Monday, June 25, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC : CAMEROON



PETA
 


  

  

GEOGRAFI

Republik Cameroon adalah sebuah republik kesatuan di Afrika tengah/ barat. Ia bersempadan dengan negara Nigeria di barat, negara Chad di timur laut, Republik Afrika Tengah di timur, dan Republik Kongo, Gabon, dan Guinea Khatulistiwa di selatan.

Negara ini mempunyai muka bumi seluas 475,440 km persegi dengan kawasan daratan seluas 472,710 km persegi dan kawasan perairan seluas 2,730 km persegi. Pantai Cameroon terletak di Teluk Bonny, sebahagian dari Teluk Guinea, dan Samudera Atlantik.

Negara ini disebut "Afrika dalam miniatur" kerana banyaknya ragam geologi dan budayanya. Muka bumi Cameroon memiliki pelbagai bentuk struktur seperti pantai, gurun, gunung, hutan hujan, dan savana. Titik tertinggi adalah Gunung Cameroon yang terletak di barat daya negara itu. 

Kota-kota terbesar di negara ini pula terdiri daripada Douala, Yaoundé, dan Garoua.



PROFAIL PENDUDUK



Cameroon memiliki penduduk seramai 24.9 juta orang (2017) yang terdiri daripada lebih dari 200 kelompok etnik dan bahasa. Etnik beragama Islam dianggarkan meliputi kira-kira 24 peratus daripada keseluruhan penduduk Cameroon sementara yang lainnya beragama Kristian dan agama-agama yang berunsurkan kepercayaan tradisi masyarakat Cameroon.
 
Kadar kepadatan penduduk Cameroon pula adalah 49 penduduk bagi setiap satu km persegi dan menduduki di tangga 68 sebagai negara paling padat di dunia dalam tahun 2016. Penduduk secara umumnya tertumpu di bahagian utara dan barat negara itu.

Bahasa Inggeris dan Perancis merupakan bahasa resmi di negara ini sementara di kawasan luar bandar dan pedalaman bahasa-bahasa suku lebih banyak digunakan.



SEJARAH RINGKAS


Wilayah yang sekarang dikenal sebagai Cameroon mula dihuni dalam zaman Neolitik (perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar) dengan penduduk terawal terdiri daripada kelompok-kelompok Pygmy. Kebudayaan Sao kemudiannya muncul di danau Chad sekitar 500M, dan digantikan selepas itu oleh kerajaan Kanem dan kemudianya kerajaan Bornu. Dalam pada itu berbagai kerajaan, fondom (raja yang memerintah sesuatu daerah), dan chiefdom (ketua yang menguasai sesuatu daerah) juga muncul di sebelah barat wilayah ini.

Pelaut dari Portugal sampai di pantai Cameroon pada tahun 1472. Mereka menamakan pantai tersebut sebagai Rio dos Camarões (sungai udang) setelah menemui udang yang banyak di pantai berkenaan. Dari nama inilah wilayah ini akhirnya ditukar menjadi Cameroon. 

Pedagang dan penggerak agama Kristian dari Eropah kemudiannya sampai ke Cameroon dan masuk ke kawasan pedalaman untuk menggerakkan misi agama mereka. Pada awal abad ke-19, Modibo Adama memimpin tentara suku Fula dalam jihad melawan orang-orang non-Muslim di utara dan dari situ mendirikan Emirat Adamawa. Orang-orang yang melarikan diri dari tentara Fulani ini kemudian menetap di berbagai daerah.

Dalam tahun 1884 Kekaisaran Jerman menjajah negara ini sehinggalah selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia II. Berikutan kekalahan Jerman Cameroon diletakkan di bawah mandat Liga Bangsa-Bangsa, dan dibahagikan menjadi daerah Perancis Cameroon dan daerah Britania Cameroon. Perancis kemudian menggabungkan ekonomi Cameroon dengan ekonomi Perancis dan memperbaiki infrastruktur, meningkatkan penanaman modal dan meningkatkan pengambilan pekerja terampil di samping meneruskan sistem perhambaan. 

Pihak British memerintah daerah mereka dari negara tetangga Nigeria. Hal ini menyebabkan Cameroon menjadi "koloni dari koloni" yang terabai. Mandat Liga Bangsa-Bangsa diubah menjadi United Nations Trusteeships pada 1946. 

