Monday, May 21, 2018

PROFAIL NEGARA ANGGOTA OIC: BOSNIA DAN HERZEGOVINA



 PETA


 


GEOGRAFI



Bosnia dan Herzegovina, juga dikenal sebagai Republik Bosnia dan Herzegovina, terletak di semenanjung Balkan di selatan Eropah. Negara ini mempunyai keluasan 51.129 km persegi dengan jumlah penduduk seramai  3,856,181 (anggaran Julai 2017).

Bosnia dan Herzegovina adalah sebuah negara yang dikelilingi oleh daratan kecuali pesisir pantai Laut Adriatik sepanjang 20 km yang berpusat di kota Neum. Sempadan-sempadannya dibatasi oleh Croatia di utara, barat dan selatan, Serbia di timur, dan Montenegro di selatan. Pedalaman negara ini penuh dengan pegunungan dan juga sungai yang kebanyakan sukar ditempuh. 

Ibukota Bosnia dan Herzegovina ialah Sarajevo yang juga merupakan bandar terbesar di negara berkenaan.

 
 
SEJARAH RINGKAS





Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah bersempadan antara Kebudayaan Barat dan Timur. Pada Abad Pertengahan, wilayah tersebut menjadi medan pertikaian dan perebutan pengaruh antara Rom Barat yang berfahaman Katolik dan Rom Timur yang berfahaman Ortodoks. Di tengah-tengah persaingan tersebut, wujud pula sebuah kelompok bidaah Kristian yang disebut Bogomil yang terdiri daripada masyarakat kelas atasan Bosnia.

Kekuatan ketiga yang berpengaruh dalam sejarah Bosnia-Herzegovina muncul pada akhir abad ke-13, bilamana wilayah tersebut ditakluki oleh Turki Uthmaniyyah yang beragama Islam. Pengikut Bogomil berbondong-bondong pindah ke agama Islam sehingga agama asal mereka terhapus. Perpindahan agama tersebut kebanyakannya terjadi kerana dorongan ekonomi, di mana apabila mereka memeluk Islam maka mereka tidak akan dibebani jizyah yang diterapkan terhadap penduduk bukan Islam.

Dengan menganuti agama Islam, kaum Muslim Bosnia mendapat status yang sama dengan orang Turki asli. Mereka menjadi “tangan kanan” kepada orang Turki untuk memerintah penduduk Bosnia yang kekal memeluk agama leluhur mereka. 

Masuknya pemikiran nasionalisme membawa perubahan besar di Bosnia. Sebelumnya penduduk wilayah itu secara umum disebut sebagai warga Bosnia yang hanya dibezakan menurut agamanya. Kini mereka mula mengidentifikasikan diri dengan tetangganya di mana warga Bosnia yang beragama Kristian Ortodoks mengidentifikasikan dirinya sebagai orang Serbia sementara penganut Katolik menjadi orang Croatia.

Ketika Turki lemah, negara-negara jajahannya di Balkan memerdekakan diri. Salah satu di antaranya adalah Serbia. Negara yang baru merdeka ini berusaha menggabungkan Bosnia namun digagalkan oleh Empayar Austria-Hungary, yang menawan wilayah tersebut pada tahun 1908. Hal tersebut kemudian mendorong kaum nasionalis Serbia membunuh putera mahkota kekaisaran tersebut di Sarajevo pada tahun 1914, yang kemudian menyebabkan tercetusnya Perang Dunia I.

Setelah berakhir Perang Dunia I, Bosnia-Herzegovina, bersama-sama dengan Croatia, Slovenia, dan Vojvodina, diserahkan oleh Austria kepada Kerajaan Serbia-Montenegro. Dari penggabungan ini muncullah Kerajaan Yugoslavia (Slavia Selatan).

