Tuesday, October 9, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC : KUWAIT



PETA
 

 


GEOGRAFI

Kuwait terletak di pesisir teluk Parsi, semenanjung Arab dengan bersempadankan negara Iraq di sebelah utaranya dan negara Arab Saudi di sebelah selatannya.

Luas keseluruhan negara ini adalah 17,820 km persegi, terbahagi kepada enam daerah iaitu Kuwait City, Hawally, Mubarak Al-Kabir, Ahmadi, Farwaniya dan Jahra. Sebahagian besar wilayahnya terdiri daripada tanah datar dan bergurun pasir dengan bukit-bukit kecil.

Negara Kuwait mengalami iklim yang panas dan kering dengan suhu pada musim panas (Mei – Ogos) mampu mencecah 50 derajah celcius. Pada musim dingin (November – Januari) suhu turun hingga 0 derajah celcius. Di antara kedua musim tersebut terdapat musim peralihan dengan suhunya berada sekitar 20 – 30 derajah celcius. 

Kadar taburan hujan di negara ini agak minima (25mm-180mm), sebahagian besar berlaku antara bulan Oktober dan April.  


PROFAIL PENDUDUK



Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan oleh Kuwait Public Authority for Civil Information, jumlah penduduk Kuwait sehingga bulan Jun 2017 adalah seramai 4,437,590 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,351,955 orang atau 30.46% adalah terdiri daripada warganegara  Kuwait, manakala 3,085,635 orang (69.54%) terdiri daripada warganegara asing khususnya dari negara Arab, Asia, dan Afrika.

Majoriti penduduk Kuwait (kira-kira 85%) adalah beragama Islam. Daripada jumlah itu, kira-kira 70% daripada mereka berpegang kepada aliran Sunni dan hanya sebilangan kecil (kira-kira 30%) menganut fahaman Syiah. 

Dilihat dari sudut komposisi etnik, kira-kira 45% daripada penduduk Kuwait adalah terdiri daripada etnik Kuwaiti, sementara 35% terdiri daripada etnik Arab lainnya, 9% etnik Asia Selatan, 4% etnik Iran, dan 7% etnik-etnik lain.

Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi di Kuwait. Bagaimanapun Bahasa Inggeris turut digunakan dengan meluas khususnya dalam kalangan masyarakat bandar dan perniagaan.


SEJARAH RINGKAS

Kuwait telah diperintah oleh dinasti Al-Sabah sejak abad ke-18. Ancaman pencerobohan Uthmaniyah pada tahun 1899 mendorong Amir Mubarak Al-Sabah untuk mendapatkan perlindungan daripada Britain dengan menyerahkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain hingga tahun 1961, ketika Kuwait mencapai kemerdekaannya.

Kuwait diserang dan ditakluki oleh Iraq pada 2 Ogos 1990. Bagaimanapun gabungan PBB yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah membebaskan Kuwait pada Februari 1991. Kuwait menghabiskan lebih daripada $5 bilion untuk memperbaiki infrastruktur minyak yang rosak pada tahun 1990-91.

Keluarga Al-Sabah kembali berkuasa pada tahun 1991 dan menyusun semula parlimen, yang bermula pada tahun 1962. Negara itu menyaksikan pemilihan bersejarah pada tahun 2009 dengan empat wanita dipilih ke Perhimpunan Kebangsaannya.

Di antara tahun 2010-2012, tubuh politik Kuwait dicemari dengan beberapa insiden tunjuk perasaan dari kalangan kaum Badui yang menuntut kewarganegaraan dan pekerjaan dan kumpulan mereka yang mendakwa pucuk pimpinan kerajaan terlibat dengan rasuah. Dalam pada itu wujud juga kumpulan yang membantah langkah kerajaan dalam meminda peraturan pilihan raya yang dianggap mengenepikan hak serta kepentingan kaum Badui.

Sejak berkuasa pada tahun 2006, Amir telah membubarkan Perhimpunan Kebangsaan sebanyak tujuh kali dan melakukan rombakan kabinet lebih dari 12 kali, berpunca dari faktor kemerosotan politik dan penghakisan kepercayaan, membawalah kepada  punca yang tercetus akibat perbalahan dan pertikaian antara badan perundangan dan kerajaan.

