Monday, April 2, 2018

A.M. AZAHARI, SULTAN DAN BRUNEI RAYA (BAHAGIAN 14)


Pidato Sulung A.M. Azahari 

Pidato sulung A.M. Azahari pada 22 Januari 1956 iaitu pidato penubuhan Parti Rakyat Malaya Cabang Brunei pada sidang penubuhannya di rumah H.M. Salleh di Kampung Sungai  Kianggeh, Pekan Brunei telah  menyerlahkan ketokohan beliau sebagai seorang pendokong demokrat, nasionalist dan royalist yang cinta damai.

Dalam pidatonya itu, A.M. Azahari antara lain, menzahirkan syukurnya kehadrat Allah dan mengucapkan terima kasih di atas kesedaran mereka yang hadir untuk bersatu dan berjuang  bagi mendaulatkan nusa bangsa  dan tahta Baginda Sultan. Atas kesedaran mendalam itulah ianya mendorong ke arah pengukuhan kesatuan rakyat di dalam sebuah badan politik.

Beliau yakin bahawa kesedaran untuk bersatu itu sudah sedia bersemi di dalam jiwa rakyat Brunei khususnya dalam kalangan bangsa Melayu. “Kesedaran yang demikianlah yang menjadi pokok dan mendorong kita untuk bersatu, berjuang bahu membahu dan mendorong kita keseluruhannya memperkuat persatuan itu dalam satu badan politik.” Tegas A.M. Azahari.

Beliau berseru, “hendaknya, sekali bersatu terus bersatu, persatuan yang mewaja akan membawa kekuatan raksasa untuk  mempertahan nusa dan bangsa. Dan berjanjilah, kita tidak akan mahu lagi dipecah belah oleh golongan mana sekalipun, baik oleh bapa atau ibu kita, kita akan menentang orang-orang yang akan memecah belah kita, dan pasti orang-orang itu akan kalah.”

Menurut A.M. Azahari,  bersatu dan  berjuang dalam sebuah wadah politik, “bukan bererti kita akan terus mendapat “syurga” dalam tempoh satu hari atau satu tahun.” Kemenangan yang dicita-citakan melalui proses perjuangan yang berlandaskan rundingan dan perdamaian akan mengambil masa.

Namun itulah strategi perjuangan pilihan A.M. Azahari, “tujuan kita akan mencapai hak mutlak kita dengan teratur dan bersatu. (Kemenangan) menghendaki (memakan) masa, yang tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun juga, melainkan oleh rakyat sendiri.”

Gesaan beliau agar diperkukuh kesatuan bangsa, bukan bermaksud untuk “mengacau keamanan dan membenci kepada bangsa lain, itu tidak sama sekali, malah kita akan lebih mempererat persahabatan kita dengan bangsa apa sekali pun, asalkan bangsa itu mahu bersahabat dengan kita.”

Beliau menegaskan, “disamping kita memperjuangkan hak kemerdekaan bangsa dan tanah air menurut cita-cita politik parti, kita juga akan menjaga keamanan dan kesejahteraan bangsa dan rakyat.” 

Piagam Hak Asasi Manusia 

Keyakinan politik beliau ialah, perjuangan kemerdekaan itu boleh mencapai kejayaan dengan adanya jaminan piagam “Universal Human Rights” dalam menentukan nasib sesuatu bangsa atau golongan, kerana jaminan itu telah disepakati dan diakui  oleh bangsa-bangsa di dunia ini, hatta “Pemerintah British pun ikut serta menandatangani undang-undang (piagam itu).”

Dengan penuh diplomasi A.M. Azahari menegaskan, “sungguhpun kita berjuang dan menuntut hak kemerdekaan, tetapi kita tidak sama sekali akan membenci kepada British malah kita akan hormat mereka dan mencintai mereka sebagai guru kita, lebih-lebih lagi kalau pemerintahan England  tidak berlengah mengakui hak-hak kita, sudah tentu kita akan memberi kehormatan kita berlipat ganda. Dan kita akan (mengenalpasti) dan mengakui hak-hak kita dan kepentingan England, malah kita akan berganding tangan menentukan segala perkara dan mengisi kantung “Commonwealth”…”

Beliau juga tidak ragu menyatakan bahawa “Inggeris itu satu bangsa yang tinggi mutu peribadinya. Serta satu bangsa yang memimpin kita ke arah kemajuan, dan dari sebab itu kita tidak akan melupakan budi baik dari bangsa dan kerajaan British.” 

Merdeka Tanpa Pertumpahan Darah 

A.M. Azahari percaya betapa perjuangan kemerdekaan itu tidak semestinya  melalui pemberontakan atau pertumpahan darah. Beliau mengambil contoh bahawa Malaysa di bawah pimpinan Tengku Abdul Rahman sedang berada di Colonial Office di England,  “Rombongan Merdeka” Malaya itu  “sudah menghampiri ke gerbang kemerdekaan.”.

Begitu juga Mr. David Marshal, Ketua Menteri Singapura yang sudah kembali pula ke Singapura dari perjalanannya ke Colonial Office dengan maksud yang sama, iaitu beliau berangkat pada bulan November dan kembali pada bulan Disember hujung.” 

