![]() |
Satu perarakan menentang Islamophobia di Amerika Syarikat |
Tempoh
suku tahun ketiga (Julai – September) 2019 tidak memperlihatkan banyak
perbezaan dari sudut tanggapan sesetengah negara Barat terhadap Islam. Jika
sebelum ini negara seperti Amerika Syarikat dilihat sebagai agak ekstrim dalam
melihat Islam melalui perspektif yang negatif, kini beberapa buah negara Eropah
turut mempamirkan sikap yang sama dengan melihat Islam sebagai sesuatu yang
boleh mengancam dan menakutkan. Negara
seperti Belanda misalnya, mengharamkan pemakaian niqab (penutup muka) bagi wanita Islam di
khalayak ramai, termasuk ke pejabat dan sekolah. Demikian juga di Jerman dan di
United Kingdom, terdapat laporan warga Islam di negara berkenaan yang merasa
ditindas dan dilayan sebagai warga kelas kedua semata-mata kerana pegangan
agama Islam mereka yang dipotretkan oleh pihak media sebagai agama yang
mengancam.
Berikut
adalah beberapa lagi laporan terbaharu berkaitan Islamophobia yang dilaporkan
berlaku di seluruh dunia, khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk kita
tatapi dan tangani sekiranya ada ruang dan kemampuan.
10 Julai
2019
Media UK beri gambaran
'negatif dan menyesatkan' tentang Islam
Laporan
media di UK mengenai Islam dan umatnya telah secara langsung menyumbang kepada
peningkatan Islamophobia dengan kebanyakan saluran berita Inggeris dikatakan
telah memberikan liputan "negatif dan menyesatkan" tentang Islam dan
umatnya. Demikian bunyi sebuah laporan yang dibuat oleh sebuah badan bukan
kerajaan di UK melalui suatu kajian yang dijalankan baru-baru ini.
Kajian
yang diterbitkan oleh Majlis Muslim Britain (MCB) pada awal Julai lalu berkata
para pemimpin dan pengulas media telah menggunakan dengan banyaknya forum dan program
perdebatan untuk menyebarkan stereotaip tentang Islam dan umatnya secara negatif sehingga menimbulkan perspektif umum
yang tidak baik terhadap penganut agama itu di negara berkenaan.
Kajian
itu menganalisis lebih daripada 10,000 artikel, berita dan siaran media di UK
dari tahun 2018 dan mengenal pasti wujud "masalah serius" dalam cara
laporan media British tentang Islam dan penganutnya, kata pengarangnya.
Dalam
media cetak, kajian itu mendapati 59 peratus daripada artikel tentang Islam dan
penganutnya telah dianalisis secara tidak tepat, dibuat secara umum dan
rambang. Malah, tidak kurang, terdapat analisis yang dibuat secara negatif yang
boleh menjurus kepada pemupukan pandangan serong pihak awam terhadap penganut
Islam.
Kajian
itu berkata 78 peratus daripada kisah yang dipaparkan dalam akhbar Mail on
Sunday memaparkan secara negatif tentang Islam atau penganutnya yang tinggal di
UK.
Sementara
itu, di kaca TV, Sky News dilaporkan mempunyai liputan tertinggi tentang Islam
atau umat Islam secara yang mengelirukan, dengan 14 peratus video klipnya
dinilai sebagai "sangat berat sebelah", kata kajian itu.
Kajian
itu turut mendedahkan tentang kecenderungan media British untuk memandang
rendah terhadap wanita Islam khususnya terhadap cara mereka berpakaian (purdah)
yang dihubungkan dengan elemen yang kononnya boleh menimbulkan implikasi
jenayah dan keselamatan.
13 Julai
2019
Ratusan rakyat New
Zealand menyerahkan senjata selepas peristiwa pembunuhan di Christchurch
Ratusan
warga New Zealand telah menyerahkan senjata api mereka kepada pihak berkuasa
negara itu di bawah skim pembelian balik senjata yang bertujuan untuk mengawal pemilikan
dan penggunaan senjata separa automatik ekoran peristiwa pembunuhan di Masjid
Christchurch dalam bulan Mac lalu.
Peristiwa
pembunuhan secara rambang itu telah mendorongkan Kerajaan New Zealand, dengan
sokongan parti pembangkang, untuk segera bergegas melalui undang-undang bagi
mengetatkan lagi undang-undang berkaitan pemilikan dan penggunaan senjata api
di negara tersebut.
Di
bawah skim yang diperkenalkan itu, pemilik senjata api telah diberi tempoh
sehingga 20 Disember untuk menyerahkan senjata yang dimiliki secara haram oleh
mereka di bawah perjanjian pengampunan, terutama bagi senjata api jenis separa automatik.
