Thursday, July 5, 2018

KABINET BAHARU MALAYSIA



Pada 2 Julai 2018 kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun dibentuk. Kabinet tersebut terdiri daripada 26 orang Menteri (termasuk 13 orang yang dilantik pada 21 Mei 2018 lalu) dan 23 orang Timbalan Menteri. Tiga lagi Timbalan Menteri yang akan mengisi kekosongan di tiga buah kementerian dilaporkan akan dilantik dari kalangan anggota Dewan Negara yang bakal dinamakan kelak.
Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu daripada empat parti yang membentuk kerajaan PH mempunyai wakil teramai dalam Kabinet Malaysia iaitu seramai tujuh orang Menteri dan tujuh Timbalan Menteri. Menteri-menteri dari PKR tersebut terdiri daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga), Datuk Seri Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi), Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna), Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Luar), Baru Bian (Menteri Kerja Raya) dan Dr Xavier Jayakumar (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli).
Timbalan-Timbalan Menteri dari PKR pula terdiri daripada Shamsul Iskandar Md Akin (Kementerian Industri Utama), Sim Tze Tzin (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Fuziah Salleh (Jabatan Perdana Menteri - Agama), R. Sivarasa (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Dr Lee Boon Chye (Kementerian Kesihatan), Bakhtiar Wan Chik (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Datuk Kamarudin Jaffar (Kementerian Pengangkutan).

Parti kedua terbesar dalam kerajaan PH adalah Democratic Action Party (DAP) dengan enam Menteri serta enam Timbalan Menteri. Menteri-menteri dari DAP terdiri daripada Lim Guan Eng (Menteri Kewangan), Teresa Kok (Menteri Industri Utama), Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar), Anthony Loke (Menteri Pengangkutan), M. Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia) dan Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Timbalan Menteri daripada DAP pula terdiri daripada Chong Chieng Jen (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli), Hannah Yeoh (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Steven Sim Chee Keong (Kementerian Belia dan Sukan), Dr Ong Kian Ming (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Teo Nie Ching (Kementerian Pendidikan).

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing mempunyai lima Menteri dan empat Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia.

Menteri-menteri dari PPBM  terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), Dr Maszlee Malik (Menteri Pendidikan), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan),  Mohd Redzuan Yusof (Menteri Pembangunan Usahawan) dan Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Timbalan Menteri dari PPBM pula adalah Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Kementerian Wilayah), Dr Md Farid Md Rafik (Jabatan Perdana Menteri - Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Datuk Amiruddin Hamzah (Kementerian Kewangan) dan Eddin Syazlee Shith (Kementerian Komunikasi dan Multimedia).

Menteri-menteri dari Amanah pula adalah terdiri daripada Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan), Khalid Samad (Menteri Wilayah), Datuk Dr Mujahid Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Agama), Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).

Timbalan Menteri yang dilantik dari Amanah terdiri daripada Anuar Tahir (Kementerian Kerja Raya), Datuk Mahfuz Omar (Kementerian Sumber Manusia), Dr Mohd Hatta Ramli (Kementerian Pembangunan Usahawan) dan Hanipa Maidin (Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang).

Baki tiga lagi Menteri dan dua Timbalan Menteri diisi oleh wakil dari Parti Warisan Sabah. Mereka terdiri daripada Darell Leiking (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Liew Vui Keong (Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang) dan Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).

Dua wakil dari Warisan yang dilantik menjadi Timbalan Menteri adalah Datuk Aziz Jamman (Kementerian dalam Negeri) dan Isnaraissah Munirah Majlis (Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).

Komposisi parti dalam Kerajaan PH di dalam Dewan Rakyat ketika ini adalah PKR (50), DAP (42), PPBM (13), Amanah (11) dan Warisan (8).

Sekadar rekod, kerajaan PH atas dasar penjimatan, membentuk kabinet yang lebih kecil iaitu pengurangan sebanyak 10 jawatan menteri berbanding dengan saiz kabinet kerajaan Barisan Nasional pimpinan bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

10 JANJI 100 HARI

Sekadar rekod juga, untuk tempoh 100 hari pertama kerajaan PH berjanji untuk melaksanakan 10 janji seperti berikut;

1. Memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.

2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

3. Memperkenalkan Skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah.

4. Menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang RM 4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam PTPTN ke atas peminjam.

5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

6. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.

7. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.

8. Mengkaji semula langkah pemberian projek mega kepada negara-negara asing.

9. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan  Perjanjian Malaysia 1963.

10. Meningkatkan akses dan  kualiti perkhidmatan kesihatan.


 Wallahua'alam (MMO).



1 comment:

  1. Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
    Saya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.

    PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
    * Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *

    * e-mel: blankatm156@gmail.com
    * Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
    +1 (301) 329-5298

    ReplyDelete