PETA
|
|
SEJARAH
RINGKAS
|
Afghanistan
terletak di kawasan geografi Asia Tengah dengan sempadannya dikelilingi
negara Pakistan di selatan dan timur; Iran di barat; Turkmenistan, Uzbekistan
dan Tajikistan di utara; dan China di bahagian timur laut. Nama resmi negara
ini adalah Republik Islam Afghanistan.
Selama
berabad-abad wilayah ini mengalami migrasi, perdagangan, dan pencerobohan dari pelbagai
kuasa luar. Pengalaman ini menjadikan bangsa Afghan sebagai bangsa yang
teruji, kental semangat dan berjiwa
pejuang kerana mampu membebaskan diri daripada pengaruh mutlak mana-mana
kuasa. Namun begitu, pergolakan politik dan peperangan selama bertahun-tahun telah
mendatangkan bermacam penderitaan, kelaparan, dan kemiskinan bagi majoriti
rakyat awam di Afghanistan.
Pada dekad
1900-an, pendudukan Afghanistan oleh tentera Soviet (1979-1989) dan perang
saudara di antara berbagai kelompok suku di Afghanistan telah melemahkan kuasa
pemerintah pusat. Pada masa itu negara-negara tetangga terutama Pakistan dan
Iran, menjadi lebih berpengaruh dalam urusan dalaman di Afghanistan.
Pada tahun
1996, kelompok Islam radikal yang dikenali sebagai Taliban, memperoleh kawalan
ke atas sebahagian besar wilayah di Afghanistan. Bagaimanapun , pada tahun
2001, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya telah berjaya menggulingkan Taliban
yang didakwa telah memberi perlindungan kepada anggota-anggota kelompok
teroris Al Qaeda. Al Qaeda didakwa oleh AS sebagai pihak yang bertanggung
jawab atas serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.
Afghanistan
kemudian dipimpin oleh pemerintah sementara yang didukung oleh PBB sampai
tahun 2004, ketika diadakan pemilihan Presiden pertama negara itu. Hamid
Karzai menjadi presiden pertama Afghanistan yang terpilih secara demokrasi
pada 7 Desember 2004.
Masuknya Islam Ke Afghanitan
Islam masuk di
Afganistan sejak masa Khalifah Usman bin Affan (644-656M). pada tahun 647 M
pasukan Islam mengadakan perluasan daerah ke Khurasan dipimpin oleh panglima
Sa’ad bin Ash. Setelah terjadi pertempuran yang sangat sengit, akhirnya
kemenangan berpihak kepada pasukan Islam.
Pada akhir abad
ke-7, orang-orang Arab Umaiyyah masuk ke wilayah yang sekarang dikenal
sebagai Afghanistan setelah mengalahkan puak Sassanians di Nihawand. Mereka,
di bawah kepimpinan Umaiyyah terutama di bawah kepimpinan Hisyam bin
Abdul-Malik dan Umar bin Abdul-Aziz telah giat menggerakkan usaha menyebarkan
agama islam di kalangan penduduk setempat. Islam kemudiannya terus berkembang
dan menjangkau ke seluruh pelusuk bumi Afghnistan semasa pemerintahan
Al-Mu'tashim dan Yakub Laith-i Saffari.
Pada tahun 1737
seorang penguasa di Afganistan bernama Nadir Syah dapat menakluki seluruh
Afganistan sebagai wilayah Afganistan sekarang ini. Sepuluh tahun kemudian,
pemerintahan tertinggi dipegang oleh Ahmed Khan yang kemudiannya menjadikan
daerah itu sebuah emirat yang berdiri sendiri.
Pada tahun 1838
muncul unsur-unsur penaklukan, membawa ke tahun 1878 hingga 1881. Mulai dari
sinilah meletusnya perang antara Afganistan dan Inggeris. Sesudah itu,
Afganistan menjadi protektorat Inggeris. Pada tahun 1925 Afganistan diumumkan
sebagai kerajaan yang neutral. Pada tahun 1973 Raja Muhammad Zahir Syah yang
memerintah sejak tahun 1933 digulingkan oleh sepupunya Muhammad Daud yang kemudianya
mengumumkan Afganistan sebagai republik dan ia menjadi presidennya yang
pertama.
