Thursday, December 14, 2017

BRUNEI JUGA MENYOKONG PENUH BAITULMAQDIS IBU NEGARA PALESTIN



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan sokongan Brunei Darussalam pada semua resolusi PBB dan bersama-sama dengan komuniti antarabangsa dalam menyatakan kebimbangan dalam apa jua perubahan pada status quo Baitul Maqdis.

Baginda percaya solusi dua negara haruslah dirundingkan dan kesepakatan hendaklah dicapai oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung. Menurut baginda, inilah solusi jangka panjang yang dapat dilaksanakan bagi mencapai satu Negara Palestin yang merdeka dengan Baitul Maqdis Timur selaku ibu negaranya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian semasa berkenan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (Organisation of Islamic Cooperation Extraordinary Summit) yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Istanbul Lutfi Kirdar, Republik Turki, di sini.

Sumber Berita : Pelita Brunei Online

No comments:

Post a Comment