PETA
|
|
GEOGRAFI
|
Republik
Azerbaijan merupakan sebuah negara yang terdapat di Kaukasus, iaitu di Asia
Barat di persimpangan Eropah dan Asia Barat Daya. Pada sebelah utara, negara
ini bersempadan dengan negara Rusia. Di sebelah barat, negara ini bersempadan
dengan negara Georgia dan Armenia. Di
sebelah selatannya adalah negara Iran, manakala di sebelah timur adalah Laut
Kaspia.
Keluasan
negara ini adalah 86,600 km persegi, di mana 86,100 km persegi
terdiri daripada daratan dan baki 500 km persegi lagi berupa perairan.
Ibu
negara Azerbaijan adalah Baku, sebuah kota yang pernah menjadi pusat
perdagangan penting Jalur Sutera, iaitu jalur perdagangan yang membentang dari
Eropah hingga ke Cina.
|
SEJARAH RINGKAS
|
Para sejarawan
merumuskan Azerbaijan sebagai suatu wilayah yang dihuni oleh bangsa Azerbaijan-Turk; iaitu
orang-orang yang mendiami sebuah kawasan yang membentang dari lereng bahagian
Utara pegunungan Kaukasus di sepanjang Laut Kaspia hingga dataran tinggi Iran.
Pada penghujung kurun ke-4 SM dan awal kurun ke-3 SM mulai ternampak adanya
unsur-unsur peradaban di wilayah ini. Pada masa itu negara Lullubum dan Gutian
telah diwujudkan (sekitar 2300 - 3000
SM). Peranan penting dalam sejarah Azerbaijan dimainkan oleh kerajaan Atropaten
yang muncul di bahagian Selatan pada tahun 520an SM.
Seiring
dengan penaklukan bangsa Arab, maka sejak awal abad ke-8 M Islam mula menjadi
agama dominan di Azerbaijan. Pada abad ke-9 beberapa negara baru telah didirikan
di wilayah Azerbaijan. Antaranya, negara Shirwan dengan ibukotanya Shemakha,
merupakan negara adikuasa yang diperintah dinasti Mezyedi. Dinasti inilah yang
banyak memainkan peranan penting dalam sejarah Azerbaijan hingga abad 16 M.
Azerbaijan pernah pula dikuasai dinasti Seljuk sejak akhir abad 11 M.
Keragaman
populasi yang terdiri dari penduduk asli yang berbahasa Turki dan berketurunan
bangsa Turki serta kesamaan keyakinan agama yang dianuti iaitu Islam, telah
memungkinkan berlangsungnya proses konsolidasi bangsa Azerbaijan yang mencapai
puncaknya pada abad 11 dan 12 M.
Sejak
pertengahan abad 13 M, Azerbaijan jatuh dalam kekuasaan dinasti Mongol, Khulagu
(1258-1356). Pada pertengahan abad 14 M, seiring dengan bangkitnya kesedaran
para penduduk pribumi untuk mengusir penjajah, tokoh feudal setempat yang
bernama Jalairid memimpin pergerakan perjuangan dan mengambil alih kekuasaan di
Azerbaijan.
Setelah
revolusi 1917 di Rusia, proses keruntuhan dan disintegrasi empayar Rusia
menjadi semakin nyata. Situasi ini banyak dimanfaatkan berbagai etnis di
daerah-daerah bekas empayar Rusia untuk membentuk negara-negara merdeka. Maka
pada tanggal 28 Mei 1918 Republik Demokrasi Azerbaijan diproklamasikan di
daerah bahagian timur kawasan Selatan Kaukasus. Namun pada bulan April 1920,
Tentara Merah menguasai Republik Demokrasi Azerbaijan dan sejak itu Azerbaijan
menjadi sebahagian dari Soviet Union.
Pada
tahun 1988-1990, gerakan nasionalis-demokratik yang bertujuan memerdekakan Azerbaijan
mula terbentuk. Tanggal September 1989, Azerbaijan merupakan salah satu negara terawal
yang memutuskan untuk segera mengakhiri kekuasaan Soviet Union. Dalam usaha bagi menekan gerakan ini, pada tanggal 20
Januari 1990 pemerintah Soviet Union mengirim
beberapa unit tentera ke Baku. Tindakan represif pasukan ini mengakibatkan
ratusan jiwa rakyat Azerbaijan yang tak berdosa gugur menjadi korban.
|
PROFAIL
PENDUDUK
|
Penduduk
Azerbaijan secara asasnya adalah merupakan bangsa Albania-Kaukasia. Mereka
merupakan bangsa penutur bahasa- bahasa Kaukasus yang muncul di wilayah ini
sebelum kehadiran berbagai bentuk penaklukan kuasa luar ke atas negara ini.
Jumlah
penduduk Azerbaijan adalah seramai 9,477,100 orang (Anggaran 2017).
Suku
Azeri merupakan suku terbesar yang membentuk komponen penduduk Aerbaijan iaitu sebanyak
90.6%, diikuti dengan etnik Dagesti sebanyak 2.2%, etnik Rusia 1.8%, etnik
Armenia 1.5%, dan etnik lain sebanyak 3.9%. Sebahagian besar daripada etnik
Armenia tinggal di daerah Nagomo-Karabagh.
