![]() |
A.M. Azahari |
Di Perantauan
A.M. Azahari bin Sheikh Mahmud adalah anak watan Brunei, dilahirkan
di Kampung Padang Lama, Pekan Brunei. Ibunya bernama Dayang Rafeah binti Haji
Ibrahim dikatakan berasal dari Kampung
Sungai Kedayan. Beliau dibidankan oleh Dayang Suma dari Kampong Lorong Sikuna
pada 28 Oktober 1928.
Beliau adalah salah seorang anak Brunei yang
terpilih antara pelajar cemerlang yang dihantar oleh pentadbir tentera Jepun
untuk mempelajari sains kehaiwanan di Institut Pertanian Bogor, Indonesia pada tahun 1944 pada usia 16 tahun.
Pengiran Mohamad Yusof bin Pengiran Abdul Rahim
seorang lagi anak watan Brunei dihantar oleh Jepun ke Hiroshima, Jepun untuk
meneruskan pelajaran. Sebelum itu,
Pengiran Muda Omar Ali Saifuddien bersama dua orang sepupu baginda
belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dihantar oleh Residen British.
Tidak ramai anak Brunei yang berpeluang
seperti itu. Anak Brunei yang dihantar Jepun belajar keluar negeri amat bertuah
berbanding dengan sesetengah pemuda Melayu di Tanah Melayu dan Singapura yang
dikerah oleh Jepun untuk menjadi buruh paksa membina jambatan dan jalan maut di
Burma.
A.M. Azahari bagaimanapun tiba di Bogor dalam
suasana seluruh bangsa Indonesia sedang menggelegak dibakar oleh api revolusi
untuk mengusir Belanda dari seluruh Indonesia dan mempertahankan kemerdekaan
yang diiystiharkan sebelah pihak oleh Ir. Sukarno dan Dr. Muhammad Hatta pada 31 Ogos 1945.
Berkenalan Dengan Ahmad Zaidi Idruce
Di Institut Pertanian Bogor inilah A.M.
Azahari bertemu seorang pelajar dari Sarawak iaitu Ahmad Zaidi Adruce yang
kemudiannya memberi kesetiaan kepada beliau untuk membentuk sebuah negara
Brunei baru, Brunei Raya yang lebih besar yang disebut Negara Kesatuan
Kalimantan Utara (NKKU). Penubuhan NKKU
dalam buangan itu diiystiharkan pada 8hb Disember 1962, di Manila oleh A.M.
Azahari.
Ahmad Zaidi
Adruce yang menjadi Menteri Pertahanan NKKU (1963 – 1966) dalam kabinet
A.M. Azahari bernasib baik apabila diberi peluang oleh Kerajaan Malaysia
menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke 5 dan meninggal dunia sebagai Yang
Dipertua Negeri Sarawak pada tahun 2000.
Turun Ke Medan Juang
Jepun tidak menghalang kebangkitan semangat
perjuangan kemerdekaan Indonesia itu, malah Jepunlah yang menggalakkan
percambahan semangat kebangsaan Asia Timur Raya di kalangan bangsa yang
terjajah di Asia yang dihalakan kepada penjajah dari Eropah.
Seluruh masyarakat di Bogor, tidak terkecuali
masyarakat pelajar, terpanggil dan terlibat dalam revolusi menentang penjajahan
semula Belanda selepas Jepun menyerah kalah. Bagi A.M. Azahari, Pidato Ir.
Sukarno telah menyuntik semangatnya, menyebabkan beliau terus meninggalkan
kuliyah untuk ikut sama secara langsung dalam kancah revolusi kemerdekaan
Indonesia itu.
Ketika muda remaja lagi, beliau sudah mengenali
makna sebuah kemerdekaan dan menyedari akan mulianya menjadi bangsa
merdeka. Dia berguru dengan Ir. Sukarno
dan rakyat Indonesia dalam perjuangan politik kemerdekaan. Kesempatan ini telah
mengasuh dan menjadikan A.M. Azahari seorang pejuang politik dan pejuang
kemerdekaan yang bersemangat waja.
Kalau Ir. Sukarno
dengan pimpinan dan ucapannya yang berapi mampu mengejutkan setiap pemuda
Indonesia yang sedang lena untuk berhadapan dengan Belanda, maka begitulah juga
tidak ada apa yang dapat menghalang A.M. Azahari dari terjun sama ke medan
juang menentang Belanda.
Dunia Melayu Raya
Semangat juang A.M. Azahari diperkukuh lagi apabila Ir.
Sukarno melebarkan slogan kemerdekaan Indonesia itu sebagai satu perjuangan
untuk melahirkan sebuah Indonesia Raya, di mana bendera Belanda berkibar, di situlah
bumi Indonesia. Di mana saja ada penjajah di dunia ini, di situlah musuh
Indonesia.
Dr. Burhanuddin Al Helmi dan teman-temannya
dari kalangan tokoh kebangsaan di Tanah Melayu turut teruja dengan Konsep
Indonesia Raya Ir. Sukarno dan Dr. Muhammad Hatta tersebut, lalu mencetuskan
pula Konsep Melayu Raya, iaitu kesatuan wilayah terdiri daripada negeri Champa,
Pattani, Tanah Melayu, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara (Sabah). Gagasan Dr.
Burhanuddin Al Helmi ini sekadar satu lontaran idea yang sukar untuk
direalisasikan.
