![]() |
Gambar Hiasan : Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Istanbul, Disember 2017 |
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi bertujuan untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
Secara ringkas, objektif penubuhan OIC adalah
untuk memupuk perpaduan dan menyelaras kerjasama di
kalangan negara anggota dalam pelbagai bidang, menghapuskan perbezaan
kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk, menyokong usaha ke arah
melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan, meningkatkan
perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan
mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di
kalangan negara anggota dan dengan negara lain.
Sejak ditubuhkan, OIC telah memainkan peranan
penting dalam memperjuangkan banyak isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam
dan umatnya seperti isu kekerasan dan pendudukan Israel ke atas wilayah
Palestin, isu pengganasan, isu peperangan saudara di kalangan puak-puak
tertentu di beberapa buah negara anggota, isu tekanan terhadap umat Islam yang
menjadi penduduk minoriti di beberapa negara seperti Thailand, Filipina dan
Myanmar, dan sebagainya.
Justeru itu, melalui entri kali ini dan entri-entri
lain berikutnya, penulis akan cuba mendekatkan lagi pembaca dengan pertubuhan
ini dengan memaparkan maklumat asas berkaitan setiap negara anggota seperti
dari sudut sejarah ringkas, geografi dan kependudukan, aspek keagamaan,
politik, ekonomi dan perdagangan, dan hubungan antarabangsa setiap negara.
Buat pembuka bicara, berikut penulis perturunkan
maklumat asas mengenai OIC dengan harapan ianya sedikit sebanyak akan dapat
dimanfaatkan oleh pembaca.
LOGO
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SEJARAH RINGKAS
|
Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H)
bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi ketika memuncaknya
serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak
Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan
antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di
seluruh dunia.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
OBJEKTIF PENUBUHAN
|
Objektif OIC adalah seperti
berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEANGGOTAAN
|
OIC kini mempunyai 55
anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh,
Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros,
Djibouti, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kazakhstan,
Kuwait, Kyrgyzstan, Lebanon, Libya, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania,
Maghribi, Mesir, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar,
Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan,
Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan
dan Yaman.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
IBU PEJABAT
|
Organisation of
Islamic Cooperation
P.O.Box 178, Jeddah
21411,
Kingdom of Saudi
Arabia
Tel: (966)-12-6515222
Fax: (966)-12-6512288
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SETIAUSAHA AGUNG
|
Dr Yousef Ahmad
Al-Othaimeen
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
STRUKTUR INSTITUSI
|
Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :
Pembuat
dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara
Kerajaan
OIC
Sidang Kemuncak
Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi
bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam
menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat
antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi
OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Persidangan
Menteri-menteri Luar OIC
Badan pembuat
keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar
OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan
keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara
negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian
terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi
dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan
tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di
negara anggota.
Sekretariat
OIC
Sekretariat OIC yang
berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai
seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan
Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua
keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LAIN-LAIN
|
Penduduk : 1.6 billion (Anggaran 2013)
|
Wallahua'alam (MMO)
No comments:
Post a Comment