Matlamat
program berkenaan menurut pihak kerajaan adalah untuk "menghapuskan
senjata berbahaya itu daripada terus beredar dalam kehidupan rakyat New Zealand".
Data-data
yang diterbitkan oleh pihak berkuasa New Zealand menyebutkan sejauh ini seramai
169 pemilik senjata api telah menyerahkan 224 pucuk senjata dan 217 bahagian lain
dalam bentuk aksesori senjata. Senjata-senjata tersebut dilaporkan telah
dihancurkan dengan menggunakan mesin hidraulik.
Laporan
itu juga turut menyebutkan, sejumlah lebih daripada $ 290,300 telah pun dibayar
kepada pemilik-pemilik senjata berkenaan sebagai pampasan.
24 Julai 2019
Ilhan Omar bertekad akan
mendedahkan penindasan kerajaan AS terhadap penganut Islam di AS
Wanita
Islam pertama di Kongres AS, Ilhan Omar dilaporkan telah membuat kenyataan
dalam membayangkan tekad beliau, bersama-sama seorang lagi wanita Islam di
Kongres, Rashida Tlaib, untuk mendedahkan penindasan kerajaan AS terhadap
rakyat negara itu yang beragama Islam dalam apa yang dikaitkan dengan gejala
Islamophobia di AS.
Kenyataan
tersebut dibuat oleh Ilhan di satu persidangan yang dianjurkan oleh Kaukus
Muslim yang bertujuan untuk mengembelingkan kerjasama semua pihak di AS
khususnya dan dunia Islam antarabangsa secara umumnya dalam berhadapan dengan
cabaran Islamophobia yang berlaku di seluruh pelusuk dunia.
Persidangan
ini diadakan selepas beberapa serangan berunsur perkauman dikatakan berlaku
dengan empat ahli Kongres wanita Islam, termasuk Ilhan Omar dan Rashida Tlaib,
dijadikan sasaran ancaman, termasuk ancaman bunuh.
Persidangan
itu dikatakan telah merumuskan bahawa halangan ke arah pengwujudan kerjasama
yang kukuh di kalangan dunia Islam dalam berhadapan dengan ancaman Islamophobia
adalah disebabkan gerak kerja masing-masing yang berbentuk ‘silo’ (menyendiri).
Justeru itu, persidangan menggesa agar halangan tersebut dapat dipecahkan bagi
membolehkan sebuah kerjasama yang kukuh dan bermakna dapat diwujudkan.
"Sebagai
umat Islam, anda telah diserang sejak hari pertama pentadbiran (Trump) ini,
kita perlu bersatu padu dan bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai tujuan
bersama," kata seorang Jurucakap di persidangan tersebut.
Turut
melahirkan solidariti terhadap persidangan berkenaan adalah Pengerusi Parti
Buruh Demokrat Minnesota (Minnesota Democratic-Farmer-Labor/ DFL), Ken Martin,
yang secara lantang berjanji bahawa parti itu akan berdiri sebagai ‘benteng’
dalam berhadapan dengan mana-mana pemimpin atau parti politik AS yang cuba menanam
sentimen kebencian dan tidak bertoleransi terhadap penganut agama Islam di
negara itu.
1 Ogos 2019
Pengharaman terhadap niqab mula berkuatkuasa di Belanda
Belanda
telah mengharamkan pakaian menutup muka (niqab) di bangunan
awam dan di dalam pengangkutan awam, sebagai undang-undang yang menentang
pakaian yang dipakai oleh beberapa wanita Islam di negara itu.
"Mulai
sekarang, memakai pakaian yang menutup muka adalah diharamkan di perkarangan sekolah,
institusi dan bangunan awam, serta hospital dan pengangkutan awam," kata Kementerian
Dalam Negeri Belanda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Ogos 2019.
Perundangan
mengenainya, yang diluluskan pada bulan Jun tahun lepas selepas lebih daripada
satu dekad perdebatan politik mengenainya, juga terpakai bagi penutup wajah yang
lain seperti topi keledar penuh.
Menurut
kenyataan itu juga, pegawai keselamatan kini dikehendaki memberitahu orang ramai
yang mengenakan pakaian menutup muka untuk menunjukkan wajah mereka ketika
berurusan di semua lokasi atau kemudahan yang dinyatakan. Jika mereka menolak,
mereka boleh dinafikan akses ke bangunan awam dan didenda sehingga 150 euro ($
165).