Kemudian, A.M. Azahari salah seorang pemuda
yang telah ditakdirkan pernah berada dalam kumpulan dan dunia Ir. Sukarno dan
Dr. Muhammad Hatta pula muncul dengan gagasan
Brunei Raya yang di sebutnya Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU)
terdiri dari kesatuan negeri Brunei, Sarawak dan Sabah di bawah sebuah pemerintahan Raja Berperlembagaan dengan
menobatkan Sultan Brunei dan keturunan baginda sebagai Seri Mahkota Negara.
Gagasan NKKU ini hampir berjaya jika tidak kerana dipukul bangsa sendiri.
Bagi pemuka politik nusantara selepas Perang Dunia ke II
itu, gagasan kesatuan Indonesia Raya,
Melayu Raya dan Brunei Raya kelak akan dengan sendirinya membentuk sebuah dunia
Melayu Raya yang kuat dan dihormati oleh bangsa lain dunia. Sekurang-kurangnya
akan terjalinlah ikatan kerjasama erat di pelbagai bidang seperti politik,
bahasa dan budaya.
Justeru siapakah antara putera Melayu baik
dari mana sahaja mereka berada pada zaman itu, begitu bijak untuk menolak
gagasan kesatuan dunia Melayu yang kuat, bebas dan raya itu?
Kuliyah Di Medan Juang
Pemerintah Jepun dan ayahnya, Sheikh Mahmud melepaskan
A.M. Azahari ke Bogor pada tahun 1944 untuk
menjadi seorang terpelajar, tetapi Allah telah mentakdirkan bahawa A.M. Azahari ke Bogor untuk belajar menjadi
seorang pemimpin bagi bangsa dan masyarakat baharu Brunei atau Kalimantan Utara.
Beliau bukan sahaja ditakdirkan untuk menjadi pemimpin
kepada orang Melayu Brunei, tetapi bersedia untuk menjadi pemimpin kepada kaum
yang mendiami bumi Kalimantan Utara baik Iban, Dayak, Melanau, Kedayan, Kayan,
Kenyah, kelabit, Orang Ulu, Kaum Cina, Kadazan, Dusun, Bajau, Murut dan lain-lain.
Sekolah yang mengasuh A.M. Azahari menjadi seorang
pejuang politik ini jauh lebih berharga dari mengikuti pengajian sains
kehaiwanan yang kembali nanti sekadar untuk menjadi seorang pegawai pertanian.
Haba Revolusi Indonesia.
Haba revolusi Indonesia itu sendiri
sebenarnya telah memukau
sebahagian dari rakyat Brunei. Sultan Ahmad Tajuddin sendiri pernah mengutus
kawat ucap selamat menyambut kemerdekaan kepada Presiden Sukarno dan
mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih yang turut menjadi simbol dan panji
perjuangan Barisan Pemuda Brunei (BARIP) di mana Baginda sendiri menjadi
penaungnya.
Kejayaan rakyat Indonesia menghalau penjajah Belanda
menjadi aspirasi kepada pemimpin Barisan Pemuda Brunei (BARIP) yang ditubuhkan
selepas Jepun berundur, seperti H.M.
Salleh, Yasin Affandy, Osman Sungguh dan Abdullah Jaafar, untuk mengikut jejak
saudara sejiran itu. Senario itu pastinya diperhatikan secara dekat oleh
Penjajah British.
Mungkin atas premis sedemikian itulah, jika A.M. Azahari
yang berpengalaman itu dibenarkan pulang, dibimbangi akan membangkitkan pula
semangat rakyat untuk mencontohi rakyat Indonesia bagi menghambat Penjajah
British, sedang penjajah British belum bersedia untuk meninggalkan Brunei. Justeru alasan inilah yang mendorong British mencari jalan menghalang
kepulangan “Sukarno Brunei” itu sehingga beliau tersekat lebih tiga bulan di
Singapura sebelum dapat kembali ke Brunei.
Wallahua’alam (MMO).
Wallahua’alam (MMO).
******
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBONUS 10% SETIAP HARI
ReplyDeleteAgen Bandar Taruhan Judi Bola Sbobet Online Terpercaya dan terbaik yg sediakan jasa layanan untuk awal akun permainan judi atau taruhan online terhadap anda di kantor cabang judi online yg bertingkat International, resmi dan terpercaya hanya di judi deposit pulsa.
Juga Sebagai Cabang Bola Sbobet Indonesia Terpercaya, ZeusBola sudah berkerja sama dgn industri Sbobet beroperasi di Asia yg dilisensikan oleh First Cagayan Leisure & Resort Corporation, Manila-Filipina dan di Eropa dilisensikan oleh ketua Isle of Man buat beroperasi sebagai juru taruhan latihan jasmani sedunia.
https://bolazeus.site/2018/12/31/situs-agen-taruhan-online-deposit-via-pulsa-25rb/
https://bolazeus.site/2018/12/30/agen-betting-online-deposit-via-pulsa-telkomsel/
https://bolazeus.site/2018/12/29/situs-agen-betting-online-deposit-pulsa-terpercaya/
https://bolazeus.site/2018/12/28/agen-betting-online-deposit-pulsa-terpercaya-di-asia/
bonus deposit s128
Daftar di Link Alternatif anti Internet Positif disini :
link zeusbola
login zeusbola
Ayo daftar sekarang di Zeusbola