![]() |
Seorang kanak-kanak Palestin ditahan oleh tentera Israel dalam satu demonstrasi jalanan |
Tempoh
suku tahun kedua 2019 terus memperlihatkan suasana yang tidak menyenangkan dalam
konteks penyelesaian masalah umat Islam Palestin. Di sebalik tiadanya usaha
yang konkrit di peringkat antarabangsa ke arah membantu menyelesaikan masalah
mereka, umat Islam Palestin terus ditekan oleh kuasa Zionis Israel hampir
setiap hari dengan ada di antaranya melibatkan kemusnahan jiwa dan harta benda.
Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku di
sepanjang bulan April – Jun 2019 untuk kita tatapi buat memahamkan kita tentang
betapa peritnya kehidupan yang terpaksa dilalui oleh saudara seagama kita di
bumi yang sentiasa bergolak itu.
Cacatan Peristiwa Penting
Sepanjang April – Jun 2019
Tarikh
|
Catatan Peristiwa
|
02.04.2019
|
Seorang
anggota paramedik warga Palestin telah dibunuh dan 3 pemuda mengalami kecederaan pada
pagi Rabu apabila tentera rejim Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ketika
pertelingkahan di kem pelarian al-Deheisheh di Bethlehem. Sumber perubatan
dari Persatuan Bantuan Perubatan Palestin
mengesahkan yang paramedik bernama Sajed Mezher, 17, cedera teruk
akibat tembakan di abdomen ketika beliau sedang merawat warga lain yang
cedera dan setelah itu meninggal di hospital tempatan.
|
04.04.2019
|
Akhbar
Haaretz melaporkan kelompok pendudukk Zionis Elad yang aktif dalam proses
Yahudinisasi Al-Quds telah membeli hartanah dan menguasai Hutan Salam di kota
Al-Quds dengan melibatkan campur tangan pemerintah Israel. Kelompok Elad
dibentuk untuk membatalkan status hutan dan mempromosikannya sebagai projek
yang menuju kepada pembinaan penempatan.
Hutan
Salam terletak di kawasan seluas 550 hektar antara wilayah "Abu
Tur" (selatan Al-Quds) dan garis sempadan penempatan "Armon Hantsiv"
(sebelah timur kota). Terdapat sejumlah tanah Hutan Salam yang dimiliki
secara peribadi oleh warga Palestin tetapi kemudiannya disita dan dirampas
oleh pemerintah Yahudi atas pelbagai dakwaan yang diada-adakan. Tanah-tanah
ini kemudiannya dibangunkan oleh kelompok organisasi Elad sebagai kawasan
penempatan baru, khususnya di Kota Tua dan sekitarnya. Sejak 1967, Israel
telah mendirikan berpuluh-puluh penempatan Yahudi di Al-Quds Timur untuk
menempatkan sekitar 200,000 orang Yahudi di penempatan haram. Tindakan ini
jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
***
Pihak
berkuasa Israel dengan menggunakan jentolak milik Majlis Perbandaran
Baitulmuqaddis bertindak meroboh sebuah kandang biri-biri kepunyaan warga
Palestin di kem pelarian Shu’fat, Baitulmuqaddis. Menurut pemilik ladang,
Musa Isa, jentolak rejim memusnahkan bangunan miliknya yang berkeluasan 40
meter persegi atas alasan dibina tanpa kebenaran. Pihak rejim turut
mengarahkan beliau merobohkan kadang kuda yang terletak di kawasan sama
dengan memberikan tempoh masa yang sangat singkat. Jika tidak, pihak rejim
akan merobohkannya dan beliau dikehendaki membayar denda.
|
08.04.2019
|
Rejim
zionis Israel menghalang bapa seorang tahanan yang berasal dari kem pelarian
Jenin dari melawat anaknya yang ditahan di penjara Gilboa. Menurut bapa
kepada tahanan, Qassam Jabbareen, anggota tentera rejim yang bertugas di
pondok kawalan di Jenin tidak membenarkan beliau melalui pos kawalan untuk
melawat anaknya di penjara. Tambah beliau lagi, pegawai Israel di pos kawalan
itu memberitahunya bahawa ahli keluarga tidak dibenarkan melawat, walaupun
beliau telah mendapat permit melawat yang diperolehi dari Pertubuhan Palang
Merah.