Pada 1 Januari 1960, Cameroon mendapat kemerdekaan dari Perancis di bawah presiden Ahmadou Ahidjo. Pada 1 Oktober 1961, Southern Cameroons bergabung dengan tetangganya untuk membentuk Republik Federasi Cameroom. Partai politiknya, Cameroon National Union (CNU) menjadi satu-satunya partai politik di Cameroon sejak September 1966. 

Pada tahun 1972, sistem pemerintahan federasi diubah menjadi United Republic of Cameroon (Republik Kesatuan Cameroon) dengan Yaoundé dipilih sebagai ibukota pemerintahan. Ahidjo memilih kebijakan ekonomi dengan mengutamakan pertanian komersil dan dan pengeluaran minyak bumi. Bagaimanapun banyak projek Ahidjo yang menemui kegagalan disebabkan amalan nepotisme Ahidjo dengan menunjuk teman-temannya walaupun mereka tidak kompeten.

Ahidjo mengundurkan diri pada 4 November 1982, dan menunjuk penerusnya, Paul Biya. Namun Ahidjo tetap mengendalikan CNU, dan mencoba untuk memerintah negara dari belakang tirai sampai Biya, dan sekutu-sekutunya mendesak Ahidjo untuk mundur. Biya memulai masa pemerintahannya dengan bergerak ke arah demokrasi, namun terjejas berikutan berlakunya kudeta yang mengembalikan gaya pemerintahan politik Cameroon seperti sebelumnya. 

Krisis ekonomi terjadi pada pertengahan 1980-an hinggai akhir 1990-an berikutan keadaan ekonomi dunia yang gawat, cuaca kemarau, harga minyak yang jatuh, rasuah, dan penyelewengan kuasa. Ini memaksa Cameroon meminta bantuan asing, memotong pengeluaran negara, dan memprivatisasi industri. 

Bermula Disember 1990, sistem politik multiparti mula diperkenalkan. Sejak itu kelompok-kelompok Anglophone menuntut otonomi yang lebih besar. Malah, ada yang menuntut kemerdekaan sepertimana yang dilakukan oleh Republik Ambazonia yang terletak di bahagian barat negara itu.



POLITIK & PEMERINTAHAN

              

Presiden Cameroon adalah kepala negara, memiliki kuasa yang luas untuk membentuk dasar dan hala tuju negara, mengatur badan-badan pemerintah, mengepalai angkatan bersenjata, membicarakan, dan mengesahkan perjanjian, dan mengisytiharkan darurat. Presiden dipilih secara langsung setiap tujuh tahun. Di kota-kota kecil, penduduk memilih walikota. 

Bagaimanapun rasuah berlaku boleh dikatakan hampir di setiap peringkat pemerintahan. Pada 1997, Cameroon mewujudkan pejabat-pejabat khas bagi membendung gejala rasuah di hampir semua kementerian tetapi ditolak hanya 25% penjawat awam yang bekerja.  Dalam  bulan  Januari 2006, Biya memulakan gerakan anti rasuah di bawah pengawasan National Anti-Corruption Observatory.

Sistem perundangan Cameroon didasarkan pada hukum di Perancis dengan pengaruh common law. Sementara itu Majlis Kebangsaan  membuat hukum. Badan ini terdiri dari 180 anggota yang dipilih untuk tempoh setiap 5 tahun dan bersidang 3 kali setahun. Hukum disahkan oleh punggutan suara majoriti. Badan ini jarang menolak hukum yang diusulkan oleh Presiden. 

Konstitusi 1996 mendirikan Senat yang mempunyai keahlian seramai  100 orang. Namun lembaga ini belum pernah digunakan. Pemerintah mengakui kekuasaan pemimpin tradisional untuk memerintah di peringkat tempatan dan untuk menyelesaikan persengketaan sepanjang keputusan mereka tidak berlawanan dengan hukum nasional.

Partai Presiden Paul Biya, Cameroon People's Democratic Movement (CPDM) adalah satu-satunya partai politik yang sah sehingga Disember 1990. Berbagai partai politik yang berasaskan etnik dan agama telah muncul sejak saat itu. Pembangkang utama adalah Social Democratic Front (SDF), didukung sebahagian besarnya oleh daerah Anglophone, dan dipimpin oleh John Fru Ndi. 

