PETA
|
|
GEOGRAFI
|
Albania dengan
keluasan buminya 28,748 kilometer persegi merupakan sebuah negara Mediterranean,
terletak di selatan Eropah, bersempadan dengan Montenegro di barat laut, Kosovo
di timur laut, Macedonia di sebelah timur dan Greece di selatan.
Negara ini terletak di
antara latitude 42° dan 39° di utara dan antara longitude 21 dan 19° timur
(Sazan-Vernik). Panjang pesisir pantai Albania ialah 476 km iaitu di sepanjang
Laut Adriatik dan Laut Ionian dengan tanah rendah di bahagian barat menghadap
Laut Adriatik. Tasik Shkoder yang terletak di Albania merupakan tasik terbesar
di Selatan Eropah.
70% muka bumi negara ini
adalah bergunung-ganang. Gunung tertinggi ialah Gunung Korab terletak di daerah
Diber dengan ketinggian 2,764 meter. Banjaran gunung ganang ini merentasi sempadan
tiga negara iaitu Albania, Kosovo dan Macedonia.
Selain ibu negara
Tirana, yang mempunyai 700,000 penduduk, bandar-bandar utama di Albania ialah
Durres, Korce, Elbasan, Shkoder, Gjirokaster, Vlore dan Kukes.
|
SEJARAH
RINGKAS
|
Pengkaji
mempercayai bahawa penduduk Albania merupakan keturunan puak yang dikenali
sebagai orang Illyria yang bukan berketurunan Turki, atau Slav, yang tiba di
Balkan sekitar 2000 SM. Orang Albania moden masih membezakan antara Gheg (puak
di utara) dan Tosk (puak di selatan). Setelah kerajaan Rom lemah pada 165 SM,
Albania hampir berterusan dikawal oleh kuasa-kuasa asing sehingga pertengahan
abad ke-20, dengan tempoh singkat pemerintahan sendiri.
Berikutan
perpecahan Empayar Rom pada tahun 395, Empayar Byzantine menguasai wilayah di
Albania moden. Pada abad ke-11, Maharaja Bizantine Alexius I Comnenus membuat
surat keterangan di mana dicatat buat pertama kalinya akan daerah atau tanah
yang bernama Albania.
Pemerintahan Empayar Uthmaniyyah
(1385-1912)
Kerajaan
Uthmaniyah menguasai Albania antara tahun 1385-1912. Pada waktu ini, kebanyakan
penduduk Albania memeluk Islam. Terdapat juga penduduk Albania yang berpindah
ke Itali, Greece, Mesir dan Turki. Kekuasaan Uthmaniyyah bagaimanapun terganggu
buat sementara waktu pada tahun 1443-1478, menyebabkan Albania dipimpin oleh
seorang pemberontak, Skenderbeg. Khilafah Turki Uthmaniyah akhirnya berjaya
menguasai kembali Albania.
Pada
awal abad ke-20, Khilafah Turki Uthmaniyah gagal mengendalikan keadaan di sini.
Liga Prizren (1878) memperkenalkan gagasan negara kebangsaan Albania dan
mencipta abjad Albania moden.
Semasa
akhir Perang Balkan I, orang-orang Albania mengeluarkan Proklamasi Vlore pada
28 November 1912, mengisytiharkan 'kemerdekaan'. Perbatasan Albania ditetapkan
oleh Kuasa-kuasa Besar pada 1913. Integrasi wilayah Albania ditegaskan di
Persidangan Penjanjian Paris (1919), setelah Presiden Amerika Syarikat Woodrow
Wilson menolak rancangan negara-negara Besar Eropah untuk membahagikan Albania
di antara jiran tetangganya.
Ketika
Perang Dunia II, Albania dijajah pertama kali oleh Itali (1939-43) dan kemudian
oleh Jerman (1943-44). Setelah perang, pemimpin Parti Komunis Enver Hoxha
mengatur strategi bagi melindungi integrasi wilayah Albania selama 40 tahun
berikutnya, namun mendapat penentangan dari penduduknya yang menolak larangan secara
total pada amalan keagamaan dan meningkatkan pemencilan Albania dari dunia luar.
Albania menarik diri dari Pakatan Warsaw pada tahun 1968 dan mengambil sikap menjarakkan
diri dari sekutu terakhirnya, Republik Rakyat China pada tahun 1978.