Orang-orang
Afganistan sebagaimana orang-orang India dan Pakistan sangat giat mengadakan
dakwah, baik di dalam mahupun di luar negeri. Salah seorang putra Afghanistan
yang namanya terkenal di seluruh dunia ialah Jamaluddin Al-Afghani. Beliau
lahir di Hamadan (Afganistan) pada tahun 1838 dan dikenali sebagai ahli
teologi, hukum, tawawuf, falsafah islam, sosiolog, juga sebagai pelopor dasar
modernisasi islam. Sejak berusia 17 tahun ia menjelajahi berbagai negara,
antara lain India, Mesir, Persia, Rusia, dan Turki.
Berdasarkan
pemikirannya, ia ingin menggerakkan kebangkitan di kalangan umat islam
sehingga sering terjadi pertembungan pemikiran antara Al Afghani dengan
tokoh-tokoh keagamaan yang ortodoks. Pemikiran Al Afghani banyak mempengaruhi
pemikiran Islam di Mesir. Di antara muridnya yang terkenal ialah Muhammad
Abduh. Al Afghani meninggal di Istanbul,Turki pada tanggal 9 Mac 1897.
|
PROFAIL
PENDUDUK
|
Jumlah penduduk
Afghanistan adalah seramai 34,124,811 (anggaran 2017) iaitu negara ke-39 dari
segi bilangan penduduk teramai di dunia.
Suku-suku yang
membentuk komposisi penduduk Afghanistan terdiri daripada Pashtun (42%),
Tajik 27%), Hazara (8%), Uzbek (9%), dan beberapa suku kecil yang lain
seperti Aimaq (4%), Turkmen (3%) dan baloch (2%).
Pertumbuhan
kadar kelahiran di Afghanistan adalah pada kadar 2.36% (anggaran 2017)
|
AGAMA
|
99.7% penduduk
Afghanistan beragama Islam dengan pengikut mazhab Sunni dianggarkan sebanyak
84.7 - 89.7%, Syiah 10 - 15% dan lain-lain, 0.3% (anggaran 2009)
|
POLITIK
& PENTADBIRAN
|
Sistem
politik di Afghanistan pada mulanya adalah berbentuk monarki mutlak (absolute monarchy) sehinggalah sampai
ke pertengahan abad 20 yang menyaksikan raja yang berkuasa digulingkan
untuk memberi laluan kepada terbentuknya Negara Republik Afghanistan (1973).
Pada tahun 1978 terjadi kudeta buat kali kedua yang dipelopori oleh Dewan
Revolusioner Afghanistan. Kelompok ini kemudian mendirikan Negara Demokratik
Republik Afghanistan.
Kekacauan
politik di Afghanistan terus berlanjutan ketika terjadi kudeta ketiga pada
tahun 1979. Keadaan ini diperburukkan lagi dengan adanya pencerobohan Soviet Union
ke atas Afghanistan yang memperlihatkan kuasa besar itu cuba menggerakkan
pengaruhnya di Afghanistan dengan mendirikan pemerintahan yang berhalauan
komunis.
Dilihat
dari sudut sejarahnya, hingga saat ini pemerintahan pusat Afghanistan
belumlah stabil. Bahkan pemerintahan daerah mereka memiliki posisi lebih kuat
dan stabil daripada pemerintah pusatnya. Hal ini disebabkan rakyat
Afghanistan lebih percaya pada tokoh masyarakat tempatan.