 A.M. Azahari turut menyuntik semangat hadirin, dengan panjang  lebar mempamirkan perjuangan kemerdekaan India di bawah Mahatma Ghandi yang terkenal sebagai “The great leader of Non-violence.”

Beliau memberikan keyakinan bahawa perjuangan kemerdekaan yang dipimpinnya adalah satu perjuangan yang hakiki dan sah justeru tetap dilindungi oleh Piagam “Universal Human Rights” di bawah lindungan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang diakui oleh segala bangsa.

A.M. Azahari mengingatkan pihak penjajah,  kendati  pun rakyat Brunei baharu sahaja memulakan langkah  perjuangan kemerdekaan nusa bangsanya secara serius  melalui organisasi politik dan undang-undang, justeru janganlah apa jua yang menjadi hak dan milik   nusa bangsa ini terus “diperkosa”. 

Sejarah Di Belakang Kita 

Pesan A.M. Azahari, “maka dari itu, janganlah kita lemah semangat dan tidak memperdulikan perjuangan yang mahal nilainya itu, sebab sejarah akan selalu mengikuti di belakang dan mencatat segala langkah dan bakti kita terhadap bangsa dan tanah air. Dari itu janganlah kita membuang kesempatan yang keemasan ini, marilah kita bersatu, sekali lagi bersatu!”

Dengan sisnis beliau berkata, “Nah! Kalau kita sudah dapat meninjau demikian, kita pula percaya satu waktu nanti pemerintahan British juga akan mengembalikan hak Melayu kepada bangsa Melayu, sebab pemerintahan British yang adil itu akan terus adil”.

Beliau seterusnya berkata, kalangan pemimpin dunia yang cinta damai sering mengungkapkan betapa “Perdamaian akan dapat terjamin bilamana sesuatu bangsa tidak lagi memerintah kepada bangsa yang lain”. Antara lain perkataan, “kita tidak perlu ragu lagi (untuk menuntut) hak kemerdekaan bangsa kita kerana ia harus diberikan kembali kepada kita.”

Beliau bertanya, “apakah kemerdekaan itu akan datang dengan sendirinya? Jawabnya pasti tidak, melainkan kemerdekaan sesuatu bangsa hanya akan datang dengan perjuangan yang kuat dan persatuan yang kukuh dan teratur serta disiplin yang (tinggi), tidak lemah.”

“Maka dari sebab kita ingin kemerdekaan, kita akan berjuang. (Namun) perjuangan yang tidak teratur, hanya akan merugikan diri. Sebab kita mahu berjuang dengan teratur itulah, kita mendirikan cabang Parti Rakyat hari ini, melalui undang-undang,  berparti dan disiplin waja - itulah saluran bagi perjuangan kita, dan dengan jalan itulah kita secara perlahan akan mencapai kembali hak pusaka bangsa dan tanahair, iaitu kemerdekaan, dengan mencapai kemerdekaan itulah kita akan dapat mencapai (cita-cita) politik Parti Rakyat.”

Beliau menekankan, “syarat mutlak untuk mencapai cita-cita kita, ialah dengan menjaga sebaiknya keamanan negeri dan melalui perlembagaan. Bersatulah saudara-saudara, jangan lengah dan sekali lagi jagalah keamanan dan semangat kebangsaan kita, dan berilah penerangan kepada saudara-saudara kita yang belum faham dan mengerti atas tujuan kita yang mulia ini.”

Mengakhiri pidatonya, A.M. Azahari berdoa, “Kepada Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan, Raja Pujaan kita, semoga dipanjangkan usia serta disihatkan badan oleh Allah SWT. Dan dapatlah Maulana kita tetap duduk di atas takhta Kerajaan dengan aman dan sentosa. Dan kita percaya, Maulana akan faham atas taat setia rakyat”. 

Anggaran Dasar dan Manifesto Penubuhan Parti 

Sebaik selesai amanat bersejarah itu, A.M. Azahari terus mengemukakan kertas cadangan anggaran dasar partai dan manifesto penubuhan partai untuk dibincangkan dan dipersetujui. Kedua dokumen itu selari menekankan kepada perubahan atau pembaharuan dalam tiga aspek penting iaitu politik, ekonomi dan   sosial seperti berikut; 

Politik 

1.   Menyuarakan fikiran dan pendapat rakyat terhadap tiap-tiap masalah politik yang timbul di dalam dan di luar tanah air dari masa ke semasa;  
2.   Mempersatukan  tenaga rakyat untuk melahirkan satu tenaga rakyat raksaksa yang berdasarkan kekeluargaan bagi mempertahankan kekuatan nusa dan bangsa;
3.   Menginsafkan  rakyat dengan memberikan pendidikan politik yang luas kepada mereka itu sesuai dengan cita-cita partai;
4.   Menuntut terbentuknya perwakilan rakyat yang seratus peratus dari yang serendah-rendahnya sehingga yang paling tinggi sampai terbentuk pemerintahan yang didukung oleh rakyat; 
5.   Bekerjasama dengan segala partai politik yang ada di Malaya dan Borneo bagi perjuangan yang sama; 
6.   Menuntut kemerdekaan melahirkan fikiran dengan lisan dan   tulisan, bersidang, berkumpul, berorganisasi dan lain-lain hak demokrasi;
7.    Menuntut hak memilih dan dipilih yang umum, luas dan langsung. 