Namun perpecahan segera melanda negeri itu akibat pertentangan dua etnik utamanya. Warga Serbia berusaha membangun negara kesatuan sementara warga Croatia menginginkan federasi yang longgar. Kaum Muslim Bosnia terjebak dalam pertikaian tersebut kerana kedua pihak merebut wilayah yang sama. Pertentangan tersebut kemudian meledak menjadi kekerasan setelah Nazi Jerman menguasai Yugoslavia tahun 1941.

Setelah menaklukkan Yugoslavia, Adolf Hitler menggabungkan bekas propinsi Croatia, Bosnia, dan Herzegovina ke dalam negara boneka yang disebut sebagai Negara Croatia Merdeka. Rejim baru ini berusaha membersihkan wilayahnya dari orang Serbia, Yahudi, dan Gipsi. Bagaimanapun disebabkan besarnya jumlah penduduk Serbia di negara boneka itu, kaum Ustasa bersekutu dengan kaum Muslim bagi mengimbanginya. Kaum Muslim juga turut bergabung dengan Jerman dalam memerangi gerila, baik Chetnik maupun Partisan. 

Banyak orang Serbia yang selamat bergabung dengan gerilyawan Chetnik yang pro-raja dan kemudian melancarkan serangan balas terhadap orang Croatia dan Muslim. Konflik etnik berdarah ini memberikan keuntungan bagi kelompok Partisan pimpinan Tito. Oleh kerana berhaluan komunis yang tidak membeza-bezakan latar belakang etnik dan agama, kelompok ini menarik pendukung dari berbagai latar belakang yang tidak menyukai pertumpahan darah di antara sesama warga Yugoslavia. Dengan demikian, kaum Partisan berhasil merebut kekuasaan di seluruh Yugoslavia setelah usainya perang.

Setelah meraih kekuasaan atas Yugoslavia, Josip Broz Tito berusaha membangun kembali persaudaran negeri itu di bawah bendera komunisme. Dalam upayanya untuk mengatasi perselisihan antara kelompok etnik dan agama, dia membentuk negeri itu menurut sistem federal yang diwujudkan atas dasar etnisitas.

Orang Serbia menuntut penggabungan wilayah tersebut karena penduduk Serbia yang hampir mencapai setengah dari jumlah penduduk di sana pada masa itu. Akan tetapi Tito menolaknya. Dia tidak ingin membuat Serbia menjadi kuat seperti sebelumnya. Justeru itu, dia memutuskan untuk memecah belah orang Serbia dengan wilayah Serbia diperkecil melalui pembentukan dua republik federal (iaitu Montenegro dan Macedonia) serta dua wilayah otonomi (Vojvodina dan Kosovo). Tito, sebagai seorang Croatia-Bosnia, memutuskan bahawa wilayah Bosnia-Herzegovina harus menjadi sebuah republik persekutuan. Namun demikian, orang Serbia dapat diimbangi oleh gabungan Muslim-Kroasia di wilayah tersebut.

Dalam menghadapi penentangan terhadap keputusan tersebut, rejim Tito melaksanakan tindakan kekerasan sebagai cara untuk menghadapinya. Cara tersebut mendatangkan kesan tetapi bukanlah untuk jangka panjang. Apabila Tito meninggal dunia, pertikaian antara etnik dan agama kembali meletus di Yugoslavia, yang kemudian meruntuhkan negara tersebut.

Yugoslavia terpecah-belah pada tahun 1991 setelah runtuhnya rejim-rejim Komunis di Eropah Timur. Mengikuti jejak Croatia dan Slovenia, pada bulan Mac 1992 Bosnia-Herzegovina mengistyharkan kemerdekaannya melalui referendum yang diikuti oleh masyarakat Muslim dan Croatia Bosnia. Hal tersebut ditentang oleh penduduk Serbia yang ingin menguasai seluruh wilayah bekas Yugoslavia.

