Thursday, May 24, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC: BANGLADESH


 
PETA





 
 

 GEOGRAFI



Negara Bangladesh terletak di Asia Selatan dengan berkongsi sempadan dengan negara India di sebelah utara, timur dan barat, dengan Myanmar di sebelah tenggara dan Teluk Benggala di bahagian selatan.

Luas wilayah negara Bangladesh adalah 144.0 kilometer persegi, terdiri daripada tanah daratan seluas 133.9 kilometer persegi dan kawasan perairan seluas 10.1 kilometer persegi. 

Negara ini beriklim Monsun Tropika di mana musim dingin ringan berlaku antara bulan Oktober-Mac; musim panas lembab antara bulan Mac-Jun; dan musim hujan monsun antara bulan Jun-Oktober.

Keadaan muka bumi Bangladesh sebahagian besarnya adalah terdiri daripada dataran landai, sementara kawasan berbukit tertumpu di sebelah tenggara negara itu. Sumber air di negara ini sebagian besar datang dari kawasan delta sungai besar yang mengalir dari Himalaya, gabungan unit sungai Gangga dengan Jamuna yang mengalir  ke Meghna dan  berakhir ke Teluk Bengal. 

Dengan kedudukan negara ini yang berada dalam laluan angin monsun, Bangladesh sangat terdedah kepada ancaman banjir besar yang melanda negara itu pada hampir setiap tahun. Sementara itu, musim panas yang agak panjang antara awal hingga ke pertengahan tahun pula menyebabkan berlakunya kemarau yang sering menjejaskan aktiviti pertanian di Bangladesh.
 

PROFAIL PENDUDUK




Jumlah penduduk Bangladesh adalah seramai 147.4 juta orang (Julai 2006), terdiri daripada jantina laki-laki seramai 75.6 juta orang dan jantina perempuan seramai 71.8 juta orang. 

Pertumbuhan penduduk di negara ini adalah sebanyak 2.0% (2006) manakala kadar kesuburan adalah pada kadar 3.11 anak lahir/wanita. Jangka hayat penduduk Bangladesh pula adalah 62.5 tahun dan purata umur penduduknya adalah 22.2 tahun.

Komponan penduduk Bangladesh majoritinya adalah terdiri daripada suku Bengali iaitu sebanyak 98.0%, manakala kelompok suku lain adalah sebanyak 2.0%. 

Agama yang terdapat di negara ini adalah terdiri daripada agama Islam iaitu sebanyak 83.0%, Hindu, 16.0%, dan agama-agama lain sebanyak 1.0%. 

Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Bengali, sementara kadar celik huruf pula berada pada purata 43.0% iaitu 54.0% dalam kalangan penduduk lelaki dan 32.0% penduduk perempuan (bancian 2003).



SEJARAH RINGKAS




Sejarah awal Bengadesh dipercayai bermula sekitar tahun 1000 SM tatkala suku Bang, termasuk orang Dravida didesak keluar dari sungai Gangga oleh suku Indo-Arya. Kawasan yang baru diduduki oleh suku Bang kemudian dikenal sebagai Bengala. Pada abad ke-3 SM kekaisaran Maurya memperluaskan wilayahnya hingga meliputi kawasan itu. Pada masa yang sama Budhisme tersebar di wilayah itu di bawah kepemimpinan pemerintah Kaisar Asoka. Bengala kemudiannya berada di bawah penguasaan kekaisaran Hindu Gupta.

Pada abad ke-9, Dinasti Pala mulai memerintah Bengala. Pemerintahan yang berjalan selama tiga abad oleh raja-raja Pala dianggap oleh masyarakat Bengala sebagai period klasik bagi sejarah negara itu. Pada period itu terjadinya pengembangan seni dan pembentukan budaya Bengala yang jelas. Selama 6 abad dari abad ke-13 hingga abad ke-18, Bengala berada di bawah pemerintahan Muslim.

Pada period ini Islam tersebar dengan pesat di Bengala sehingga menjadikan pengaruh Islam bertapak dengan kukuh di negara itu hinggalah sekarang. Namun, disebabkan kuatnya pengaruh keagamaan Hindu Kuno yang wujud sebelum kedatangan Islam, amalan agama Islam dalam kalangan masyarakat Bengala pada awalnya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu Kuno tersebut seperti yang terserlah dalam upacara-upacara sosial dan keagamaan.

Sejarah moden Bangladesh boleh dianggap bermula pada abad ke-18 ketika mana wilayah Bengala pada masa itu masih berupa sebahagian daripada wilayah besar India yang berada di bawah pengawasan Inggeris. Pada tahun 1947 pihak Inggeris mengakhiri dominasi pemerintahannya di India. Selepas merdeka Liga Muslim mendesak pemisahan bagi sebuah wilayah penduduk Islam dari India yang kemudiannya menyaksikan terbentuknya negara Pakistan. Di awal pembentukan Pakistan negara baru itu terpisah kepada dua bahagian iaitu Pakistan Timur dan Pakistan Barat.

