Thursday, July 19, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC : EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE)




PETA
 

                                                        
  

        

GEOGRAFI

Negara Emiriyah Arab Bersatu atau ringkasnya UAE adalah sebuah federasi yang terdari daripada  tujuh emirat  (Abu Dhabi, Dubai,  Sharjah,  Ajman, Umm al-Quwain, Ras al-Khaimah, dan  Fujairah) yang dibentuk pada tahun 1971.

Terletak di arah selatan – timur dari Semenanjung Arab , UEA adalah daratan berbentuk segitiga yang membentuk garis pantai di bahagian tenggara Teluk Arab dan bahagian pantai barat Teluk Oman. UAE dari sudut lokasinya dikira begitu strategik kerana berdekatan dengan Selat Hormuz yang menjadi laluan kapal dagang. Negara ini turut berkongsi sempadan dengan negara Oman dan Arab Saudi .

UAE mempunyai keluasan wilayah sekitar 82.8 kilometer persegi . Abu Dhabi sendiri memiliki seluas 87 peratus daripada keseluruhan daratan di negara itu.

Negara UAE beriklim gurun dengan cuaca yang cerah dan hangat di musim dingin, dan panas serta lembab selama musim panas. Rata-rata kadar curahan hujan adalah 100 mm setahun dengan kawasan pegunungan di wilayah timur memiliki curahan hujan yang lebih tinggi dan umumnya lebih dingin.
 

PROFAIL PENDUDUK




Jumlah penduduk UEA adalah seramai 6,072,475 (anggaran Julai 2017). Majoriti penduduk UEA menganut agama Islam manakala yang lainnya beragama Kristen, Hindu, dan sebagainya. Suku majoriti di UEA adalah suku arab itu sendiri, sementara bahasa resmi yang digunakan di negara ini ialah bahasa Arab.

Warga negara UEA terkenal memiliki sifat toleran sesuai dengan anjuran Islam dan memiliki tradisi yang kuat. Mereka memiliki taraf hidup yang tinggi, termasuk dari sudut pendidikan dan kemudahan kesihatan yang sentiasa dibangunkan dengan baik dan terancang.

Sementara itu, berbagai upaya turut dilakukan oleh kerajaan UAE untuk mengembangkan lagi sumber daya manusia, meningkatkan pemberdayaan kaum wanita dan penyediaan kesejahteraan sosial kepada masyarakat yangkurang mampu.
 

SEJARAH RINGKAS


UEA dibentuk dari kelompok Jazirah Arab Sheikhdoms sepanjang pantai selatan Teluk Persia dan pantai barat laut Teluk Oman. Wilayah ini menerima Islam pada abad ketujuh. Selama beberapa abad wilayah itu telah terlibat dalam perselisihan dinasti dan gangguan di laut terhadap perdagangan asing. Sekitar tahun 1820’an sebuah perjanjian damai telah ditandatangani di antara syeikh-syeikh utama yang menguasai pantai masing-masing untuk tidak akan terlibat dalam pertempuran di laut.

Pada tahun 1853, mereka menandatangani perjanjian dengan pihak British bagi membentuk gencatan senjata maritim yang "abadi." Di bawah perjanjian itu sebarang perselisihan antara syeikh perlu dirujuk kepada pihak British untuk penyelesaian.

Pada tahun 1955, pihak British bertindak secara memihak kepada Abu Dhabi dalam sengketa dengan Arab Saudi berkaitan Oasis Buraimi dan wilayah lain di selatan. Perjanjian 1974 antara Abu Dhabi dan Arab Saudi seakan menyelesaikan sengketa perbatasan Abu Dhabi-Saudi, namun perjanjian tersebut belum diratifikasi oleh Pemerintah UEA. Perbatasan dengan Oman resmi tetap tenang, namun kedua pemerintah sepakat untuk melukiskan perbatasan pada bulan Mei 1999.

Pada tahun 1971, pihak British mengumumkan keputusan yang pernah dibuatnya dalam tahun 1968 iaitu untuk mengakhiri hubungan perjanjian dengan tujuh Sheikhdoms, bersama-sama dengan Bahrain dan Qatar yang bernaung di bawah perlindungan British. Ketika perjanjian Sheikhdoms-British berakhir pada 1 Disember 1971, mereka menjadi sebuah negara yang merdeka sepenuhnya. Pada 2 Disember 1971, enam dari wilayah negara ini iaitu Abu Dhabi, Dubai,  Sharjah,  Ajman, Umm al-Quwain, dan  Fujairah  masuk ke dalam sebuah persyarikatan disebut Emirat Arab Bersatu. Emirat ketujuh, Ras al-Khaimah kemudiannya bergabung pada awal tahun 1972.

Setelah merdeka, UEA turut aktif dalam memainkan peranan ke arah mewujudkan kawasan negara Arab/ negara Teluk sebagai kawasan yang aman dan makmur. Ini mengundang UAE untuk mengirim pasukan tenteranya bagi membantu membebaskan Kuwait pada Perang Teluk 1990-1991. Pasukan UEA juga berpartisipasi dalam misi perdamaian ke Somalia, Libanon, Bosnia, Albania, Kosovo, dan Kuwait.

