![]() |
Tentera Israel menembak gas pemedih mata terhadap kumpulan rakyat Palestin di sempadan Gaza-Israel |
Itu sahaja tajuk yang tepat untuk digunakan bagi menggambarkan
kehidupan saudara seagama kita di Palestin pada masa ini, yang secara
berterusan, terhimpit dengan tekanan dari Amerika Syarikat dan Israel.
Pada 25 Ogos lalu, pihak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald
Trump telah mengambil satu lagi tindakan yang berbentuk tekanan dan ugutan
terhadap Palestin dengan mengumumkan pembatalan bantuan dana bernilai lebih
AS$200 juta kepada penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Laporan beberapa sumber berita menyebutkan keputusan itu dibuat atas
arahan Trump selepas mengkaji program-program bantuan yang diberikan kepada
wilayah-wilayah Palestin. Menurut maklumat pegawai-pegawai kanan Pentadbiran
Trump, bantuan dana berjumlah AS$200 juta bagi program di Semenanjung Gaza dan
Tebing Barat itu kini akan disalurkan kepada projek-projek yang lebih menjadi
keutamaan di tempat-tempat lain.
Pegawai-pegawai Pentadbiran Trump memberi alasan faktor keselamatan yang
berpunca dari tindak-tanduk pergerakan pejuang Hamas sebagai punca keputusan
itu dibuat. Mereka mendakwa pihak antarabangsa berdepan dengan cabaran untuk
membantu penduduk Palestin di Gaza, kerana penguasaan pergerakan Hamas di
kawasan itu membahayakan penduduk di kawasan terbabit dan menjejaskan bantuan
kemanusiaan sedia ada dan juga usaha-usaha bagi membangunkan sosio-ekonomi
penduduk setempat.
Keputusan memotong bantuan dana kepada penduduk Palestin ini dibuat
ketika krisis kemanusiaan berlaku di Gaza yang menyaksikan beberapa tunjuk
perasaan tercetus antara penduduk tempatan dengan tentera Israel sejak Mac
lalu.
Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO),
Hanan Ashrawi berkata, AS menggunakan kaedah peras ugut itu sebagai alat politik
mereka. “Rakyat dan kepimpinan Palestin tidak akan gentar dan tunduk kepada
paksaan; hak penduduk Palestin bukan untuk dijual,’’ katanya. Hanan juga
menegaskan bahawa penduduk Palestin yang
hidup di bawah penjajahan Israel tidak akan menyerahkan hak mereka biarpun
ditekan dengan berbagai cara oleh mana-mana pihak (AS dan Israel).
Menariknya, keputusan pentadbiran Trump itu juga telah turut menerima tentangan
daripada pelbagai pihak dalam negara AS sendiri. Seorang anggota Parti
Demokratik, Senator Patrick Leahy menuduh tindakan White House itu sebagai satu
lagi tindakan provokatif serta menjejaskan dan tidak mewujudkan dasar
sewajarnya bagi memastikan usaha damai antara Palestin dan Israel berjalan
lancar.
Berkaitan dengan perkembangan ini juga, wajar untuk kita mengimbau
kembali tindakan AS pada Januari lalu, yang telah mengambil langkah drastik dengan
mengumumkan pemotongan bantuan dana berjumlah AS$65 juta kepada Agensi Kerja
dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
Pemotongan bantuan tersebut telah memberi kesan yang ketara kepada perjalanan
program pendidikan dan kesihatan yang dilaksanakan UNRWA sejak sekian lama.
Pemotongan bantuan kepada UNRWA itu, tidak keterlaluan jika dikatakan,
adalah untuk memberi mesej yang jelas kepada negara-negara yang enggan
menyokong pendirian AS di PBB dalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota
baharu bagi Israel. Mesejnya ialah supaya negara-negara terlibat bersedia untuk
mengambil tanggungjawab bagi menghulurkan bantuan yang lebih untuk membantu
Palestin.
Dan dalam hal berkaitan pemotongan dana bantuan kepada Palestin kali
ini, mesejnya, sepertimana yang dibayangkan oleh Hanan Ashrawi, adalah untuk
menghukum Palestin kerana enggan hadir di meja rundingan dengan Israel selagi
AS yang menjadi perantara kepada rundingan.
Dalam konteks ini, elok kita ingati kembali akan penegasan-penegasan
yang pernah dibuat oleh beberapa pemimpin kanan Palestin bahawa Palestin tidak
akan bersedia untuk berunding lagi dengan
Israel selagi AS diberi peranan sebagai perantara kepada rundingan kedua-dua
belah pihak. Sebabnya, Palestin melihat AS sebagai bersikap berat sebelah
kepada Israel, lebih-lebih lagi selepas AS membuat keputusan menyokong
Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu bagi Israel dan berikutan itu, mengumumkan
perpindahan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Pengumuman pemotongan bantuan AS kepada Palestin ini juga dibuat di
tengah-tengah adanya kebangkitan intifada Palestin menentang kekerasan tentera
Yahudi di bumi Gaza dan Tebing Barat. Dalam intifada yang berupa tindakan menunjuk
perasaan melibatkan puluhan ribu rakyat Palestin bangun menentang pelbagai
kekejaman dan provokasi yang dilakukan oleh tentera Yahudi yang bermula sejak awal
tahun ini, dianggarkan seramai 170 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera
Israel.
