![]() |
Sebahagian daripada masyarakat Uighur di Washington yang menunjukkan bantahan di atas penindasan kerajaan China |
Tempoh sepanjang suku tahun kedua, 2019 terus memperlihatkan keadaan tidak menentu dalam kehidupan etnik Uighur di Xinjiang, China. Mereka terus ditindas dan dikenakan dengan tindakan berunsur kekejaman tanpa alasan yang kukuh di pihak berkuasa China.
Mereka bukan sahaja dihalang daripada melaksanakan dengan bebasnya amalan agama seperti sembahyang dan puasa, malah ditegah daripada menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.
Dalam tempoh ini juga wujud beberapa usaha di peringkat antarabangsa untuk membela nasib etnik Uighur. Namun, sehingga kini tidak ternampak satu pun usaha yang benar-benar konkerit yang boleh diharap untuk membebaskan Uighur daripada tekanan dan kekejaman yang dihadapi mereka.
Berikut, saksikan beberapa perkembangan yang berlaku dalam tempoh liputan agar kita sama-sama dapat mengikuti dan memahami musibah yang menimpa nasib saudara seagama kita yang malang itu.
Cacatan Peristiwa Penting
Sepanjang April – Jun 2019
Tarikh
|
Catatan Peristiwa
|
27.04.2019
|
Ketua PBB membisu mengenai nasib Uighur dalam lawatan
ke China
Aktivis hak asasi manusia tidak senang dengan lawatan ke China oleh ketua
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres
dituduh mengabaikan apa yang dikatakan para aktivis sebagai penganiayaan kaum
minoriti Uighur Muslim.
Guterres berada di Beijing untuk mengadakan sidang kemuncak menandakan
inisiatif keamanan dan pembangunan di China, merangkumi rangkaian
infrastruktur dan projek perdagangan global berskala besar yang dikaitkan
dengan China - sesuatu yang dengan sendirinya mencetuskan kontroversi.
Guterres dipersalahkan kerana dalam ucapannya beliau tidak menyebut
langsung mengenai nasib masyarakat
Uighur di Xinjiang, sesuatu yang dianggap amat malang oleh kumpulan hak asasi
manusia mengambilkira beribu-ribu etnik Uighur yang ditahan secara
sewenang-wenangnya di kem-kem tahanan oleh pihak berkuasa China.
|
02.05.2019
|
China menggunakan aplikasi mudah alih untuk mengawasi
pergerakan etnik Uighur
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Antarabangsa (Human Rights Watch
- HRW) mendakwa pihak berkuasa China telah menggunakan aplikasi eletronik bagi
mengumpul maklumat peribadi etnik Uighur dengan meminta para pegawai untuk
memfailkan laporan tentang setiap orang etnik Uighur dan tingkah laku mereka.
Laporan HRW berkenaan menyebutkan Polis China menggunakan aplikasi mudah
alih untuk menyimpan data mengenai 13 juta etnik minoriti Uighur dan Muslim
Turki lain di wilayah Xinjiang. Aplikasi ini, yang dikenali sebagai Platform
Operasi Bersama Bersepadu, digunakan untuk menyimpan maklumat dari ketinggian
dan berat individu membawa kepada imbasan wajah.
Laporan itu juga turut menyebutkan bahawa pihak berkuasa Xinjiang melihat
36 kategori tingkah laku yang diteliti, termasuk mereka yang tidak bersosial
dengan jiran, sering mengelakkan menggunakan pintu depan, tidak menggunakan
telefon pintar, mendermakan kepada masjid, dan menggunakan dengan banyaknya
bekalan kuasa elektrik.
"Matlamatnya adalah untuk mengenal pasti corak, dan meramalkan,
kehidupan seharian dan penentangan penduduknya, dan, akhirnya, untuk menilai
dan mengawal realiti," kata HRW dalam laporan itu.
Bersama dengan mengumpul maklumat peribadi, aplikasi itu meminta para
pegawai untuk memfailkan laporan tentang aktiviti setiap orang dan
pihak-pihak yang mencurigakan dengan menghantar "misi penyiasatan"
untuk pihak polis bertindak secara lebih lanjut.
Pegawai juga diminta untuk memeriksa sama ada suspek menggunakan
mana-mana 51 alat internet yang dianggap mencurigakan, termasuk platform
pemesejan popular di luar China seperti WhatsApp dan Telegram.
Beberapa orang berkata mereka atau ahli keluarga mereka telah ditahan
kerana mempunyai WhatsApp atau Rangkaian Peribadi Maya (VPN) dipasang pada
telefon mereka semasa pemeriksaan oleh pihak berkuasa, menurut laporan itu.
|
08.05.2019
|
Penyiasatan Badan Penyiasat Bebas menunjukkan
sekurang-kurangnya 33 tapak Islam sebahagiannya atau sepenuhnya dimusnahkan
sejak 2016.
Sekurang-kurangnya 31 buah masjid dan dua pusat pembelajaran Islam utama
di Xinjiang, China telah sebahagiannya atau sepenuhnya dihancurkan sejak
2016, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah badan penyiasat
bebas, Guardian & Bellingcat.
Pendedahan tersebut dibuat berdasarkan analisa imej satelit yang
menunjukkan berpuluh-puluh binaan berupa masjid dan pusat-pusat pembelajaran
Islam itu nampak "telah sepenuhnya atau hampir sebahagian besarnya
hancur".