***
Rejim
Zionis telah membuat serbuan di rumah-rumah di sekitar genting Gaza pada awal
subuh hari. Hasil dari serbuan tersebut, mereka telah menangkap beberapa warga
Palestin. Sumber tempatan berkata,
bandar Jaba’ yang terletak di selatan Jenin telah menyaksikan beberapa siri pertempuran
di antara askar rejim Zionis dan pemuda-pemuda Palestin.
Sementara
itu di Salfit, rejim Zionis telah menyerang bandar al-Zawiya dengan
menyasarkan keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan Omar Abu Laila – sorang
lelaki Palestin yang mati Syahid. Pihak rejim Zionis selain itu, telah turut
menahan tiga lagi pemuda Palestin di Ramallah dan seorang lagi al-Khalil dalam
serangan yang serupa.
|
09.04.2019
|
Sekumpulan
pendatang haram Yahudi bertindak menyerang pengembala warga Palestin
berdekatan Tubas, utara Lembah Jordan. Sumber tempatan memberitahu pihak
media bahawa pendatang Yahudi mengancam pengembala agar tidak mendekati
kawasan berhampiran al-Suwayda, di mana mereka merancang mahu membina
penempatan baru, menjangkau lebih jauh dari kawasan sedia ada.
Pendatang
Yahudi tersebut memaksa pengembala meninggalkan lereng bukit Khirbet Ebziq
yang diambil oleh rejim Israel dengan menandakannya sebagai kawasan rezab
alam semulajadi dan bintang ternakan dilarang meragut di situ.
***
Mahkamah
Israel telah menjatuhkan hukuman ke atas tiga nelayan Palestin dengan
beberapa tahun penjara atas tuduhan yang berbeza. Menurut saluran satelit
Ibrani, mahkamah di Beersheba menjatuhkan hukuman ke atas dua nelayan Gazan
kepada lapan dan 13 tahun penjara atas tuduhan penyeludupan bahan letupan ke
Gaza. Seorang lagi nelayan telah dituduh cuba meletupkan bom tangan dan mengintip
aktiviti tentera laut Zionis di sempadan maritim Palestin - Israel.
|
12.04.2019
|
Jentolak
tentera Israel dilaporkan telah menceroboh masuk kawasan sempadan Israel –
Palestin sementara tentera lautnya menyerang nelayan pantai. Kedua-dua
kejadian berlaku di utara semenanjung Gaza. Menurut sumber tempatan, 6 buah
jentolak dilihat keluar dari pos tentera yang terletak di utara Beit Lahia
dan bertindak meratakan tanah di kawasan tersebut. Sementara itu di perairan
utara Gaza, bot tempur tentera laut rejim dilaporkan melepaskan tembakan ke
arah bot dan nelayan di situ. Bagaimana pun, tiada kecederaan dilaporkan
berlaku.
|
16.04. 2019 |
Tentera
rejim Israel dilaporkan telah menyerbu beberapa lokasi di Tebing Barat dan
Baitulmuqaddis dan menculik sekurang-kurangnya 14 orang warga Palestin. Menurut
satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera rejim, 13 warga Palestin ditahan
semalaman di Tebing Barat. Satu sumber tempatan juga menyebutkan bahawa
tentera Zionis telah turut menyerbu kediaman pelajar universiti wanita di
Birzeit, namun tiada penangkapan dilaporkan.
|
18.04.2019
|
Mahkamah
Daerah Israel di Jajahan Jerusalem membuat keputusan yang membenarkan
penguasa Regim Zionis di bandar itu untuk menghancurkan puluhan rumah
Palestin di kejiranan Wadi Yasoul di daerah Silwan. Akhbar Haaretz melaporkan
bahawa mahkamah membenarkan petisyen yang difailkan oleh perbandaran Israel dalam
membenarkan mereka memusnahkan rumah-rumah Palestin di Wadi Yasoul atas
alasan ianya terletak di kawasan semula jadi (Peace Forest). Bagaimanapun,
petisyen Israel itu tidak menyentuh mengenai pembongkaran rumah penceroboh
Yahudi di kawasan yang sama.