Walau
bagaimanapun, wujud kesangsian banyak pihak terhadap bagaimana undang-undang berkenaan
boleh dikuatkuasakan. Sektor pengangkutan awam mengatakan ia tidak akan memberhentikan
kenderaan semata-mata untuk membuatkan seorang wanita yang memakai burqa turun
kerana ia akan menyebabkan kelewatan.
Pihak hospital pula berkata mereka akan terus
merawat pesakit tanpa mengira bentuk apa jua pakaian yang mereka pakai. Kedua-dua
kumpulan itu berpandangan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemakaian
burqa tersebut kini mungkin terpulang kepada pihak polis.
9 Ogos 2019
Kawalan populasi di
India turut dikaitkan dengan aspek agama (Islam)
Di
seluruh India utara dan tengah, kempen yang bertujuan menyokong undang-undang
kawalan penduduk dikatakan kini mendapat momentum yang tinggi. Pergerakan ini
secara umumnya berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk
menghalang penduduk India dari melebihi angka 1.34 bilion, tempat kedua selepas
China yang memiliki 1.39 bilion penduduk.
Tetapi
subteksnya dikatakan mencerminkan kepercayaan teras organisasi Hindu sayap
kanan: bahawa umat Islam cuba "mengatasi" penganut agama Hindu. Kempen
ini, yang disokong oleh Islamophobia, dipromosikan baik di media massa mahupun
dan dalam talian.
Terdapat
pihak-pihak tertentu yang dikatakan telah menggunakan platform media sosial bagi
menyebarkan teori konspirasi bahawa jumlah umat Islam di India - pada masa ini
kira-kira 200 juta - pada satu ketika nanti akan mengatasi jumlah penganut
Hindu yang pada masa ini berjumlah 966 juta orang. Justeru itu, kumpulan WhatsApp dan Facebook berkenaan
dikatakan giat berkongsi mesej yang bertujuan menggalakkan ketakutan dan
kebencian.
Dan
luar platform media sosial, pelbagai saluran media cetak dan kerajaan pula
cenderung dalam mengaitkan penglibatan umat Islam untuk beberapa peristiwa pengeboman
yang berlaku di India.
14 Ogos 2019
Kebangkitan mesej
anti-Islam Oriana Fallaci di Itali
Pada
perhimpunan politiknya di Milan pada bulan Mac, Menteri Dalam Negeri dan
Timbalan Perdana Menteri Itali Matteo Salvini telah melahirkan penghargaan dan
sanjungan beliau terhadap dua wiranita Itali: Perawan Maria, yang katanya "akan
membawa kita ke kemenangan", dan Oriana Fallaci, yang digambarkannya
sebagai "ibu bagi pembentukan Eropah".
Seorang
wartawan yang paling terkenal di Itali, Fallaci, meninggal dunia pada usia
tujuh puluhan pada tahun 2006, pernah merasai pengalaman Perang Vietnam dan
menemuramah beberapa pemimpin besar dunia seperti seperti Henry Kissinger, Indira
Gandhi dan Ruhollah Khomeini.
Selepas
Peristiwa 11 September, beliau bagaimanapun mengambil pendirian anti-Islam dan pada
hari ini warisannya mula menikmati detik populariti yang seolah-olah sedang diperbaharui.
Jalan
atau dataran telah dinamakan semula dengan nama beliau di Pisa dan Arezzo, di
Itali tengah, dan Genoa, utara Itali. Taman awam juga didedikasikan untuknya di
Sesto San Giovanni, sebuah bandar perindustrian dekat Milan, di mana Datuk
Bandar itu juga menyekat pembinaan sebuah masjid.
Baru-baru ini pula Datuk
Bandar berkenaan dikatakan telah menyebut tentang perjuangan Fallaci dalam
ucapan perasmiannya: "Rayuannya agar Barat bangun masih bergema sehinga ke
hari ini."
Pada
bulan Julai, Dewan Parlimen yang lebih rendah meluluskan penciptaan bil
perbendaharaan denominasi kecil yang juga boleh digunakan sebagai mata wang
de-facto selari dengan euro. Menurut penyokong utama pelan itu, Ahli Parlimen
Liga Claudio Borghi, rang undang-undang 20 euro harus diukirkan dengan wajah
Fallaci.
20 Ogos 2019
Wanita terpaksa
meninggalkan bas kerana memakai niqab di Belanda
Seorang
wanita Muslim yang memakai niqab (sebuah kerudung yang meliputi seluruh muka
kecuali mata) terpaksa meninggalkan bas di Belanda berikutan pengenalan
undang-undang yang mengharamkan pakaian menutup muka di bangunan awam dan
pengangkutan awam, menurut laporan media tempatan.
