Friday, April 16, 2021

DIARI KEHIDUPAN XVI : UIGHUR DI SEPANJANG SUKU TAHUN PERTAMA 2021

 

Sebahagian daripada pekerja di kilang tekstil yang dipercayai merupakan buruh paksa Uighur

Setelah berlalunya tempoh suku tahun pertama (Januari - Mac) tahun 2021, termasuk peralihan kuasa pemerintahan negara yang sering dianggap berupaya untuk mengubah struktur geo-politik dunia, Amerika Syarikat (AS) dengan menyaksikan terlantiknya seorang pemimpin yang lebih waras dan dihormati, Joe Bidin, isu Uighur terus berkecamuk begitu sahaja tanpa menampakkan tanda-tanda ke arah pemulihannya.

Penafian demi penafian telah dibuat oleh pemimin Komunis Cina terhadap setiap serangan yang dibuat oleh pihak Barat berkaitan layanan China terhadap etnik Uighur, termasuk AS dan negara-negara kuasa besar di Eropah seperti UK, Peranchis, German dan Belanda. 

China terus cuba mempertahankan penempatan etnik Uighur di kem-kem yang dibangunkan itu adalah bertujuan untuk menyediakan mereka dengan peluang latihan di bidang vokasional di samping untuk mengubah nasib mereka agar tidak terpengaruh dengan gerakan pengganasan. 

Cina juga menafikan berlakunya apa yang disifatkan sebagai genosid sambil menyifatkan dakwaan tersebut sengaja diada-adakan bertujuan untuk menekan Cina dalam rundingan ekonomi dan perdagangan antara AS dan negara-negara Barat.

Apa pun, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2021 dapat kita saksikan bagaimana wujudnya kerjasama dan persefahaman di antara AS dan beberapa negara Barat dalam mengenakan tekanan ke atas China supaya menghentikan segera tindakan mereka yang bertentangan dengan hak asasi kemanusiaan etnik Uighur.

12 Januari 2021

UK Kecam 'Barbarisme Mengerikan' China Terhadap Minoriti Uighur

Kerajaan United Kingdom (UK) mendakwa tindakan China melakukan pelanggaran hak asasi manusia sebagai "barbarisme" terhadap minoritas Uighur. Berikutan itu, kerajaan UK telah memutuskan untuk mengenakan peraturan baru dalam melarang import barangan yang disyakki dihasilkan dengan menggunakan buruh paksa dari kalangan etnik Uighur.

Kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Luar UK, Dominic Raab di Parlimen UK itu antara lain menyifatkan tindakan China itu dilakukan pada "pada skala industri", tanpa mengendahkan seruan antarabangsa agar China memberi layanan kemanusiaan yang adil kepada etnik tersebut.

"Ini adalah barbarisme yang sangat dahsyat yang wujud di hadapan kami pada hari ini - di era di mana dunia sering berbicara tentang hak asasi kemanusiaan, salah satu anggota masyarakat antarabangsa yang kononnya terkemuka (China), telah terlibat secara terang-terangan dalam melanggarinya" kata beliau kepada Parlimen.

Berikutan itu, kerajaan UK dikatakan telah menggariskan rancangan untuk melarang syarikat-syarikat Britain yang secara sengaja atau tidak sengaja mengambil keuntungan, atau menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uighur di wilayah Xinjiang, China.

Langkah-langkah itu termasuk pengukuhan Undang-Undang Perbudakan Moden di UK untuk memperkenalkan denda bagi perniagaan yang tidak mematuhi peraturan ketelusan, memperluas undang-undang tersebut ke sektor awam, dan melakukan "siasatan mengejut" berkaitan kawalan import-eksport dari China, khususnya dari wilayah Xinjiang.

13 Januari 2021

AS Larang Semua Produk Kapas dan Tomato Dari Wilayah Xinjiang China

Amerika Syarikat (AS) mengenakan larangan pengimportan bagi seluruh produk kapas dan tomato dari wilayah Xinjiang, China atas dakwaan bahawa mereka produk tersebut dihasilkan dengan menggunakan tenaga buruh paksa dari kalangan Muslim Uighur yang ditahan. Demikian menurut kenyataan di pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) pada hari 13 Januari 2021.

Tindakan itu meliputi produk berupa serat mentah, pakaian dan tekstil yang diperbuat dari kapas yang ditanam di Xinjiang, serta produk makanan dan biji-bijian berasaskan tomato dari rantau itu. Larangan tersebut, yang dikenal sebagai perintah pelepasan, juga berlaku untuk produk yang diproses atau dikeluarkan di negara ketiga yang puncanya berasal dari Xinjiang, kata pegawai CBP kepada pihak media.