|
22.04.2019
|
Pihak
rejim Zionis bertindak meroboh seluruh rumah yang terdapat di perkampungan
masyarakat Badwi, Araqib yang terletak di gurun Negev buat kali ke 142
berturut-turut. Jentolak dengan diiringi polis rejim memasuki dan menolak
semua pondok, juga khemah yang terdapat di perkampungan itu atas kesalahan
tidak berlesen. Berpuluh masyarakat
Badwi termasuk kanak-kanak hilang tempat berlindung dan terpaksa berhadapan
cuaca gurun melampau sehingga tempat tinggal yang baru siap dibina semula.
|
23.04.2019
|
Puluhan
pendatang dan polis Yahudi telah mencemarkan dataran Masjid Aqsa pada hari
kedua cuti Passover di kota lama Baitulmuqaddis. Sumber tempatan menyatakan
yang polis rejim mengenakan sekatan ke atas umat Islam yang ingin memasuki
masjid ketika puluhan pendatang melawat datarannya. Pihak berkuasa wakaf
Islami di Baitulmuqaddis berkata sekurang-kurangnya 98 orang pendatang yang
diketuai oleh polis rejim memasuki masjid menerusi pintu al-Maghariba Gate
dengan kawalan ketat pihak keselamatan.
|
26.04.2019
|
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan
dan Bekas Tahanan berkata bahawa keadaan kesihatan tahanan yang cedera di
penjara Isra Ja’abis semakin buruk akibat dinafikan dari mendapat rawatan
perubatan. Menurut Suruhanjaya itu lagi, terdapat lebih 8 orang tahanan yang
perlu dibedah segera tetapi pihak penjara Israel sengaja mengabaikan
permintaan dan aduan mereka menyebabkan fizikal dan psikologi mereka
terganggu.
|
30.04.2019
|
Pihak
berkuasa pendudukan negara haram Israel telah menukar status sebuah pusat
pemeriksaan tentera di Bandar Lama al-Khalil kepada pusat ukur sempadan yang
bakal menyukarkan pergerakan rakyat Palestin. Ketua Pusat Pemulihan
al-Khalil, Emad Hamdan menyifatkan langkah rejim Zionis itu sebagai berbahaya
kerana ia seolah-olah bakal memberikan lebih tekanan kepada pergerakan
penduduk al-Khalil. Perkara tersebut juga dilihat sebagai suatu strategi
terselindung rejim Zionis dalam mempertahankan kepentingan mereka di
Semenanjung Gaza.
|
03.05.2019
|
Regim
zionis Israel menggunakan jentolak tentera untuk memusnahkan beberapa kawasan
tanah Palestin di Beit Jala di sebelah barat Bethlehem. Pemilik tanah Walid
Zireina mengatakan bahawa tentera Israel telah memecah masuk tanah saudaranya
dan menumbangkan tanda sempadan bagi bagi empat buah dunum sambil mendakwa
bahawa pasukan perbandaran Israel berada di dalam pasukan tenteranya.
|
06.05.2019 |
Tentera
rejim telah menyerang Gaza dan meratakan tanah-tanah milik warga Palestin. Pihak
wartawan agensi berita Palestin menyatakan bahawa 8 jentolak Israel telah
bertindak meratakan kawasan seluas ratusan meter di Juhor ad Dik, timur kota
Gaza dan memusnahkan kawasan pertanian di sepanjang sempadan. Sumber tempatan
menyatakan yang operasi itu turut disertai dengan tembakan peluru hidup dan
gas pemedih mata ke arah para petani. Bagaimanapun, tiada kecederaan
dilaporkan.
|
07.05.2019
|
Kementerian
Kesihatan Gaza mengumumkan, 25 orang penduduk awam Palestin terbunuh dan
lebih 1,500 lagi cedera berikutan serangan ganas berterusan tentera rejim Zionis
ke atas bumi Gaza sepanjang beberapa bulan yang lalu. Menurut kenyataan itu
juga, antara mereka yang terkorban termasuklah dua wanita yang sarat mengandung
dan tiga orang bayi.