Biya dan partinya telah mengendalikan kepresidenan dan Majlis Nasional melalui beberapa pilihan raya yang lalu. Bagaimanapun lawan-lawan politiknya menuduh bahwa beliau sebagai tidak adil. Berbagai organisasi Hak Asasi Manusia dalam pada itu menuduh pemerintah menekan kebebasan kelompok pembangkang dengan mengharamkan demonstrasi, membubarkan pertemuan, dan menangkap para pemimpin dan wartawan pembangkang. Freedom House memberi Cameroon peringkat "not free" dalam hal hak politik, dan kebebasan awam. 

Ketua Negara/ President:      Paul Biya (sejak 6 November 1982)

Ketua Kerajaan/Perdana Menteri:  Philemon Yang (sejak 30 June 2009)



EKONOMI



Dibandingkan dengan negara-negara Afrika yang lain ekonomi Cameroon secara relatifnya adalah stabil. Hal ini banyak disumbangkan oleh peningkatan dalam aktiviti pertanian, pembangunan infrastruktur, perkembangan dalam industri pengeluaran minyak, dan juga peningkatan dalam industri perkayuan. Bagaimanapun, ramai warga Cameroon tinggal dalam kemiskinan khususnya sebagai petani saradiri. Kekayaan negara yang dikawal oleh Presiden Paul Biya tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat akibat rasuah yang sudah sebati menjadi budaya penjawat awam. 

Dalam pada itu, Cameroon sepertimana dengan negara kurang membangun lainnya, juga dilanda dengan isu-isu ekonomi seperti pendapatan per kapita yang rendah dan statik, pengagihan pendapatan yang tidak merata, layanan awam yang tidak dibuat secara sama rata, dan iklim perniagaan yang tidak menarik minat pengusaha dan pelabur luar. 

Sejak 1990, pemerintah Cameroon telah melaksanakan berbagai program pembangunan ekonominya di bawah bantuan IMF dan Bank Dunia bertujuang untuk menarik pelaburan asing, meningkatkan kecekapan pengeluaran pertanian, meluaskan perdagangan dan menyusun semula system perbankan negara. IMF juga menganjurkan kepada Cameroon supaya melaksanakan lebih banyak reformasi ekonominya, termasuk transparansi dasar dan amalan perniagaan, melaksanakan program penswataan dan meningkatkan usaha bagi mengurangkan kemiskinan. 

Di sebalik kekurangan dari sudut pertumbuhan ekonomi, Cameroon beruntung kerana memiliki sumber alam semulajadinya yang sangat sesuai untuk aktiviti pertanian, pengeluaran hasil-hasil dan peternakan.

Pertanian bagaimanapun dilaksanakan oleh petani tempatan secara tradisional dengan menggunakan peralatan berteknologi rendah. Hasil pertanian saradiri Cameroon di antaranya adalah pisang, kako, kelapa sawit, dan teh. Tanaman yang diusahakan secara ladang pula antara lain termasuklah kopi, tebu, tembakau, kapas, dan kacang tanah.

Sementara itu hutan Cameroon mempunyai simpanan kayu yang besar dengan meliputi kira-kira 37 peratus keluasan muka bumi negara itu. Sebahagian besar kawasan hutan tersebut bagaimanapun sulit untuk dijangka seperti berada di tanah tinggi, bercerun dan tidak mempunyai akses kepada pengangkutan. Aktiviti pembalakan sebahagian besar diusahakan oleh syarikat asing yang mempunyai modal, peralatan dan kepakaran.



HUBUNGAN ANTARABANGSA





Cameroon adalah anggota Commonwealth of Nations, dan La Francophonie. Hubungan luar negara mereka lebih tertumpu kepada sekutu terdekat mereka, Perancis. Negara ini juga sangat bergantung pada Perancis dalam hal pertahanan. Biya telah berselisih dengan pemerintah Nigeria dalam hal pemilikan ke atas semenanjung Bakassi, dan dengan presiden Gabon El Hadj Omar Bongo mengenai urusan pribadi. Walaupun demikian, perang saudara terus menjadi ancaman utama dalam negeri berikutan mudahnya tercetus ketegangan antara kaum Kristian dan Muslim, dan antara kaum Anglophones dan Francophones.

Cameroon menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam tahun 1975 dan sejak itu turut aktif dalam penyertaannya di pelbagai program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh OIC. 




Wallahua'alam (MMO)

 

No comments:

Post a Comment