Di bawah pimpinan Radovan Karadzic, orang Serbia Bosnia memproklamasikan pembentukan Republik Srpska. Dengan bantuan pasukan federal pimpinan Jenderal Ratko Mladic, orang Serbia Bosnia berjaya menguasai 70 peratus wilayah negeri itu. Dalam konflik ini, etnik Serbia yang merupakam penduduk majoriti berusaha melenyapkan etnik Muslim dan Croatia. Berikutan itu, terjadi pencerobohan terbesar dalam sejarah yang jumlah korbannya menghampiri angka kematian pada Perang Dunia. Pembunuhan, penyiksaan dan pemerkosaan olah Kaum Serbia kemudian menyebabkan pemimpin-pemimpin Serbia dituduh sebagai penjenayah perang oleh PBB.

Akhirnya, setelah perang berdarah yang berlarutan, perdamaian di antara ketiga kelompok tersebut dicapai atas tekanan Pertubuhan Pertahanan Atlantik Utara (NATO). Sesuai dengan Kesepakatan Dayton tahun 1995, keutuhan wilayah Bosnia-Herzegovina akhirnya ditegakkan. Namun negara tersebut dibahagikan kepada dua bahagian: 51% wilayah gabungan Muslim-Crotia (Federasi Bosnia dan Herzegovina) dan 49% Serbia (Republik Srpska).


PROFAIL PENDUDUK



Tempoh antara tahun-tahun 1991-2002 menyaksikan berlakunya perpindahan populasi besar-besaran di wilayah Balkhan yang kemudiannya menyaksikan berbagai kelompok bangsa masuk dan tinggal di wilayah itu. Di antara kelompok terbesar adalah;

Bosniak (50.1%) - Kebanyakan berada di Bosnia tengah dan barat laut.

Serbian (30.8%) - Sebahagian besar berada di “Republik Srpska” di sebelah utara dan timur Bosnia.

Croat (15.4%) - Kebanyakan berada di sebelah barat daya dan perbatasan utara.

Lain-lain terdiri daripada bangsa Rom, beberapa kelompok masyarakat Eropah, Turki, Arab, dan Yahudi.


AGAMA





Pada tahun 1800 40 peratus daripada orang Bosnia adalah Ortodoks dan setengahnya adalah Muslim. Jumlah penganut Islam kemudiannya memuncak pada tahun 1600 di mana pada saat itu tiga per empat orang Bosnia adalah Muslim. 

Saat ini jumlah penganut Islam adalah di sekitar 51% dari jumlah penduduk Bosnia dan Herzegovina, Kristian 46%, dan kelompok lainnya 3% (termasuk atheis dan Yahudi). 

Agama Islam di Bosnia dan Herzegovina memiliki sejarah yang kaya dan panjang. Sebahagian besar penganut Islam di Bosnia adalah Muslim Sunni dengan jumlah mereka dianggarkan seramai tiga juta orang. 

Dari sudut sejarahnya, Islam pertama kali diperkenalkan di Balkan oleh Sultan Mehmed dari Kekaisaran Ottoman pada pertengahan abad 15. Sebahagian besar Bosnia berhasil dikuasai Ottoman pada 1463 sementara Herzegovina berhasil ditakluki pada 1480an.

Satu abad kemudian banyak suku Slavic memeluk Islam di bawah kepemimpinan Ottoman. Pada awal 1600an, diperkirakan dua pertiga dari populasi Bosnia adalah Muslim.

Bosnia dan Herzegovina tetap menjadi  provinsi di Kekaisaran Ottoman dan memperoleh otonomi setelah pemberontakan Bosnia pada 1831. Setelah 1878, muncul Kongres Berlin di bawah kendali sementara Austria-Hongaria.

Pada 1908, Austria-Hungaria secara resmi menganeksasi wilayah itu. Bosnia dan Albania, adalah satu-satunya bahagian dari Kekaisaran Ottoman di Balkan di mana sejumlah besar orang masuk Islam, dan tinggal di sana setelah kemerdekaan.

Namun demikian period antara 1992-1995 merupakan period kelam  bagi orang-orang Islam di Bosnia dan Herzegovina. Mereka mengalami pembersihan etnik yang dahsyat dilakukan oleh tentera Serbia dan Croatia. Di seluruh Bosnia, masjid secara sistematik dihancurkan oleh angkatan bersenjata Serbia dan Croatia. 