POLITIK & PENTADBIRAN

              

Sistem Pemerintahan yang dianuti oleh Kuwait adalah Sistem Raja Berpelembagaan iaitu sistem pemerintahan yang Ketua Negaranya adalah seorang Sultan atau Raja (Kuwait menyebutnya sebagai Emir) yang dipilih seumur hidup oleh anggota keluargannya.

Ketua pemerintahannya adalah seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh Emir. Sebagai sebuah negara berpelembagaan, Kuwait juga memiliki badan legislatif yang dikenali sebagai Majlis Nasional. Majlis Nasional ini terdiri dari 65 kursi dengan tempoh perkhidmatan anggotanya selama 4 tahun. 

Barisan Kepimpinan:
  • Emir        :   H.H. Shaikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah (sejak 29 Januari 2006)
  • Putra Mahkota   :   H.H. Shaikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah (sejak 7 Februari 2006)
  • Ketua Majlis Nasional      :   H.E. Marzouq Ali Al-Ghanim
  • Perdana Menteri               :   H.H. Shaikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah (sejak 4 Desember 2011)


EKONOMI


Kuwait mempunyai ekonomi yang agak kecil, tetapi kaya dan terbuka dengan rizab minyak mentah kira-kira 102 bilion tong - lebih daripada 6% rizab dunia.

Petroleum menyumbang lebih separuh daripada KDNK Kuwait, 92% daripada pendapatan eksport, dan 90% daripada pendapatan kerajaan.

Dengan harga minyak dunia merosot, Kuwait mengalami defisit bajet pada tahun 2015 untuk kali pertama dalam tempoh lebih daripada satu dekad. Pada tahun 2016, defisit meningkat kepada 16.5% daripada KDNK. Pihak berkuasa Kuwait mengumumkan pemotongan untuk subsidi bahan api pada bulan Ogos 2016, memprovokasi kemarahan di kalangan orang ramai dan Perhimpunan Nasional. Ekoran itu Amir membubarkan kerajaan untuk kali ketujuh dalam tempoh sepuluh tahun.

Pada tahun 2017 defisit dikurangkan kepada 7.2% daripada KDNK, dan kerajaan mengumpul AS$8 bilion dengan mengeluarkan bon antarabangsa. Walaupun pergantungan ekonomi Kuwait adalah terhadap minyak, kerajaan telah mengimbangi impak harga minyak yang lebih rendah dengan menjimatkan sekurang-kurangnya 10% hasil kerajaan dalam dana untuk Generasi Masa Depan.

Usaha Kuwait untuk mempelbagaikan ekonominya dengan meningkatkan penglibatan sektor swasta tidak begitu menampakkan hasil berikutan iklim perniagaan yang buruk, beban kos sektor awam yang besar yang menyediakan pekerjaan kepada kira-kira 74% rakyat, dan hubungan yang sengit antara Dewan Negara dan cawangan eksekutif yang kian merosot.

Kerajaan Kuwait telah membuat sedikit kemajuan dalam pelan pembangunan ekonomi jangka panjangnya yang pertama kali diluluskan pada tahun 2010. Bagaimanapun di sebalik adanya usaha kerajaan dalam merancang untuk membelanjakan sehingga AS$104 bilion dalam tempoh empat tahun bagi mempelbagaikan ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan, dan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam ekonomi, banyak projek tidak menjadi kenyataan kerana keadaan politik yang tidak menentu atau penangguhan dalam pemberian kontrak.

Sementara itu, dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan bukan minyak, Kerajaan Kuwait pada bulan Ogos 2017 telah meluluskan rang undang-undang yang menyokong cadangan perlaksanaan cukai nilai ditambah yang dibuat oleh Majlis Kerjasama Teluk yang dijadualkan berkuatkuasa pada tahun 2018.


 Wallahua’alam (MMO).




No comments:

Post a Comment