Bagaimanapun hubungan di antara kedua-dua wilayah ini tidak berpanjangan berada dalam keadaan yang baik. Perbezaan dari sudut budaya dan bahasa semakin lama semakin menjarakkan hubungan kedua-dua buah wilayah.

Dalam pemilihan legislatif yang diselenggarakan pada tahun 1970, majoriti kerusi telah dimenangi oleh Liga Awami Pakistan Timur pimpinan Syekh Mujibur Rahman (Mujib) yang menuntut otonomi lebih besar bagi wilayah Timur. Ketika pemerintah pusat mencegah calon-calon yang terpilih itu untuk menduduki kerusi masing-masing dengan menunda pembukaan Dewan Pembuat Undang-undang pada tahun 1971, maka tercetuslah kerusuhan dan kekacauan di Pakistan Timur.

Ini menyebabkan Pakistan Barat mengambil tindakan menekan Pakistan Timur. Seikh Mujib ditahan dan dianggarkan 10,000 orang Bengali melarikan diri ke India. Insiden perbatasan antara Pakistan dan India akhirnya mengakibatkan perang pendek yang berakhir dengan kekalahan Pakistan Barat. Pakistan Timur bangkit mengistyharkan kemerdekaanya sebagai sebuah negara baru, Bangladesh, dengan Mujib sebagai Perdana Menteri pertama pada tahun 1972. Mujib kemudian menjadi Presiden Bangladesh.

Bangladesh yang dilanda kecamuk perang dalam masa yang sama berhadapan dengan masalah ekonomi dan sosisal yang amat besar. Perselisihan politik kemudiannya menambah kekacauan di negara itu. Pada tahun 1975 Presiden Mujib tewas ketika terjadi serangan rampasan kuasa yang dilancarkan oleh pihak tentera. Pemerintahan di bawah kuasa tentera berlangsung hingga tahun 1977, ketika mana Jenderal Zia ur Rahman (Zia) memegang tampuk pemerintahan sebagai Presiden.

Pada tahun 1981, Zia ur Rahman terbunuh dalam satu lagi peristiwa rampasan kuasa tentera. Pada tahun 1982 Jenderal Hossein Mohammed Ersyad (Ketua Staf Angkatan Darat) memegang tampuk  pemerintahan Bangladesh sebagai Presiden, Ketua Pentadbir dan Ketua Dewan Menteri.

Seteleh penundaan berkali-kali, pemilihan untuk dewan pembuat undang-undang (Jatiya Sangsad) diselenggarakan pada tahun 1986. Dalam pemilihan itu, majoriti kursi dimenangi oleh partai Jatiya yang pro pemerintah, tetapi hasil pemilihan telah dicabar oleh lawan Ersyad yang menuduh adanya penipuan dan ancaman terhadap pemilih.

Keadaan tersebut menyebabkan Bangladesh berterusan dalam keadaan tidak stabil sehingga menjadi salah satu negara termiskin di dunia.



 POLITIK & PENTADBIRAN



Bangladesh merupakan negara kesatuan yang memiliki sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Presiden adalah kepala negara dengan fungsinya banyak tertumpu kepada upacara-upacara kenegaraan. Kuasa eksekutif pemerintahan dipegang oleh Perdana Menteri, yang merupakan ketua pemerintahan. Presiden dipilih oleh badan legislatif setiap 5 tahun dan memiliki kekuasaan yang terbatas. 

Perdana Menteri dipilih melalui upacara pemilihan oleh Presiden serta harus menjadi anggota parlimen dan mendapat kepercayaan majoriti anggota parlimen. Kabinet pula terdiri daripada para menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri dan diperkenankan oleh Presiden. Parlimen Bangladesh, Jatiyo Sangshad, dipilih oleh rakyat melalui pemilihan suara terbanyak dari konstitusi wilayah untuk menduduki jabatannya selama 5 tahun. 

Dua parti utama di Bangladesh ialah Partai Nasionalis Bangladesh (PNB) dan Liga Awami. PNB bersekutu dengan parti Islam seperti Jamaat-e-Islami Bangladesh dan Islami Oikya Jote, sedangkan Liga Awami bersekutu dengan parti kiri dan sekular. Parti-parti lain ialah Partai Jatiya, diketuai oleh mantan pemerintah tentera, Ershad. Persaingan Liga Awami-BNP memuncak dengan terjadinya demonstrasi, kekerasan, dan pembunuhan. Politik mahasiswa turut memainkan peranan sehingga hampir semua parti memiliki sayap mahasiswa masing-masing.

Dua partai Islam, Jagrata Muslim Janata Bangladesh (JMJB) dan Jamaat-ul-Mujahideen Bangladesh (JMB) dianggap radikal dan diharamkan kegiatannya pada Februari 2005. Kedua-dua parti ini dipercayai terlibat dalam beberapa peristiwa serangan bom berskala kecil yang terjadi sejak tahun 1999. Ini membawa kepada penahan anggota parti-parti tersebut yang dipercayai terlibat. 