Dalam satu kejadian tunjuk perasaan terbaharu di sempadan Gaza-Israel pada
18 Ogos lalu, sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin dilaporkan telah ditembak
mati oleh tentera rejim Yahudi, manakala lebih 270 orang lagi mengalami
kecederaan. Kekejaman itu berlaku, ketika Mesir yang bertindak sebagai
pengantara, cuba mencapai perjanjian gencatan senjata bertujuan meredakan
keganasan di wilayah yang terkepung dan miskin itu.
Amat malang, pemotongan bantuan dana kepada Palestin itu dibuat ketika
Palestin amat memerlukan bantuan kewangan antarabangsa bagi membiayai beberapa
program yang melibatkan kepentingan umum rakyat Palestin seperti pembiayaan
minyak untuk kegunaan hospital, loji air dan pelbagai lagi kemudahan kritikal
lain di Genting Gaza.
Kebimbangan ini turut dilahirkan oleh Ketua Biro Politik di PBB, Rosemary
Di Carlo, yang menyifatkan kesengsaraan hidup yang dihadapi oleh rakyat Palestin
yang berpunca dari kurangnya kemudahan asas dalam kehidupan mereka mungkin
sahaja boleh meningkatkan penentangan dan keganasan di antara pejuang Palestin
dan tentera Israel. Menurut beliau juga, keadaan ini jika gagal dibendung, mungkin
boleh menjerumus Gaza ke kancah peperangan.
Dalam laporan beliau kepada Majlis Keselamatan PBB, Di Carlo dilaporkan berkata,
beliau amat bimbang bahawa dana untuk minyak kecemasan PBB bagi keperluan
kira-kira 250 kemudahan kritikal di Gaza kini sudah habis. Justeru itu, beliau
merayu dana sebanyak AS$4.5 juta bagi memastikan perkhidmatan
penting terus beroperasi sehingga hujung tahun ini. Beliau juga turut melahirkan
kebimbangan terhadap kekurangan bekalan ubat penting selepas 40 peratus
simpanan ubat-ubatan telah pun habis.
Dalam satu lagi perkembangan lain yang berkaitan, Setiausaha Agung PBB,
Antonio Guterres dilaporkan telah mengemukakan empat langkah untuk meningkatkan
perlindungan rakyat Palestin di wilayah yang diduduki Israel. Langkah tersebut,
antara lain, termasuklah menghantar pemantau hak asasi PBB dan pemerhati tidak
bersenjata untuk mengerahkan pasukan tentera atau polis di bawah mandat PBB. Namun,
di pihak Israel, langkah tersebut telah ditentang keras oleh Pentadbiran
Netanyahu sambil disifatkan sebagai cuba mencampuri urusan dalaman negara
Israel.
Demikianlah gambaran kesengsaraan demi kesengsaraanyang kini terpaksa dilalui oleh rakyat Palestin demi mempertahankan hak, maruah serta kedaulatan tanah air mereka yang ternyata semakin diancam oleh rejim Yahudi yang disokong kuat AS. Kehidupan rakyat Palestin yang sedia sukar, termasuk jaminan keselamatan diri dan keluarga yang semakin terhakis, kini terus dihimpit dengan pelbagai tekanan baru yang bertujuan melemahkan ketahanan dan perjuangan mereka. Matlmat jangka panjang Israel yang dibantu AS, dipercayai, adalah untuk memaksa Palestin akhirnya tunduk melutut dengan kehendak Israel dan AS, iaitu sedia berkompromi dalam menerima kehadiran Israel sebagai penguasa di tanah air mereka.
Persoalannya, seperti
biasa, apakah negara-negara dunia Islam akan berterusan bersikap tunggu dan
lihat saja “Oh..I see”, atau bersedia bangun mengorak langkah secara lebih
bijaksana dan berkesan dalam mengekang hawa nafsu Yahudi laknatullah dalam
kegairahan mereka merampas dan menduduki se-inci demi se-inci tanah serta
kedaulatan bumi Palestin yang penuh barakah itu?
Buat penutup bicara,
marilah kita sama-sama renungi serta berpegang teguh dengan jaminan Allah
(melalui ayat-ayat berikut) terhadap kejayaan yang lambat laun nanti bakal diraih
oleh umat Islam ke atas kaum Yahudi disebabkan keengkaran, kesombongan dan
kerakusan mereka di atas muka bumi ini dengan melanggari dan membelakangi setiap
perintah Allah;
Dan Kami menyatakan kepada
Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan
di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh
dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu)
kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu
hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka
menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan
(sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian
(setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk
mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (QS
Al-Israa’ 17:4-6)
Jika kamu berbuat
kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan
jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri
kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka
kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu
(dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis)
sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika
kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di
dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada
hari akhirat). (QS Al-Israa' 17:7-8)
Dan (ingatlah wahai
Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan
kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan
menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan
kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya,
dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (QS Al-A'raaf
7:167)
Demikianlah Allah
meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui
(kebenaran). Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah
itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau
sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. (QS Ar-Ruum 30:60)
Wallahu a’alam (MMO).
No comments:
Post a Comment