Wanita
itu cuba menaiki bas di bandar Stein pada hari Isnin, tetapi pemandu bas
berkenaan tidak membenarkannya terus berada di dalam bas tersebut kerana
mendapati beliau memakai niqab, lapor media Belanda.
Wanita
tersebut enggan menanggalkan niqabnya sehingga mengundang pemandu bas memanggil
polis yang kemudiannya memaksa wanita itu turun dari bas berkenaan.
Ini
adalah insiden pertama berkaitan undang-undang kontroversi yang berkuatkuasa
pada awal bulan ini, yang mana ianya telah digunakan untuk menafikan kemasukan
seseorang yang berniqab ke dalam pengangkutan awam, kata laporan itu.
Undang-undang
menyatakan bahawa pegawai keselamatan dikehendaki memberitahu orang awam yang
didapati memakai niqab untuk menunjukkan wajah mereka. Jika mereka enggan, mereka
boleh dinafikan akses ke bangunan awam dan pengangkutan awam dan didenda sehingga
150 euro ($ 165).
Pedro
Peters, Pengerusi badan pengangkutan awam Belanda, memberitahu akhbar De
Telegraaf pada hari Selasa bahawa pemandu yang memaksa wanita berniqab itu
turun daripada bas yang dipandunya tidak mengikuti protokol.
Badan
pengangkutan awam Belanda baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa bas
tidak akan berhenti semata-mata untuk membuat seorang wanita berburqa untuk turun
kerana bimbang ianya akan menyumbang kepada masalah kelewatan.
Demikian
juga dengan pihak hospital, turut mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan
penentangan terhadap keputusan pihak berkuasa Belanda itu dengan mengatakan
mereka masih akan merawat orang awam tanpa mengira apa jua bentuk pakaian yang
mereka pakai.
21 Ogos 2019
Gejala Islamophobia di
Jerman kian meningkat
Satu
kajian yang dibuat oleh Universiti Leipzig baru-baru ini telah merumuskan
dapatan bahawa prasangka terhadap umat Islam, pendatang dan pencari suaka telah
meningkat dengan ketara di Jerman.
Kajian
tersebut mendapati hampir 55 peratus daripada rakyat Jerman mendakwa mereka
berasa seperti orang asing di negara mereka sendiri kerana terlalu ramai orang
Islam tinggal di negara berkenaan. Pada tahun 2010, sebelum tercetusnya krisis
pelarian, hanya sekitar 33 peratus daripada responden berkongsi pandangan seperti
ini.
Menurut
kajian itu lagi, lebih daripada 44 peratus daripada mereka yang ditinjau
percaya umat Islam harus diharamkan daripada berpindah ke Jerman, berbanding
36.5 peratus empat tahun lalu.
Penyelidikan
juga telah mendedahkan bahawa "xenophobia" (perasaan benci terhadap orang asing) kini semakin meluas di seluruh Jerman.
Sekitar
36 peratus responden berkata mereka menganggap Jerman berbahaya untuk orang
asing.
Sementara
itu, kira-kira 25 peratus responden pula berpandangan orang asing harus dihantar
pulang ke negara asal mereka jika berlaku masalah kekurangan pekerjaan di
Jerman.
Profesor
Elmar Braehler yang menjalankan penyelidikan bersama Dr. Oliver Decker berkata,
“xenophobia”
dan prasangka terhadap umat Islam telah secara tidak langsung membantu memacu
gelombang perjuangan parti pembangkang Alternatif for Germany (AfD) yang banyak
menggunakan isu kehadiran orang asing di Jerman dalam kempen-kempen politik
mereka.
5
September 2019
Hakim AS: Senarai pantauan
'pengganas' melanggar hak perlembagaan
Senarai pantauan kerajaan Amerika Syarikat terhadap lebih daripada satu
juta orang yang dilabelkan sebagai "diketahui atau disyaki pengganas"
melanggar hak perlembagaan mereka. Demikian kata seorang hakim persekutuan AS pada
4 September 2019.
Keputusan Hakim Daerah, Anthony Trenga di Virginia dibuat dalam satu
penghakiman ringkas kepada hampir dua belas orang warga Muslim Amerika yang
mencabar senarai pantau dengan bantuan kumpulan hak sivil di AS, Majlis
Hubungan Amerika-Islam (CAIR).
Bagaimanapun hakim sedang mencari beberapa peruntukan undang-undang
tambahan sebelum memutuskan apa yang perlu dilakukan berhubung senarai mereka
yang dipantau kerana disyaki pengganas
itu.