Agensi itu, yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS), menganggarkan bahawa produk kapas adalah sekitar $ 9 bilion dan produk tomato bernilai $ 10 juta telah diimport ke AS pada tahun lalu.

Pemangku Timbalan Setiausaha DHS, Kenneth Cuccinelli berkata, tindakan itu diharap dapat memberi mesej kepada pengimport bahawa "DHS tidak akan bertoleransi dengan buruh paksa dari jenis apa pun" dan syarikat-syarikat US  harus bersedia membasmi produk Xinjiang dari rantai bekalan mereka.

Pada bulan Disember tahun lalu, Kongres AS meluluskan Undang-Undang Pencegahan Tenaga Buruh Paksa Uighur yang menganggap bahawa semua barang yang dikeluarkan di Xinjiang dibuat dengan menggunakan buruh paksa dan oleh itu dilarang di bawah Akta Tarif Smoot-Hawley 1930, kecuali jika Pesuruhjaya CBP mengesahkan sebaliknya.

19 Januari 2021

Pentadbiran Trump Berpendapat China Melakukan ‘Genosida’ Uighur

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengatakan bahawa pemerintahan Trump telah merumuskan bahawa China telah melakukan "pembunuhan beramai-ramai dan kejahatan terhadap kemanusiaan" dalam penindasannya terhadap umat Islam Uighur di wilayah Xinjiang.

"Setelah meneliti fakta-fakta yang ada dengan teliti, saya telah memutuskan bahawa Republik Rakyat China, di bawah arahan dan kawalan Parti Komunis China, telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Uighur Muslim dan etnik minoriti lain di Xinjiang,” kata Pompeo dalam satu kenyataan media.

Kenyataan itu mengatakan "dokumentasi lengkap" peristiwa tersebut "mengesahkan bahawa sejak sekurang-kurangnya Mac 2017, pihak berkuasa tempatan secara dramatis meningkatkan kempen penindasan mereka selama puluhan tahun terhadap umat Islam Uighur dan anggota kumpulan minoriti etnik lain, termasuk etnik Kazakh dan etnik Kyrgyz" .

Rumusan itu dibuat sehari sebelum Presiden AS yang dipilih, Joe Biden, akan mengambil alih jawatan. Sebelum itu, kempen Biden turut menyifatkan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Xinjiang adalah jelas bersifat tindakan genosid sambil mendesak China segera menghentikannya.

6 Februari 2021

Blinken Tekan China Berkaitan Isu Uighur, Tibet, Hong Kong dan Myanmar dalam Panggilan Telefon Pertama

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mendesak Beijing untuk memperbetulkan dasar serta tindakan mereka yang bercanggah dengan kehendak antarabangsa berkaitan isu Uighur, Tibet, Hong Kong dan rampasan kuasa di Myanmar dalam perbincangan pertama antara pegawai tinggi kedua-dua negara itu sejak Presiden Joe Biden memegang jawatan.

"Saya menjelaskan bahawa AS akan mempertahankan kepentingan nasional kita, membela nilai-nilai demokratik kita, dan membuat pertanggungjawaban Beijing atas penyalahgunaan sistem antarabangsa," kata Blinken di Twitter mengenai panggilannya dengan pegawai kanan China, Yang Jiechi.

Blinken memberitahu bahawa Amerika Syarikat "akan terus memperjuangkan hak asasi manusia dan nilai-nilai demokratik, termasuk di Xinjiang, Tibet dan Hong Kong," kata pernyataan Jabatan Negara mengenai panggilan itu, yang berlangsung pada hari Jumaat.

11 Februari 2021

China Sekat Siaran BBC World News Kerana Dianggap Melanggar  Etika Penyiaran di China

Saluran televisyen Britain, BBC World News dilarang ditayangkan di China, kata Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional pada hari Jumaat, seminggu selepas pihak berkuasa media United Kingdom menyekat siaran media negara China, China Global Television Network (CGTN).

Dalam pernyataan yang dikeluarkan itu, pihak pentadbiran mengatakan bahawa siasatan mendapati laporan yang disiarkan berkaitan dengan China menerusi BBC News telah "melanggar undang-undang" secara serius, termasuk berita itu harus benar dan adil, serta telah merugikan kepentingan nasional China dan merosakkan perpaduan nasional.