Berikutan
kematian Hoxha pada tahun 1985 dan diikuti kemudiannya dengan kejatuhan komunisme pada tahun 1991,
masyarakat Albania berjuang mengatasi jurang ketertinggalan sejarahnya
disebabkan dasar isolasi pemerintahan komunis yang lalu. Selama masa transisi
awal, pemerintah Albania memandang wujudnya keperluan untuk lebih rapat dengan
Barat bagi membantunya memperbaiki keadaan ekonomi dan memperkenalkan reformasi
demokrasi dasar, termasuk sistem multipartai.
|
PROFAIL
PENDUDUK
|
Anggaran 2016 -
2,886,026 orang. (Bancian 2011 - 2,821,977)
Etnik Albania dengan jumlah 98.6% adalah merupakan
etnik majoriti, disusuli dengan etnik Yunani 1.17%, dan etnik-etnik lainnya seperti Roma, Serbia, Montenegro
Makedoni, Mesir, dan Bulgaria yang keseluruhannya berjumlah 0.23%.
|
AGAMA
|
Islam merupakan agama
bagi majoriti penduduk Albania iaitu sebanyak 70%. Ini diikuti oleh Kristen
Orthodox 20%, dan Katolik Roma 10%.
Rakyat Albania mudah
menerima ajaran Islam karena selama berabad-abad mereka berada di bawah
kezaliman para penguasa. Sementara itu, ajaran Islam memberi mereka semangat
untuk melawan kezaliman. Islam adalah agama yang mengajarkan prinsip keadilan,
kebebasan, dan persaudaraan. Prinsip-prinsip Islam inilah yang menarik
orang–orang Albania terhadap Islam. Pada era komunis, orang-orang Albania
berada di bawah tekanan dan represi, namun cahaya Islam tetap menyala di hati
mereka.
Seperti di kebanyakan
negara Islam yang lain, masjid memiliki peranan penting dalam menumbuhkan
semangat keislaman di hati kaum muslimin di Albania. Di setiap lapangan utama
pada setiap kota di Albania biasanya akan ditemui sebuah masjid. Sebelum
berkuasanya rezim komunis, jumlah masjid di Albania dikatakan mencapai 600 buah
dan memiliki peranan yang lebih aktif daripada era sekarang ini. Bagaimanapun,
selama pemerintahan rejim komunis, masjid-masjid di negara itu ditutup dan sebahagiannya
bahkan dihancurkan. Setelah keruntuhan rejim komunis, masjid-masjid tersebut
kembali dibangunkan dan sekarang ini jumlah masjid yang aktif melakukan
berbagai kegiatan keagamaan mencapai 350 buah. Selain masjid, juga ada
pusat-pusat kegiatan kaum muslimin lainnya, misalnya husainiyah atau yayasan-yayasan
keislaman.
Pengajaran agama Islam
secara formal di Albania dilakukan secara terpusat. Beberapa lembaga pengajaran
tertentu di Albania memiliki tanggung jawab dalam mengajarkan agama Islam
kepada para pelajar. Lembaga-lembaga pengajaran ini merupakan pengganti dari
sekolah-sekolah agama yang sebelumnya melakukan kegiatan secara terpisah-pisah
dan tersebar di setiap masjid. Lembaga pengajaran agama terbesar berlokasi di
Tirana, ibukota Albania. Di sekolah agama ini, penyelarasan dari segi pengajaran
dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pertentangan antara mazhab. Lulusan dari
lembaga pengajaran ini memiliki peranan besar dalam membangkitkan semangat
keislaman kaum muslimin pada era komunis dan akibatnya banyak pula di antara
mereka yang dipenjarakan oleh rejim komunis.
Kelompok politik,
termasuk parti-parti Islam tidak banyak terdapat di Albania. Ini berkemungkinan
disebabkan semasa pemerintahan rejim komunis mereka sangat represif dan selalu
menghalangi kegiatan-kegiatan politik non-komunis.
Lembaga Islam terbesar
di Albania saat ini adalah Komiti Muslim Albania. Masrasah Islami Tirana adalah
lembaga pengajaran yang berada di bawah Komiti Muslim Albania. Di setiap kota,
terdapat cabang dari komiti ini yang melakukan berbagai kegiatan keislaman di
kota tersebut. Selain Komiti Muslim Albania, juga ada lembaga-lembaga lain
seperti Organisasi Cendekiawan Muslim, Organisasi Muslimah dan Organisasi
Pemuda Muslim Albania. Selain itu, kaum muslimin Albania juga memiliki sebuah
Pusat Dialog Agama, demi menjalin persatuan dan membela hak-hak kaum muslimin
di negara ini.
|
POLITIK
& PENTADBIRAN
|
Pada tahun 1992,
setelah kejayaan pemilihan yang luas bagi Parti Demokratik, Sali Berisha
menjadi tokoh demokrasi yang pertama yang dipilih sebagai Presiden Albania.
Berisha memulai program pembaikan ekonomi dan demokrasi yang lebih berhati-hati.
Bagaimanapun pada pertengahan 1990an usaha pembaikan ekonomi tersebut dikatakan
berhadapan dengan masalah berpunca daripada adanya kekalutan politik Albania.