Plaintif menyatakan bahawa mereka telah diletakkan secara salah dalam
senarai yang dibuat itu dan bahawa proses kerajaan untuk menambah nama ke dalam
senarai berkenaan terlalu luas, dibuat dengan mudah dan penuh dengan kesilapan.
Senarai pantauan disebarkan kepada pelbagai jabatan kerajaan AS,
kerajaan asing dan agensi polis.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Litigasi Negara CAIR, Lena Masri
menyifatkan keputusan sebagai "kemenangan".
"CAIR mempunyai setengah dozen kes senarai pemerhatian lain yang
menunggu perbicaraan di mahkamah persekutuan di seluruh negara, dan pendapat
ini akan membuka gelombang untuk kemenangan berterusan kami," katanya.
20
September 2019
Lelaki Islam mencari kebenaran
ekoran 'isu rasis' di penerbangan AS
Dua lelaki Islam telah meminta siasatan dilakukan selepas mereka dihalang
menaiki penerbangan American Airlines ke Dallas, Texas, kerana dianggap
berbahaya kepada penerbangan.
Isam Abdallah berkata penerbangannya dibatalkan kerana kapal terbang itu
"tidak selesa terbang" dengannya, bersama-sama seorang lagi penumpang,
Abderraoof Alkhawaldeh.
Alkhawaldeh berkata beliau telah menjadi penumpang yang kerap bagi
penerbangan itu sejak tahun 1989 lagi dan dengan itu tidak ada alasan untuk
pegawai keselamatan atau anggota kru mencurigainya.
American Airlines mempertahankan keputusannya dalam satu kenyataan
kepada media AS dengan mengatakan penerbangan itu "dibatalkan kerana
kebimbangan yang ditimbulkan oleh anggota kru dan penumpang."
"Amerika dan semua rakan serantaunya mempunyai kewajiban untuk memandang
berat terhadap kebimbangan keselamatan dan keamanan yang dibangkitkan oleh para
anggota kru dan penumpang," tambahnya.
23 September
2019
'Pertambahan besar
anti-Bosnia, ketaksuban anti-Muslim'
Retorik Islamophobia pada peringkat politik, yang berada pada puncaknya
pada tahun 1990-an Perang Bosnia kini sekali lagi cuba digunakan oleh Bosnia
Serb, Serbia dan ahli politik Croatia dengan tujuan berbahaya, demikian menurut
satu laporan sebuah NGO yang diterbitkan baru-baru ini.
Menurut Laporan Islamophobia Eropah 2018, yang diterbitkan oleh Yayasan
Sains, Politik, Ekonomi dan Sosial yang berpengkalan di Ankara, Turki pada 20
September, ahli politik dan beberapa bahagian media hari ini cuba untuk
mempersalahkan Bosnia sebagai "syurga Muslim radikal" untuk
melemahkan negara, termasuk dengan tujuan untuk membahagikan wilayah itu.
Hikmet Karcic, seorang penyelidik di Institut Tradisi Islam Bosnia
menulis "Pada tahun 2018, Milorad Dodik, Ketua Serb Bosnia yang baru
dipilih, pernah mempersendakan komuniti Islam Bosnia apabila melabelkan azan
sebagai 'seruan melolong' pada satu pameran di televisyen Serbia.
Selain itu,
tahun 2018 menyaksikan peningkatan besar dalam ketaksuban anti-Bosnia dan
anti-Islam oleh Bosnia Serb dan pertubuhan politik Croatia. Mereka terus memprojekkan
Bosnia dan Herzegovina sebagai sebuah negara yang gagal dan dipenuhi pelampau
dan justeru itu perlu dibahagikan kepada beberapa wilayah untuk mendapatkan
keamanan dan keselamatan."
26
September 2019
Kerjasama Malaysia,
Pakistan dan Turki dalam menanggani Islamophobia
Malaysia,
Pakistan dan Turki bersetuju untuk memulakan sebuah rangkaian televisyen
berbahasa Inggeris bagi mendepani pelbagai cabaran yang timbul disebabkan
Islamophobia.
Ia juga sebagai platform mengetengahkan kebenaran mengenai agama Islam.
Ia juga sebagai platform mengetengahkan kebenaran mengenai agama Islam.
Perkara
tersebut dimaklumkan Presiden Pakistan Imran Khan menerusi catatan twitter
selepas perjumpaan 6 mata bersama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Ketiga-tiga
pemimpin itu bertemu di New York, Amerika Syarikat, di luar perhimpunan agung
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Menurut
Imran, salah tanggapan terhadap Islam akan diperbetul dan filem mengenai
sejarah Islam akan diterbitkan untuk mendidik komuniti dunia.
Wallahu’alam
(MMO)
No comments:
Post a Comment