Laman sesawang badan penyiasatan yang berpengkalan di United Kingdom itu
turut menyebutkan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang ada, ianya
mengesahkan betapa adanya gerakan
keseluruhan di pihak berkuasa Cina untuk melaksanakan apa yang boleh
disifatkan sebagai genosid kebudayaan, termasuk penubuhan rangkaian kem
tahanan, lokasi-lokasi penyeksaan, perkahwinan paksa dan pemaksaan terhadap
program yang cuba 'mencinakan' sepenuhnya etnik Uighur..
Antara tapak yang dimusnahkan sepenuhnya adalah Masjid Imam Asim, yang
digunakan untuk menarik ribuan jemaah Uighur melalui pelbagai aktiviti
keagamaan setiap tahun.
|
10.05.2019
|
Amerika Syarikat lahirkan
kebimbangan di atas lawatan Voronkov ke Cina
Timbalan Setiausaha Negara AS, John Sullivan dikatakan telah menghubungi
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres "untuk menyampaikan kebimbangan
yang mendalam" mengenai cadangan lawatan Ketua Unit Anti Pengganasan
PBB, Vladimir Voronkov ke China memandangkan Beijing terus melaksanakan kempen
penindasannya terhadap etnik Uighur dan umat Islam yang lain dengan
berselindungkan di sebalik alasan untuk memerangi janayah dan pengganasan.
Sullivan menyatakan bahawa kunjungan wakil PBB ke China itu sangat tidak sesuai memandangkan kempen
penindasan yang belum pernah terjadi sebelumnya berlaku secara berleluasa di
Xinjiang terhadap etnik Uighur, Kazakh, Kyrgyz, dan Muslim lain. Sullivan
malah turut menjangkakan lawatan tersebut bakal meletakkan reputasi dan
kredibiliti PBB dalam keadaan yang amat berisiko.
China telah dikecam di peringkat antarabangsa kerana menubuhkan kem-kem
tahanan yang cuba diprojekkan sebagai pusat-pusat latihan pendidikan
yang dapat memberi orang kemahiran
kepada etnik Uighur. Negara-negara Barat bimbang lawatan Voronkov akan
mengesahkan justifikasi China terhadap operasi pemusnahan ke atas pusat-pusat
berkenaan.
|
o1.06.2019
|
Etnik Islam Uighur dilarang
berpuasa di bulan Ramadan
Terdapat laporan wujudnya tindakan di pihak
berkuasa China yang melarang umat Islam Uighur daripada berpuasa pada bulan
Ramadan. Intimidasi yang meluas - bermula dari dalam masjid membawa ke
rumah-rumah dikatakan telah menyebabkan etnik Uighur bukan sahaja tidak
berani berpuasa, malah tidak berani menjawab ucapan salam, sementara gerai
makan dan restoran dipaksa untuk tetap dibuka pada waktu siang hari.
"Di sekolah dan di pejabat, pihak
berkuasa tempatan menyediakan air dan makanan untuk waktu makan tengah hari
dengan memaksa anda untuk makan dan minum," kata Dolkun Isa, Presiden
Kongres Sedunia Bagi Etnik Uighur.
Pegawai tempatan dikatakan turut meningkatkan
pemeriksaan ke rumah-rumah kediaman untuk memastikan etnik Uighur tidak
secara diam-diam mengamalkan amalan puasa dan mematuhi setiap notis kerajaan
yang dipaparkan dalam talian berkaitan beberapa larangan terhadap umat Islam
Uighur di sepanjang berlangsungnya bulan Ramadan.
|
18.06.2019
|
Usaha kerajaan Cina bagi
menghapuskan penggunaan bahasa Uighur
Satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah
badan kajian sosial di China menyebutkan bahawa bahasa Uighur yang kini
menjadi bahasa pertuturan bagi lebih 11 juta etnik Uighur di Xinjiang kini
terdedah kepada bahaya penghapusan berikutan adanya usaha di pihak berkuasa
China untuk melarang penggunaan bahasa tersebut melalui beberapa pendekatan.
Dalam bidang pendidikan, bahasa Mandarin telah
digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengajaran, termasuk di sekolah-sekolah
yang menempatkan pelajar-pelajar berketurunan etnik Uighur. Dalam bidang
perdagangan, kedai-kedai buku membataskan penjualan penerbitan dalam bahasa
Uighur. Pada tanda jalan dan lambang universiti, tulisan Uighur telah
dikeluarkan. Dan dalam domain peribadi, etnik Uighur ditekan untuk
menggunakan bahasa Mandarin dalam apa jua urusan bagi menunjukkan kesetiaan
mereka terhadap kerajaan China.
Penggunaan bahasa Mandarin yang dipaksakan
sebagai bahasa komunikasi ini juga diperluaskan kepada unit-unit kediaman
yang dikendalikan oleh kerajaan, seperti kem-kem pemulihan di mana hampir
tiga juta orang etnik Uighur dipenjarakan, di rumah-rumah anak yatim, dan di
pusat-pusat kegiatan sosial dan kemasyarakatan.
Tindakan ini merupakan serangan oleh Parti
Komunis China ke atas komuniti Uighur, untuk mengganggu kesinambungan bahasa
Uighur, dan untuk menggantikannya dengan bahasa Mandarin.
|
Wallahu’alam (MMO)
No comments:
Post a Comment