Pada masa yang sama,
perusahaan pelaburan yang kurang bermoral menggelapkan wang di seluruh Albania
dengan menggunakan skim piramid. Di awal 1997, beberapa skim piramid itu
runtuh, meninggalkan ribuan orang yang bankrap, kecewa, dan marah. Pergolakan
bersenjata meletus di seluruh negara sehingga hampir menimbulkan kejatuhan
kuasa pemerintah. Ketika itu, Albania memiliki infrastruktur keselamatan yang kurang
kemas sehingga mengundang tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan
awam seperti rompakan depo senjata yang akhirnya mengundang pertolongan dan
bantuan dunia antarabangsa secara intensifnya.
Keamanan di Albania
akhirnya berjaya dipulihkan oleh Pasukan Pengaman Antarabangsa PBB. Sebuah
kerajaan sementara diwujudkan bagi melaksanakan pilihan raya Jun 1997, yang kemudiannya
mengembalikan Sosialis dan sekutunya pada peringkat pemerintahan pusat.
Presiden Berisha berhenti dan penggantinya ialah dari kalangan Sosialis, Rexhep
Meidani. Antara 1997 dan 2002, rangkaian pemerintahan singkat menggantikan satu
sama lain. Fatos Nano, Ketua Parti Sosialis kemudiannya telah menjadi PM iaitu sejak
Jun 2002.
Selama masa transisi
1997-2002, beberapa struktur demokrasi Albania yang longgar telah diperkuat. Antaranya
termasuklah aspek penyederhanaan politik, pengembangan industri media massa,
peningkatan dalam penubuhan organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan, dan
kemajuan lain seumpamanya. Pada tahun 1998, penduduk Albania meratifikasi
perlembagaan baru selepas referendum umum yang menjamin kekuasaan undang-udang
dan perlindungan hak dan kebebasan beragama.
Pada 24 Julai 2002,
Alfred Moisiu mengangkat sumpah sebagai Presiden. Tokoh nonpartisan, secara
nominal bersekutu dengan Parti Demokrat, ia diangkat sebagai calon yang
dipersetujui parti yang berkuasa dan pembangkang. Pergantian kekuasaan yang
tenang dari Meidani kepada Moisiu membawa kestabilan kepada politik Albania –
suatu kemajuan yang amat berarti ke arah reformasi demokrasi dan ekonomi,
kekuasaan inisiatif hukum, dan perkembangan hubungan Albania dengan negara
tetangganya serta Amerika Syarikat.
|
EKONOMI
|
Dari sudut
persejarahannya, Albania merupakan salah sebuah negara paling berkembang di
Eropah. Buat beberapa ketika sebahagian besar penduduknya terlibat dalam
pertanian, meskipun sebagian besar daerah pegunungan sangat membatasi jumlah
keluasan tanah untuk pertanian. Di bawah pemerintahan Komunis, Albania memiliki
ekonomi terencana berpusat yang dikawal oleh negara, yang menekankan pada
pembangunan industri.
Sehingga kini, dianggarkan
hampir setengah penduduk Albania masih bergerak di bidang pertanian. Tanaman makanan
utama meliputi gandum, jagung, dan kentang. Tanaman komersial utama pula
terdiri daripada kapas, tembakau, beras, gula bit, buah-buahan, dan
kacang-kacangan. Ternakan yang diusahakan pula terdiri daripada kambing
biri-biri, lembu, dan ayam.
Ekonomi moden Albania
kini ditunjangi oleh industri pengeluaran yang menyediakan peluang pekerjaan
kepada hampir satu pertiga daripada keseluruhan rakyat negara itu. Produk
industri utamanya adalah berupa mineral, produk industri hiliran minyak dan
makanan, tekstil, mesin, bahan bangunan, dan baja.
Eksport utama Albania
meliputi garam ion, bijih mineral, hasil makanan, dan produk tembakau. Negara
ini mengimport bahan kimia, logam, dan kertas, dan produk getah.
|
HUBUNGAN
ANTARABANGSA
|
Dari
zaman pengasingan yang melampau, Albania secara beransur-ansur aktif dalam
menggerakkan hubungan antarabangsanya dengan menjalin hubungan erat terutama
dengan PBB, Kesatuan Eropah (EU), Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),
Amerika Syarikat, dan tidak ketinggalan dengan negara-negara Islam, termasuk
dengan OIC.
Albania
diterima menjadi negara anggota OIC dalam tahun 1992 dan merupakan satu-satunya
negara Eropah yang berada dalam gagasan ini. Sejak menyertai OIC, Albania turut
aktif dalam memperjuangkan matlamat serta program-program anjuran OIC, termasuk
menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara OIC dan juga Persidangan
Menteri-menteri Luar OIC.
|
Wallahua'alam (MMO)
No comments:
Post a Comment