|
08.05.2019
|
Tentera
rejim Israel melancarkan 150 serangan di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24
jam, membunuh tujuh warga Palestin termasuk seorang wanita hamil dan bayinya
serta mencederakan 50 yang lain. Pejabat media kerajaan Palestin berkata tentera
rejim Israel telah melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan yang
memusnahkan 200 fasiliti dan infrastruktur orang awam. Kenyataan itu turut
menyebutkan sejumlah tujuh bangunan awam telah musnah manakala beberapa ratus
rumah penduduk Palestin yang lain pula mengalami kerosakan.
|
13.05.2019
|
Rejim
Zionis menahan 14 orang penduduk Palestin dalam serbuan di beberapa kawasan
di Tebing Barat. Menurut laporan
tempatan, penahanan tersebut berlaku di kawasan-kawasan seperti Ramallah,
al-Khalil dan Baitulmaqdis. Rejim Zionis melaporkan bahawa penahanan penduduk
Palestin itu adalah berpunca daripada beberapa kesalahan termasuk menyasarkan
serangan terhadap penduduk awam Israel.
|
16.05.2019
|
Israel
telah meluluskan dua projek jalan utama bagi peneroka haram Yahudi di Tebing
Barat dan dikatakan bakal merampas sebahagian lagi tanah Palestin untuk
tujuan itu. Permit telah dikeluarkan oleh pentadbiran awam tentera Israel
bagi pembinaan itu yang akan menghubungkan perkampungan Israel di kawasan
terpencil.
Menurut
NGO Peace Now, jalan pintasan Huwara sepanjang 5.5 kilometer, akan
menghubungkan penempatan haram Yitzhar, selatan kota Palestin di Nablus, dan
perkampungan kecil lain di utara Tapuach Junction. Manakala, jalan kedua
ialah jalan pintasan al-Arroub sepanjang tujuh kilometer yang akan
menghubungkan perkampungan haram Yahudi di al-Khalil (Hebron). Penduduk
Israel telah meminta jalan pintasan ini bagi memintas jalan sedia ada, Route
60, atas dakwaan memandu di kampung-kampung Palestin bakal membahayakan
mereka.
***
Polis
Israel telah memasang penghadang besi di Bab al-Amud, sebuah kawasan
berhampiran masjid al-Aqsa bertujuan untuk menghalang kedatangan anak muda
Palestin dan umat Islam. Tindakan ini dibuat ekoran kekecohan yang berlaku
hampir setiap malam di antara pemuda Palestin dan pihak polis Israel yang
cuba menghalang mereka daripada menganjurkan apa-apa acara dan aktiviti
berunsurkan Ramadan di kawasan tersebut.
|
23.05.2019 |
Seorang
nelayan Palestin ditembak oleh Tentera Zionis Israel ketika cuba menangkap
ikan di pantai Gaza. Murad al-Hissi, 22, cedera akibat ditembak dengan peluru
logam berlapis getah yang dilepaskan oleh tentera Israel. Beliau kemudiannya
dibawa ke hospital di kota Gaza untuk menerima rawatan. Sumber tempatan
menyebutkan nelayan Palestin di Gaza sentiasa menjadi sasaran serangan di
pihak berkuasa laut Israel yang sering gemar merampas kapal dan peralatan
mereka.
|
27.05.2019
|
Para
penduduk Palestin di Bandar Lod, di tenggara Tel Aviv, menghadapi tekanan
dari polis rejim untuk tidak membenarkan azan dikumandangkan pada bulan
Ramadan berikutan adanya permintaan sekumpulan pendatang pelampau di bandar
itu. Puluhan penduduk Lod menyertai bantahan sambil duduk bagi menyatakan
rasa tidak setuju dengan tindakan rejim Israel itu yang melanggar hak
keagamaan warga Palestin. Beberapa penduduk menekankan yang mereka tidak akan
membenarkan sesiapa pun menggugat ibadah agama Islam di bandar itu dan berikrar
dengan sekeras-kerasnya untuk mempertahankan hak mereka.