Ekonomi 

1.   Menggalak dan menganjurkan rakyat bersyarikat dan bergotong royong (cooperation)  dalam perniagaan, pertanian dan lain-lain;
2.   Menuntut supaya diadakan pendidikan yang luas berkenan perusahaan  dan perdagangan;
3.   Menuntut supaya kekayaan negeri ini sebahagian dipergunakan untuk kesejahteraan rakyat.

Sosial  

1 .   Menutut supaya adanya undang-undang sosial yang menjamin perlindungan atas kaum buruh, tani dan lain-lain secukup-cukupnya terutama mengenai upah, waktu bekerja, layanan perumahan, layanan kesihatan, persekolahan anak-anak, bantuan dalam kecelakaan, bantuan di hari  tua dan lain-lain;
2.   Menuntut hak-hak mogok dan tunjuk perasaan (demonstrasi) bagi kaum buruh dan rakyat umum
3.   Membenteras buta huruf di kalangan rakyat;  
4.     Menuntut hak-hak belajar dan melanjutkan pelajaran bagi tiap-tiap rakyat atau  kanak-kanak
5.   Memajukan kebudayaan kebangsaan yang menjadi kekuatan bangsa; 
6.     Menuntut hak tiap-tiap rakyat atas pekerjaan dan penghidupan yang layak bagi rakyat seluruhnya; 
7.     Menjalankan usaha sosial lain yang mendatangkan kebajikan bagi rakyat;
8.     Menuntut upah bagi kehidupan yang sesuai untuk 'Pehin-Pehin; dan ketua kampung seluruhnya;  
9.     Menuntut didirikan Pejabat Ugama (berasingan dengan pejabat Adat Istiadat) yang teratur dan segala pekerja yang lengkap dan mendapat gaji yang sesuai. 

Jerayawara 

Serentak pelancaran penubuhan Parti Rakyat itu,  ke hulu ke hilirlah A.M. Azahari dan teman-temannya memperkenalkan parti baharu ini dengan membawa isu  merdeka dan kebebasan, serta sokongan terhadap hasrat DYMM Baginda Sultan untuk memperkenalkan pembaharuan politik melalui  sebuah perlembagaan bertulis.

Di setiap majlis jerayawara yang dianjurkan di pekan dan di desa, pimpinan parti sentiasa   disambut hangat oleh penduduk setempat. A.M. Azahari tetap berhati-hati disetiap pidatonya agar tidak menyinggung Baginda Sultan dan Istana.

Pemimpin PRB senada menuding penjajah British sebagai sasaran politik yang menjarah kekayaan hasil bumi Brunei, membiarkan rakyat miskin dan daif serta dengan senghaja melambat-lambatkan peroses pendidikan kepada rakyat. Justeru langkah Brunei menuju kerajaan sendiri melalui gagasan sebuah perlembagaan mesti disokong selagi mana ia bersempeti dengan kemahuan rakyat.

Begitulah watak, strategi dan cita-cita politik anak muda yang berumur 28 tahun yang  bernama A.M. Azahari, Malangnya, cita-cita murni beliau itu telah dipintas oleh penjajah British dan juak-juaknya dengan berbagai tohmahan dan penghinaan hingga ke akhir hayatnya. Al Fatihah…

Wallahua’alam  (MMO). 


*******

1 comment:

  1. PROMO UNTUK MEMBER BARU!

    Agen Judi Pulsa Terpercaya Di Indonesia, kediaman badal Poker Online mengawamkan pulsa adalah selaur saudagar judi yang mencalonkan pergelaran poker online pada masa ini sudah sekali sepele degnan adanya pertunjukan ini judi online sedimen lewat pulsa akomodasi dalam bermain disebuah pertunjukan poker online yang bisa kita jumpai kala ini memang buah semenjak kian tumbuhnya masa dan teknologi waktu ini didalam permainan tandon online. Atas cukup menggunakan pulsa penaka aset deposit pementasan di poker via pulsa online, anakbuah sudah memetik kesempatan yang luas berlagu lalu memimpin permainan.

    Berkelakuan menyerukan pulsa didalam pementasan judi online jelasnya sebenarnya hendak kian melampiaskan anggota masa kamu mengerjakan permainan tandon online. Dengan adanya sedimen via pulsa maka pegawai akan kuasa berdasarkan simpel berisi menggadang beserta berperan jagoan didalam sekarakter pementasan poker. Tontonan poker online sedimen melewati pulsa tentunya bakal menggabai beberapa utilitas bermegah-megah yang cakap berwujud pulsa cuma maupun berwujud uang sahih didalam sekarakter pergelaran judi online.

    BACA JUGA:

    poker via pulsa
    judi poker via pulsa
    main judi via pulsa


    Ayo daftar sekarang hanya di ZeusBola

    ReplyDelete