Oleh itu, saluran tersebut tidak memenuhi syarat untuk penyiaran saluran asing di China dan permohonannya untuk ditayangkan selama satu tahun lagi tidak akan diterima, tambahnya.

BBC World News yang berbahasa Inggeris sepenuhnya tidak termasuk dalam pakej umum saluran TV di China, namun terdapat di beberapa hotel dan kediaman yang dibenarkan.

Dalam satu kenyataan, BBC mengatakan bahawa ia "kecewa" dengan keputusan itu.

22 Februari 2021

China Dicabar Pada Pertemuan PBB Berkaitan Akses ke Xinjiang

UK dikatakan akan meminta agar PBB diberikan akses untuk bergerak secara lebih meluas di Xinjiang untuk menyiasat laporan penindasan etnik Uighur di wilayah itu oleh pihak berkuasa China.

Setiausaha Luar UK, Dominic Raab dilaporkan akan merujuk kepada laporan pelanggaran hak asasi kemanusiaan di Xinjiang, termasuk penyiksaan, buruh paksa dan pensterilan wanita secara paksa yang dikatakan berlaku secara besar-besaran.

"Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, atau pakar pencari fakta bebas lain, mesti - dan saya ulangi mesti - diberi akses segera dan tidak terikat untuk ke Xinjiang."

China telah dikutuk secara meluas oleh dunia antarabangsa kerana menahan ratusan ribu orang di Xinjiang dan menempatkan mereka dalam apa yang disebutnya sebagai "pusat latihan vokasional" yang menurut kerajaan China, diperlukan untuk menghapuskan "ekstremisme" dan memberi kemahiran baru kepada belia-belia Uighur. 

Sebelum ini, Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet, telah meminta China untuk mengizinkannya mengunjungi wilayah tersebut secara “tanpa sekatan” sejak Disember 2018. Namun permintaan tersebut tidak mendapat perhatian di pihak kerajaan China.

Beijing sebelumnya mengatakan akan menyambut pegawai PBB di Xinjiang dengan syarat mereka menjauhkan diri dari urusan dalaman negara itu.

24 Februari 2021

China Bakal Melibatkan Uighur dengan lebih banyak pendakwaan, hukuman penjara: HRW

China telah secara dramatis meningkatkan pendakwaan terhadap minoriti Muslim di Xinjiang melalui sistem pengadilan yang disangsikan bertujuan memberikan hukuman penjara yang panjang untuk tuduhan meragukan seperti terlibat dengan protes dan memberikan hadiah kepada saudara-mara di luar negara, kata sebuah kumpulan hak asasi di wilayah itu.

Hukuman jenayah ini adalah tambahan kepada penahanan sekitar satu juta orang Uighur dan minoriti Muslim yang lain terutama di kem tahanan di wilayah Xinjiang.

Lebih dari 250,000 orang di wilayah barat laut China telah dihukum dan dipenjarakan secara rasmi sejak 2016, menurut Human Rights Watch (HRW).

"Walaupun terdapat kesahihan terhadap beberapa kesalahan yang dilakukan, ramai di antara mereka yang dipenjarakan di Xinjiang adalah orang biasa yang disabitkan kerana menjalani kehidupan dan melaksanakan  ibadat yang dituntut oleh agama mereka," kata seorang penyelidik di HRW, Maya Wang, dalam satu kenyataan kepada pihak media.

10 Mac 2021

China Lakukan Pembunuhan Beramai-ramai Terhadap Uighur

Sebuah badan pemikir AS menuduh pemerintah China melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Uighur Muslim di Xinjiang, dengan mengatakan ia telah menemukan "bukti yang jelas dan meyakinkan" bahawa Beijing melanggar "setiap tindakan" yang dilarang oleh konvensyen PBB berkaitan genosid.

Dalam laporannya, Institut Strategik dan Pemikiran Umum mengatakan Presiden China, Xi Jinping, menggerakkan pelbagai usaha untuk melenyapkan etnik Uighur sebagai sebuah kelompok etnik di China tatkala negara itu aktif dalam memerangi pengganasan di wilayah Xinjiang sejak tahun 2014.

Pegawai China melaksanakan apa yang disifatkan sebagai kempen penahanan besar-besaran, pembunuhan pemimpin Uighur, pensterilan paksa, memisahkan anak-anak dari keluarga mereka, dan menghancurkan identiti kumpulan Muslim, termasuk dengan merobohkan masjid dan tempat suci lain.