Bahasa
Azeri adalah bahasa rasmi Republik Azerbaijan. Di samping Bahasa Azeri,
terdapat beberapa dialek bahasa lain turut dipertuturkan di beberapa bahagian lain
di kawasan barat laut, (dikenali sebagai Azerbaijan Iran), di mana ia merupakan
Bahasa bagi beberapa kumpulan minoriti seperti Kurdish, Armenia dan Taleshi.
|
AGAMA
|
Agama bagi
majoriti rakyat Azerbaijan adalah agama Islam beraliran Syiah iaitu sebanyak
93.4%. Ini diikuti oleh agama Kristian Ortodoks Rusia sebanyak 2.5%, agama
Kristian Ortodoks Armenia sebanyak 2.3% dan agama lainnya sebanyak 1.8%.
Pada abad
ke-18 Azerbaijan pernah dicatat sebagai sebuah negara Kristian tetapi kemudiannya
kekal menjadi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Azerbaijan
adalah negara pertama dalam dunia Islam yang dikatakan telah menempatkan kaum wanita
sejajar dengan kaum laki-laki dalam bidang politik.
|
POLITIK & PENTADBIRAN
|
Politik
Azerbaijan adalah berasaskan kepada sistem republik berpresidensial, dengan
Presiden Azerbaijan sebagai ketua negara, dan Perdana Menteri Azerbaijan
sebagai kepala pemerintahan.
Kekuatan
perundangan dipegang oleh kerajaan dan parlimen yang dipimpin oleh Presiden
Ilham Aliyev.
Pentadbiran
politik Azerbaijan dibahagikan kepada 59 rayon (daerah), 11 kota (negeri) dan 1 otonomi Republik.
|
EKONOMI
|
Ekonomi
Azerbaijan bertumpu pada sektor minyak dan gas serta pertanian. Dalam dekad
terakhir, banyak perusahaan asing yang melakukan eksplorasi minyak dan gas di
Azerbaijan. Dengan melambungnya harga minyak dunia, perekonomian Azerbaijan
juga mengalami “booming” seperti yang dapat dilihat pada pertumbuhan ekonomi
Azerbaijan yang secara puratanya berada di atas 25% antara tahun 2006-2007.
Sektor pertanian utama, yang terdiri dari kapas, ulat sutra, teh dan tembakau
serta hasil peternakan seperti biri-biri, kambing dan lembu juga mengalami
kemajuan meskipun sumbangannya pada perekonomian negara secara relatifnya masih
kecil.
Azerbaijan
mempunyai simpanan sumber minyak yang cukup besar. Menurut perusahaan minyak
British Petroleum (BP), kandungan minyak Azebaijan mencapai 7 bilion barel atau
0.7% dari simpanan minyak dunia. Sementara simpanan gas aslinya mencapai 850 bilion
meter kubik atau 0.6% dari simpanan gas dunia.
Di
samping bergantung kepada sumber minyak, kerajaan Azerbaijan juga turut
melaksanakan reformasi ekonominya dalam tempoh beberapa tahun terakhir.
Struktur ekonomi lama masih banyak yang belum dirombak dan terdapat beberapa
halangan yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi negara itu yang perlu
ditanggani dengan berkesan. Antara lain adalah keperluan bagi meningkatkan lagi
pelaburan asing terutama di sektor ekonomi bukan minyak, mengawal penyelewengan
dan rasuah dan mengatasi masalah inflasi yang kian meningkat.
|
HUBUNGAN ANTARABANGSA
|
Kerajaan
Azerbaijan mengambil beberapa prinsip sebagai asas bagi pembinaan hubungannya
dengan dunia antarabangsa. Prinsip-prinsip tersebut antara lain adalah menciptakan
demokrasi yang pluralistik berdasarkan ekonomi pasaran dan aturan perundangan, memperbaiki
kemerdekaan dan keutuhan wilayah Azerbaijan, menghapuskan ancaman dan risiko
terhadap keamanan, kebebasan politik, kemerdekaan dan keutuhan wilayah
Azerbaijan.
Prinsip-prinsip
lain adalah mencipta hubungan yang baik dan saling menguntungkan dengan negara
tetangga, meningkatkan keamanan dan stabilitas di kawasan, mencegah peredaran
senjata secara haram dan mematuhi kesepakatan global mengenai non-proliferasi
dan kawasan bebas senjata nuklear di Asia Tengah.
Sebagai
negara yang berada dalam wilayah Eropah, Azerbaijan turut berusaha merapatkan
diri dengan beberapa gagasan serantau seperti Kesatuan Eropah dan Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Pada Mei
2006, Azerbaijan terpilih sebagai salah sebuah negara anggota Human Rights
Council (HRC) di bawah payung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selain
itu, sebagai salah satu negara anggota Organisasi Persidangan Islam (sejak 1991),
Azerbaijan telah secara aktif terlibat dalam menjayakan program serta
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh OIC, termasuk menghadiri Sidang
Kemuncak OIC dan Mesyuarat Menteri Luar negara-negara anggota OIC. Dalam bulan
Jun 2006 Azerbaijan turut menjadi tuan rumah bagi pertemuan ke-33, Mesyuarat Menteri
Luar OIC di Baku.
|
Wallahua'alam (MMO)
No comments:
Post a Comment