Pada tahun 2004, presiden pertama UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan meninggal dunia. Putera tertuanya dan Crown Prince, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan kemudian menggantikannya sebagai Penguasa Abu Dhabi. Sesuai dengan Konstitusi, UAE Supreme Council of Rulers Khalifa bin Zayed dipilih Al Nahyan sebagai Presiden Federal UAE. Mohammed bin Zayed Al Nahyan menggantikan Khalifa sebagai Crown Prince of Abu Dhabi. Pada bulan Januari 2006, Sheikh Maktoum bin Rashid Al Maktoum, Wakil Presiden UAE dan Perdana Menteri dan Penguasa Dubai pula meninggal dunia. Beliau digantikan oleh adiknya, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
 

POLITIK & PENTADBIRAN

              

UAE memiliki kestabilan politik yang tinggi dan merupakan satu-satunya negara di dunia Arab dengan sistem Federasi yang dapat bertahan cukup lama.

Sistem Politik : Federasi dengan beberapa hak dan keistimewaan diagih secara saksama di antara Pemerintah Federal dan Pemerintah di peringkat emirat.

Perlembagaan: Berdasarkan Perlembagaan yang digubal oleh Majlis Tertinggi (Supreme Council) dlam tahun 1996 hasil dari pengubahsuaian kepada Perlembagaan semasa awal merdeka dalam tahun 1971. 

Federal Supreme Council ( FSC ) : merupakan entiti Perundangan tertinggi di UAE, baik kekuasaan legislatif maupun  eksekutif. Keanggotaannya terdiri dari para penguasa tujuh emirat UAE iaitu Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ra’s al-Khaimah, Fujairah, Umm al-Qaiwain, dan Ajman.

Presiden : HH Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan , Penguasa/Emir Abu Dhabi

Wakil Presiden & Perdana Menteri : HH Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum , Emir Dubai

Wakil Perdana Menteri : HH Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan

Wakil Perdana Menteri : HH Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan

Presiden dan Wakil Presiden dipilih oleh FSC untuk tempoh masa jabatan lima tahun , manakala Perdana Menteri dan Wakil Perdana Menteri dipilih oleh Presiden .

Kabinet : Dianggotai Menteri yang dicalonkan oleh Perdana Menteri dan disetujui oleh Presiden


EKONOMI



UAE merupakan salah satu ekonomi yang paling berkembang di kawasan MENA (Middle East North Africa). Berdasarkan “Global Competitiveness Report 2013” oleh World Economic Forum (WEF), UAE menduduki rangking ke-19 dunia sebagai perekonomian yang paling produktif, kompetitif, efisien dan dinamis. Berdasarkan Index of Economic Freedom 2013, skor kebebasan ekonomi UAE adalah 71.1 meletakkannya di rangking ke-28 dunia. 

Kemajuan ekonomi UAE  terbina berikutan halangan perdagangan di negara itu yang cukup rendah dan sikap serta pendekatan kerajaan dalam mendukung ekonomi pasaran bebas, menyediakan iklim perniagaan yang telus dan menguntungkan, melaksanakan perbelanjaan secara berhemah, mengekang rasuah, dan tidak ketinggalan memastikan stabiliti politik yang kekal berpanjangan.  

Keluaran Dalam negara Kasar (GDP) UAE pada tahun 2017 dianggarkan berada pada kedudukan perkapita $68,200 setahun dengan pertumbuhan pada tahun 2017 dianggarkan sebanyak 1.3 peratus.

Nilai eksport UAE pada tahun 2017 dianggarkan sebanyak US$ $314.7 bilion, manakala nilai import pula dianggarkan sebanyak US$ $241.3 billion.

Produk eksport UAE terdiri daripada minyak mentah sebanyak 45% dan produk-produk lain seperti gas asli, perniagaan eksoprt semula, tamar dan ikan kering yang dieksport ke negara rakan dagang utama seperti India, Iran, Jepun, China, Oman dan Korea Selatan.

Produk import UAE pula daripada jentera dan peralatan pengangkutan, bahan kimia, dan makanan yang dimport dari negara-negara seperti China, India dan Amerika Syarikat.

UAE selain itu turut memiliki simpanan minyak ke-7 terbesar di dunia. Pada tahun 2013 produksi minyaknya mencapai 2.5 juta barel sehari dengan sasaran pengeluaran dijangka meningkat menjadi 3.5 juta barel sehari pada tahun 2017. 
 

HUBUNGAN ANTARABANGSA



Dari sudut hubungan luar negara, UAE sepertimana juga dengan beberapa negara jiran Arabnya, menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan lembaga-lembaga yang berada di bawah badan dunia itu. UAE juga merupakan anggota Organisasi Negara-negara Pengeksport minyak (OPEC) dan anggota Organisasi Kerjasama Islam (OIC) yang disertainya sejak tahun 1971.




Wallahua’alam (MMO).
 


No comments:

Post a Comment