Kerajaan Amerika Syarikat, parlimen Kanada dan Belanda telah melabelkan perlakuan China terhadap Uighur sebagai tindakan genosid dan telah mengambil beberapa langkah dalam melaksanakan sekatan perjalanan ke atas beberapa pegawai China yang didapati terlibat dalam melanggari hak asasi kemanusiaan etnik Uighur di Xinjiang.

19 Mac 2021

Amnesty Kecam 'Tragedi Pemisahan Keluarga Uighur' Xinjiang

Amnesty International telah meminta China untuk mengizinkan orang tua Uighur yang diasingkan untuk bersatu kembali dengan anak-anak mereka di Xinjiang tanpa rasa takut untuk dihantar ke kem tahanan yang "menindas".

Kumpulan hak asasi manusia pada hari Jumaat mengeluarkan laporan baru yang menggambarkan nasib enam keluarga yang tinggal di luar China yang telah terputus dari anak-anak mereka sejak tahun 2017, ketika Beijing meningkatkan tindakan kerasnya terhadap Uighur, menahan lebih dari satu juta anggota minoriti Muslim di dalam kem yang dikaburi sebagai  "pusat latihan kemahiran vokasional".

Pada masa itu, terdapat ramai ibu bapa yang telah melarikan diri dari Xinjiang kerana bimbang adanya gangguan polis sementara ada yang lain keluar dari Xinjiang bagi mendapatkan pendidikan dan pekerjaan. Mereka dikatakan telah meninggalkan seorang atau lebih anak-anak mereka untuk menjaga keluarga di kampung halaman mereka.

Mereka menaruh harapan akan dapat segera bersatu kembali dengan anak-anak mereka, “tetapi kempen penahanan kejam di Xinjiang meletakkan mereka dalam situasi yang mustahil" untuk berbuat demikian, kata Alkan Akad, penyelidik Amnesty di China.

22 Mac 2021

Parlimen Australia Bahas Usul Penindasan Terhadap Uighur di Xinjiang

Parlimen Australia telah memperdebatkan usul untuk mengecam China atas "pelanggaran serius dan sistematik" hak Uighur di wilayah Xinjiang, seminggu selepas pemerintah menyekat resolusi Parlimen itu yang menyatakan perlakuan Beijing terhadap minoriti Muslim sebagai genosid.

Usul hari Isnin, yang mendapat sokongan daripada anggota semua pihak utama, mendesak PBB untuk menyiasat penahanan lebih dari satu juta orang Uighur dalam apa yang digambarkannya sebagai "pusat latihan vokasional" dan meminta pemerintah Australia untuk memastikan negara itu tidak terlibat dengan apa jua urusniaga dengan China yang berpunca dari penggunaan buruh paksa dari wilayah Xinjiang.

Ia juga mengakui bahawa parlimen dan pemerintah beberapa negara besar yang lain, termasuk Amerika Syarikat, Inggeris, Belanda dan Kanada, telah melabel tindakan China di Xinjiang sebagai genosida.

Bercakap di Parlimen, Kevin Andrews, dari parti Liberal yang berkuasa di Australia, mengatakan "penyalahgunaan hak asasi manusia yang paling mengerikan dan sistematik di dunia telah berlaku di Xinjiang".

29 Mac 2021

China Serang Negara-negara Barat dan Firma Yang Memboikot Kapas Xinjiang

China telah menuduh Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah sebagai terlibat dalam kempen yang bertujuan untuk mengacaukan negara itu dan menegur Badan Hak Asasi Antabangsa yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai buruh paksa di wilayah barat laut Xinjiang.

Seorang jurucakap pemerintah daerah di Xinjiang dilaporkan telah menolak tuduhan tersebut - bahawa pihak berkuasa China melakukan pembunuhan beramai-ramai dan melanggar hak asasi kemanusiaan etnik Uighur dan etnik Muslim Turki yang lain. Beliau juga menggambarkan tuduhan itu sebagai “tuduhan palsu terbesar dalam sejarah manusia".

Kenyataan itu juga turut memberi peringatan kepada syarikat-syarikat Barat agar tidak terlibat dalam meluaskan lagi keretakan yang sedia wujud dalam hubungan China-Barat yang didakwa bertujuan menekan China bagi memenuhi kepentingan pihak Barat dalam hubungan ekonomi dan perdagangan China dengan kuasa-kuasa berkenaan.


Wallahu a’alam (MMO)



No comments:

Post a Comment