Pada
masa ini sistem politik yang digunakan oleh Afghanistan adalah sistem
presidensial dengan Presiden berperanan sebagai ketua negara dan ketua
pemerintahan. Pemerintahan pusat mengatur semua urusan pentadbitan negara
yang bersifat strategis dan fundamental. Dalam menjalankan tugasnya, Presiden
dibantu oleh dua Wakil Presiden beserta Menteri-Menterinya. Presiden beserta
wakil-wakilnya tersebut dipilih melalui pemilihan umum dengan penggal
pemerintahan lima tahun.
|
EKONOMI
|
Sebelum 2014,
ekonomi Afghanistan telah menunjukkan pertumbuhan yang kukuh selama lebih
dari satu dekad, sebahagian besarnya disebabkan oleh bantuan antarabangsa. Bermula
tahun 2014, ekonomi Afghanistan mula menunjukkan pertumbuhan yang perlahan,
sebahagian besarnya disebabkan penarikan hampir 100,000 tentera asing
yang secara tidak langsung menyumbangkan peranan kepada pertumbuhan ekonomi
negara.
Walaupun wujud peningkatan
dalam jangka hayat, pendapatan, dan literasi sejak tahun 2001, Afghanistan secara
umumnya miskin dan sangat bergantung kepada bantuan asing. Kebanyakan
penduduk terus mengalami masalah perumahan, air bersih, elektrik, penjagaan
kesihatan, dan pekerjaan. Rasuah, ketidakamanan, tadbir urus yang lemah,
kekurangan infrastruktur, dan kesulitan Kerajaan Afghanistan dalam
memperluaskan undang-undang ke semua bahagian negara memberi cabaran kepada
pertumbuhan ekonomi masa depan. Taraf hidup Afghanistan adalah antara yang
paling rendah di dunia.
Masyarakat
antarabangsa bagaimanapun komited dalam membantu pembangunan Afghanistan dengan
menjanjikan lebih daripada $ 83 bilion pada persidangan kali ke-10 Penyumbang
Dana Antarabangsa bagi tahun 2003 - 2016. Pada bulan Oktober 2016, para
penderma di persidangan Brussels menjanjikan tambahan $ 3.8 bilion bantuan
pembangunan setiap tahun dari 2017 hingga 2020. Namun, di sebalik adanya bantuan
ini, Kerajaan Afghanistan perlu mengatasi beberapa cabaran, termasuk
pengumpulan hasil yang rendah, pengwujudan peluang pekerjaan, tahap korupsi
yang tinggi, keupayaan kerajaan yang lemah, dan infrastruktur awam yang
lemah.
Presiden
Afghanistan Ashraf Ghani Ahmadzai didedikasikan untuk memulakan pembaharuan
ekonomi dengan memfokuskan kepada usaha bagi mempertingkatkan lagi kutipan
hasil dan usaha memerangi rasuah. Kerajaan dalam pada itu, telah melaksanakan
pembaharuan kepada proses belanjawan di beberapa wilayah di Afghanistan.
Walau bagaimanapun, banyak pembaharuan lain akan mengambil masa untuk
dilaksanakan dan Afghanistan akan terus bergantung kepada sokongan penderma
antarabangsa dalam beberapa tahun akan datang.
|
HUBUNGAN
ANTARABANGSA
|
Afghanistan
menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1946. Di samping itu ia
turut menikmati hubungan ekonomi yang kukuh dengan beberapa negara anggota
NATO dan negeri-negeri bersekutu, terutamanya Amerika Syarikat, United
Kingdom, Jerman dan Turki. Afghanistan juga mempunyai hubungan diplomatik
dengan negara-negara jirannya terdiri daripada Pakistan, Iran, Turkmenistan,
Uzbekistan, Tajikistan dan China, dan dengan negara-negara serantau seperti
India, Bangladesh, Kazakhstan, Rusia, UAE, Arab Saudi, Iraq, Mesir, Jepun dan
Korea Selatan. Ia dari masa ke semasa terus membangunkan hubungan diplomatik
dengan negara-negara lain di seluruh dunia.
Agghanistan
menganggotai OIC dalam tahun 1969. Sejak menjadi anggota OIC, Afghanistan
telah bergerak aktif dalam menjayakan program serta objektif OIC, khususnya
dari sudut mengembelingkan kerjasama negara-negara anggota dalam
memperjuangkan agenda serta kepentingan Islam dan umatnya terutamanya yang
melibatkan kepentingan negara-negara anggota OIC.
|
Wallahua'alam (MMO)
No comments:
Post a Comment