Wednesday, May 2, 2018

HELAIAN FAKTA : PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)


Gambar Hiasan : Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Istanbul, Disember 2017

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi bertujuan untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

Secara ringkas, objektif penubuhan OIC adalah untuk memupuk perpaduan dan menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam pelbagai bidang, menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk, menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan, meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain. 

Sejak ditubuhkan, OIC telah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan banyak isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan umatnya seperti isu kekerasan dan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin, isu pengganasan, isu peperangan saudara di kalangan puak-puak tertentu di beberapa buah negara anggota, isu tekanan terhadap umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di beberapa negara seperti Thailand, Filipina dan Myanmar, dan sebagainya.

Justeru itu, melalui entri kali ini dan entri-entri lain berikutnya, penulis akan cuba mendekatkan lagi pembaca dengan pertubuhan ini dengan memaparkan maklumat asas berkaitan setiap negara anggota seperti dari sudut sejarah ringkas, geografi dan kependudukan, aspek keagamaan, politik, ekonomi dan perdagangan, dan hubungan antarabangsa setiap negara.

Buat pembuka bicara, berikut penulis perturunkan maklumat asas mengenai OIC dengan harapan ianya sedikit sebanyak akan dapat dimanfaatkan oleh pembaca.





LOGO











      SEJARAH RINGKAS
 





Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

  
  
  OBJEKTIF PENUBUHAN





Objektif OIC adalah seperti berikut:
  • Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;
  • Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
  • Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;
  • Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan;
  • Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan
  • Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain.
                          
         KEANGGOTAAN





OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Lebanon, Libya, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Maghribi, Mesir, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan dan Yaman.



          IBU PEJABAT



Organisation of Islamic Cooperation
P.O.Box 178, Jeddah 21411,
Kingdom of Saudi Arabia
Tel: (966)-12-6515222
Fax: (966)-12-6512288


    
     SETIAUSAHA AGUNG


Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen

    STRUKTUR INSTITUSI






Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :

Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara
Kerajaan OIC

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Persidangan Menteri-menteri Luar OIC

Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

Sekretariat OIC

Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.


 
           
           LAIN-LAIN


 


Penduduk :        1.6 billion      (Anggaran 2013)

Carta Negara Jumlah Penduduk
(Semua Agama) (Islam)
1  Indonesia 249,865,600            87.2%
2  Pakistan 182,142,605            96.4%
3  Nigeria 173,615,300            50.4%
4  Bangladesh 156,595,000            89.8%
5 Mesir   82,056,400            94.9%
6  Turki   74,932,600            98.0%
7  Iran   77,472,782            99.0%
8  Algeria   39,208,000            97.9%
9  Maghribi   34,224,000            99.0%
10 Uganda         37,578,900            11.5% 
11   Iraq   33,417,500            99.0%      
12 Sudan    30,894,000            90.7%
13  Uzbekistan   30,241,100            96.7%
14 Afghanistan   30,551,000            99.0%
15 Malaysia   29,717,000            63.7%
16 ArabSaudi   28,828,900            93.0%
17  Yemen   24,407,400            99.0%
18  Mozambique   25,833,800            18.0%
19  Syria   22,845,600            92.8%
20 Cameroon   22,254,000            18.3%
21   Niger   17,831,300            98.4%
22  Kazakhstan   17,037,500            88.0%
23  Burkina Faso   16,934,800            61.6%
24 Mali   15,301,700            92.4%
25  Senegal   14,133,000            96.4%
26 Chad
  12,825,300            55.3%
28       Guinea  11,745,200            84.4%
29 Tunisia   10,886,500            99.0%         
30 Somalia   10,495,000            99.0%
30  Benin   10,323,500            23.8%
31 Azerbaijan    9,416,600             96.9% 
32 UAE   9,346,100             76.9%
33 Tajikistan    8,207,800            96.7%
34       Libya    6,201,500            96.6%
35 Jordan    6,459,000            97.2%
36 Sierra Leone     6,092,100            78.0%
37 Kyrgyzstan     5,719,500            88.0%
38 Turkmenistan     4,965,000            93.0%
39 Lebanon     4,467,400            61.3%
40 Palestin     4,017,000            97.6%
41 Mauritania     3,889,900            99.0%
42       Oman     3,632,400           85.9%
43       Bosnia-Herzegovina     3,531,159           50.7%
44 Kuwait      3,368,600           74.1%
45 Albania     2,773,600           80.3%
46 Qatar     2,168,700           67.7%
47 Gambia      1,849,300           95.1%
48 Guinea-Bissau     1,704,300           50.0%

   
49 Gaboon      1,671,700           11.2%
50 Bahrain     1,332,200           70.3%        
51 Djibouti         879,932           96.9%
52 Comoros         734,917           98.3%
53 Surinam         539,276           13.9%
54 Brunei         417,784           75.1%
55 Maldives         345,023           98.4%



   




  Wallahua'alam (MMO)



No comments:

Post a Comment