kediaman warga
Palestin di bandar Yatta, selatan al-Khalil, sebagai persediaan untuk
dimusnahkan.
Aktivis
Rateb al-Jabour berkata, tentera rejim menyerbu Yatta dan mengarahkan warga
Palestin Shehada Salama, anak-anak lelakinya bersama keluarga masing-masing
agar mengosongkan rumah mereka.
Al-Jabour
mengesahkan yang keputusan itu tidak berasas dan tiada makluman awal diberikan.
***
Israel
paksa warga Palestin musnahkan kediaman di Baitul Maqdis
Selasa
lalu pihak berkuasa tempatan Israel di Baitulmaqdis telah mengarahkan rakyat
Palestin, Luay Obeid, untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di perkampungan
al-Isawiya, timur laut Baitulmaqdis.
Bapa
kepada Obeid mengatakan bahawa pekerja-pekerja majlis perbandaran Israel
menyerbu kampung tersebut pada awal pagi dan memerintahkan beliau untuk
meruntuhkan rumahnya. Jika beliau tidak mematuhi arahan berkenaan, pihak majlis
perbandaran akan tetap melaksanakan kerja-kerja meroboh berkenaan dan memaksa
beliau untuk membayar denda yang tinggi.
Beliau
menambah bahawa kediaman tersebut, yang dibina di atas kawasan seluas 130 meter
persegi, masih dalam pembinaan.
Dia
mengatakan bahawa pihak rejim Zionis telah berulangkali menghubungi anaknya
untuk mendesaknya untuk merobohkan rumah tersebut, dan menerangkan bahawa
anaknya telah mengupah seorang peguam untuk merayu terhadap perintah perobohan
tersebut, sebuah tindakan yang telah pun ditolak oleh mahkamah Israel.
Wallahu’alam (MMO)
No comments:
Post a Comment