Ketua Negara (sekarang): Presiden Abdul HAMID (sejak April 2013)

Ketua Pemerintahan : Perdana Menteri Sheikh HASINA (sejak Januari 2009)



  EKONOMI




Walaupun dikategorikan sebagai negara miskin, ekonomi Bangladesh masih dianggap sebuah ekonomi yang berkembang dengan pendapatan per kapita pada 2008 mencatatkan angka sebesar $520.00 setahun. Bank Dunia dalam laporannya mengenai inisiatif negara-negara sedang membangun pada tahun 2005 telah mencatatkan Bangladesh sebagai sebuah negara yang membuat kemajuan pesat dalam pengembangan sumber manusia dengan fokus diberikan kepada pemberantasan tingkat buta huruf, penyetaraan gender di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi, dan perancangan keluarga yang positif.

Hasil jut pernah menjadi penyumbang utama ekonomi Bangladesh dengan eksportnya memuncak pada masa Perang Dunia II dan akhir tahun 1940-an, iaitu pada kadar 80% daripada keseluruhan eksport negara. Di awal 1970-an eksport jut terus bertahan di sekitar 70% daripada nilai eksport Bangladesh. Namun, produk polimer kemudiannya sedikit demi sedikit menggantikan produk jut sebagai eksport utama Bangladesh disamping beberapa produk lain seperti padi, teh, dan biji sawi.

Pada masa ini dianggarkan lebih dari tiga perempat hasil eksport Bangladesh adalah datangnya dari industri pakaian. Industri ini mulai menarik pelabur asing pada tahun 1980-an kerana upah buruh yang murah dan nilai tukar mata wang asing yang rendah. Pada tahun 2002, nilai eksport industri pakaian mencatatkan jumlah sebanyak $5 bilion. Industri ini kini menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai 3 juta warga Bangladesh, terutama kaum wanita. Di samping hasil eksport, Bangladesh juga memperoleh hasil negara melalui wang yang dihantar pulang oleh rakyatnya yang berkerja di luar negara.

Bagaimanapun wujud beberapa rintangan bagi pertumbuhan mampan ekonomi Bangladesh. Antaranya ialah ancaman ribut taufan dan banjir yang berlaku hampir setiap tahun, perusahaan milik negara yang tidak efisyen, kemudahan pelabuhan yang disalah urus, penggunaan sumber daya tenaga yang tidak efisyen (seperti gas asli), reformasi ekonomi yang perlahan, perbalahan politik, dan rasuah. 

Bagaimanapun, di sebalik adanya berbagai rintangan, sejak 1990 Bangladesh telah mencapai tingkat pertumbuhan tahunan pada purata 5%. Bangladesh juga mencapai kemajuan yang memberangsangkan dari sudut perolehan pelaburan asing secara langsung. Sejumlah perusahaan multinasional, termasuk Unocal Corporation dan Tata merupakan antara penyumbang pelaburan asing yang utama dengan keutamaan pelaburan adalah dalam sektor gas asli. 

Pada tahap ini prospek pertumbuhan ekonomi Bangladesh dijangka akan mampu mencapai kedudukan yang lebih baik pada tahun-tahun yang mendatang. Dalam konteks ini, Bank Dunia meramalkan ekonomi Bangladesh mungkin mampu tumbuh sekitar 6.4% pada tahun 2017 dan 6.8% pada tahun 2018.



 HUBUNGAN ANTARABANGSA





Bangladesh mempunyai dasar luar negeri yang sederhana bersandarkan kepada diplomasi multinasional. Pada tahun 1974, negara ini bergabung dengan Persemakmuran dan Perserikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan telah terpilih sebagai anggota tidak tetap Dewan Keamanan PBB pada 1978–1979 dan 2000–2001. Pada tahun 1980-an, Bangladesh memainkan peranan penting dalam pembentukan South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC) untuk meningkatkan hubungan dengan negara-negara Asia Selatan lainnya.

Dewasa ini hubungan luar negeri Bangladesh yang paling penting adalah  dengan India. Hubungan India dengan Bangladesh bermula dengan baik kerana India pernah membantu Bangladesh mencapai kemerdekaannya. Selain India, Bangladesh juga mempunyai hubungan rapat dengan China. Antara tahun 2006 hingga 2007, perdagangan antara kedua negara meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 28.5%. Bangladesh juga telah diberikan akses bagi kemasukan produk eksportnya ke China secara bebas cukai.  

Dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sejak menyertai gagasan ini dalam tahun 1974 Bangladesh telah turut bergerak aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program OIC, termasuk menghadiri sidang-sidang kemuncak OIC dan mesyuarat-mesyuarat di peringkat menteri luar negara-negara anggota.

Terbaharu, atas semangat persaudaraan Islam yang tebal, Bangladesh tampil menjadi negara utama yang memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya untuk tinggal sementara di kem-kem pelarian yang dibina di sempadan negara itu dengan Myanmar. Pada masa ini dianggarkan kira-kira 700,000 pelarian Rohingya tinggal di beberapa buah kem sementara yang dibina di Coxs Bazar, Bangladesh.
 



 Wallahua'alam (MMO).




No comments:

Post a Comment