|
31.05.2019
|
Tentera
rejim israel mengumumkan kawasan perikanan di perairan Gaza kini dikurangkan
kepada maksimum 10 batu nautika daripada 15 batu nautika, dengan alasan ia
merupakan tindak balas kepada pelancaran belon-belon beserta bom ke arah
kawasan Israel. Tindakan itu diambil hanya beberapa hari setelah tentera
rejim mengembalikan had perikanan kepada 15 batu nautika maksimum selepas
pengurangan sebelum itu. Keputusan rejim yang terdahulu untuk menambah
kawasan perikanan merupakan langkah pertama dalam melaksanakan perjanjian
untuk mengelakkan konflik baru di antara Israel dan kumpulan-kumpulan pejuang
Palestin.
|
11.06.2019 |
Polis
rejim Israel menahan seorang wanita Palestin di bandar Abu Dis dan tiga
kanak-kanak di Masjid al-Aqsa. Sumber tempatan menyatakan yang polis Israel
menculik Rajaa Omar dari rumahnya di Abu Dis dan memindahkan beliau ke pusat
tahanan al-Maskoubiya untuk disoal siasat. Penahanan tiga kanak-kanak Palestin
itu pula dikatakan dibuat atas alasan mereka masuk ke Baitulmuqaddis tanpa
kebenaran.
|
14.06.2019
|
Mufti
Besar Mesir Sheikh Shawki Allam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel
kerana membenarkan ratusan pendatang Yahudi untuk memasuki perkarangan Masjid
Aqsa pada Ahad. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta di
Kaherah dalam mengulas pencerobohan besar-besaran pendatang Yahudi ke atas
Masjid Aqsa. Sheikh Allam memberi
amaran tentang akibat buruk hasil kedegilan Israel untuk menerapkan unsur
Yahudi di Baitulmuqaddis dan merubah mercu tanda serta memusnahkan identiti
sebenar kota suci tersebut.
***
Mahkamah
Tentera Israel telah menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan dan denda 4,000
shekel ke atas penulis wanita Palestin, Lama Khater, 42 tahun. Beliau ditahan
tentera Israel pada 24 Julai 2018, dan terdedah kepada soal siasat yang keras
dan tidak berperikemanusiaan selama 34 hari di penjara Ashkelon.
|
18.06.2019 |
Jawatankuasa
pemulihan Hebron mendedahkan sebuah kumpulan penceroboh yahudi baru-baru ini
telah membina sebuah pangkalan di tanah kepunyaan Palestin berdekatan pasar
Emas di Souk al-Dahab di bandar al-Khalil. Ketua jawatankuasa tersebut, Imad
Hamdan berkata, penceroboh tersebut bercadang untuk membina dua unit rumah
selepas mereka berjaya merampas sebuah stesen minyak di jalan al-Shuhada
(kawan tertutup) dan memagari kawasan terbabit.
Pada
tahun 2014, rejim zionis telah mengumumkan banyak kawasan Palestin di
al-Khalil telah ditutup untuk kawasan ketenteraan selepas kejadian berdarah
yang dicetuskan oleh pengganas Yahudi, Baruch Goldstein, di masjid Ibrahimi. Hamdan merayu kepada komuniti antarabangsa supaya
menyokong usaha organisasi beliau dalam menghentikan tindakan pencerobohan
Israel di al-Khalil.
|
19.06.2019
|
Jentolak-jentolak
Israel terus meratakan tanah di utara Khirbat Yanun, selatan Nablus, untuk
tujuan peluasan penempatan pendatang. Aktiviti meratakan tanah tersebut
berlangsung selama tiga hari di kawasan tanah Palestin dekat penempatan haram
Gado’nim. Kampung Khirbat Yanun telah kehilangan lebih kurang 85 peratus
daripada tanahnya setelah rejim Israel mengumumkan seluas ratusan dunum tanah
sebagai rizab alam semulajadi dan pembinaan lima penempatan serta pos tentera
di kawasan itu.
|
24.06.2019 |
Rejim
Zionis menculik tujuh rakyat Palestin semasa mereka berkempen di beberapa
kawasan Tebing Barat seawal waktu subuh. Mereka ditahan kerana didakwa
terlibat dalam merangsang aktiviti permusuhan terhadap Israel.
***
Turki
bertekad menyerahkan kepemimpinan Jawatankuasa Penasihat Badan Bantuan dan
Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) yang telah dipegangnya sejak
awal Julai tahun lalu kepada Jordan .