Kini rakyat Bosnia dan Herzegovina mula menikmati kebebasan beragama. Hal itu dijamin oleh Konstitusi Negara. Memakai hijab di jalanan kini tidak lagi mengundang penentangan dari kalangan penganut agama Kristian. Namun di sebalik kemajuan tersebut, tidak kurang ramai juga penganut agama Islam yang semakin menganuti fahaman sekular yang kuat dicirikan oleh pengaruh budaya barat.
 

EKONOMI
 





Bosnia dan Herzegovina mempunyai ekonomi peralihan dengan pembaharuan pasaran yang terhad. Ekonomi sangat bergantung pada eksport logam, tenaga, tekstil, dan perabot serta kiriman wang dan bantuan asing. 

Kedudukan kerajaan yang bersifat terpisah (desentralisasi) menghalang koordinasi dan pembaharuan dasar ekonomi, sementara birokrasi yang berlebihan dan pasaran yang terhad tidak menggalakkan kemasukan pelaburan asing. 

Pun begitu, ekonomi Bosnia dan Herzegovina adalah antara yang paling kompetitif di rantau ini. Bank-bank asing, terutamanya dari Austria dan Itali, mengawal sebahagian besar sektor perbankan di Bosnia dan Herzegovina, walaupun bank terbesar di Republika Srpska adalah syarikat swasta. 

Pada tahun 2016, Bosnia memulakan program pinjaman IMF selama tiga tahun, tetapi ia telah berjuang untuk memenuhi tanda aras reformasi ekonomi yang diperlukan untuk menerima semua ansuran dana.

Peperangan antara etnik di Bosnia dan Herzegovina menyebabkan pengeluaran negara turun sebanyak 80% dari 1992 hingga 1995 dan pengangguran meningkat. Bagaimanapun sejak 2013, Bosnia dan Herzegovina telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif, walaupun banjir teruk menghalang pemulihan pada 2014. Bosnia dan Herzegovina menjadi ahli penuh Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah Tengah pada bulan September 2007.

Sektor swasta Bosnia dan Herzegovina berkembang dengan perlahan berikutan kemasukan pelaburan asing yang menurun dengan ketara selepas 2007. Sementara itu pengangguran yang tinggi masih merupakan masalah makroekonomi yang paling serius. 

Pelaksanaan cukai tambah nilai yang berjaya pada tahun 2006 sedikit sebanyak telah menyediakan sumber pendapatan yang mantap bagi kerajaan di samping membantu mengekang aktiviti pasaran gelap. 

Keutamaan ekonomi Bosnia dan Herzegovina kini adalah untuk mempercepatkan integrasi ke dalam Kesatuan Eropah (EU), mengukuhkan sistem fiscal, memperbaharui pentadbiran awam; menganggotai Organisasi Perdagangan Dunia (WTO); dan menjamin pertumbuhan ekonomi dengan memupuk sektor swasta yang dinamik dan berdaya saing.


 HUBUNGAN ANTARABANGSA





Sebagai sebuah negara yang terletak dalam lingkungan benua Eropah, menjadi keutamaan bagi Bosnia dan Herzegovina untuk meningkatkan hubungannya dengan organisasi serantau di wilayah berkenaan. Antaranya, termasuklah Kesatuan Eropah (EU), gagasan Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) dan dengan agensi-agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti WTO, UNESCO, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan seumpamanya.

Dengan Pertubuhan Persidangan Islam Antarabangsa (OIC), sejak menganggotai pertubuhan ini dalam tahun 1994 Bosnia dan Herzegovina telah bergerak aktif dalam menyertai program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh OIC. Ini termasuklah penyertaan Bosnia dan Herzegovina di sidang-sidang kemuncak OIC dan juga penyertaan di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Luar OIC yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang melanda Islam dan kepentingan negara anggota.



Wallahua'alam (MMO). 


No comments:

Post a Comment