Penyataan
ini diungkapkanya dalam sebuah pertemuan yang diadakan di antara kedua-dua
pihak di wilayah Laut Mati Jordan pada 17-18 Jun 2019 lalu. Pernyataan yang disiarkan oleh pejabat
berita rasmi Turki pada 18 Jun menegaskan bahawa sokongan penuh diberikan
oleh pemerintah Turki kepada UNRWA selama tempoh kepemimpinanya menunjukkan
bahawa badan tersebut sangat penting kepada para pelarian Palestin.
Pihak
Turki menjelaskan bahawa selama tempoh kepemimpinannya, banyak usaha yang telah
dilakukan untuk mendesak masyarakat antarabangsa agar meningkatkan sokongan
kewangan dan politik kepada badan tersebut. Ia menekankan perlunya bagi Ankara
untuk melanjutkan sokongan ini dalam tempoh mendatang.
|
25.06.2019
|
Puluhan
penduduk Israel telah melakukan rusuhan dan menyerang warga Palestin di Jenin
yang berada di bawah perlindungan angkatan bersenjata Israel. Sumber tempatan
mengatakan bahawa ramai penduduk Israel menyerang penempatan Homesh dan
menyerang kenderaan milik rakyat Palestin yang melalui jalan Jenin-Nablus. Para
peneroka Israel dikatakan terus menceroboh, melaungkan slogan perkauman dan
menghina penduduk Palestin.
|
27.06.2019 |
Ketua
Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, menegaskan bahawa "Palestin bukan
untuk dijual. Juga bukan untuk penawaran kesepakatan dan persidangan yang
membahaskan penambahan pendudukan penjajah Israel di tanah Palestin."
Hal tersebut disampaikan Haniyah dalam Persidangan Nasional Palestin Untuk
Melawan Persidangan Bahrain.
Beliau
mengatakan, "Kami katakan dengan jelas dan terang: Palestin bukan untuk
dijual atau untuk transaksi kesepakatan dan persidangan." Beliau menegaskan
bahawa "rakyat Palestin ketika ini berdiri di satu parit dan dalam satu
bingkai dalam melawan kesepakatan-kesepakatan tersebut." Haniyah
mengatakan, "Rakyat Palestin hari ini menentang Persidangan Bahrain
sebagai bentuk intifadhah baru dan revolusi politik.
Ini
Kerana mereka merasakan adanya ancaman strategi yang belum pernah terjadi
sebelumnya terhadap isu perjuangan Palestin. Beliau menyatakan, "Rakyat
Palestin tidak pernah mendelegasikan kepada sesiapa pun yang berkompromi dan
melepaskan hak-haknya. Tanah ini milik kami, Al-Quds milik kami, kita dan
Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami." Beliau turut menyatakan bahawa
Persidangan Bahrain adalah persidangan bermotifkan politik dan ekonomi. “Amerika
tidak akan berjaya menjayakan kesepakatan-kesepakatan ini” katanya.
|
27.06.2019
|
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengulangi kenyataan mereka bahawa konflik
Palestin-Israel tidak boleh diselesaikan dengan hanya langkah-langkah
ekonomi. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh jurucakap PBB, Farhan Haq,
ketika beliau bercakap mengenai Bengkel Ekonomi Bahrain.
|
28.06.2019
|
Lebih
daripada $ 110 juta dikutip pada persidangan sokongan terhadap UNRWA, yang
bergelut dengan masalah kewangan sejak Amerika Syarikat menarik diri sebagai
penyumbang. Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl berkata, pembiayaan itu akan
membolehkan agensi tersebut menyediakan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan
kepada rakyat Palestin, dan menampung kos untuk bulan-bulan mendatang serta
mengelakkan krisis belanjawan.
Sekitar
35 negara mengambil bahagian dalam persidangan itu, kebanyakannya
negara-negara Eropah dan Arab, dengan sumbangan terbesar datang dari Kesatuan
Eropah, Jerman dan Britain.
Persidangan
tersebut diadakan pada hari yang sama dengan rancangan perdamaian Timur Tengah
(perjanjian abad ini) yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden Donald
Trump, di Bahrain yang telah diboikot oleh Palestin.
|
Wallahu’alam (MMO)
No comments:
Post a Comment